Pengalaman menarik bermain di Kidzania Kuala Lumpur
Minggu depan cuti sekolah untuk anak-anak kita. Tak tahu nak pergi mana lagi. Jangan risau Selangor dan Kuala Lumpurni banyak tempat menarik untuk dilawati... Kalau tiada perancangan lagi jom kita pergi ke Kidzania di Damansara yang menyajikan pengalaman menarik untuk kanak-kanak.. Bermain tapi bekerja macam orang dewasa dapat duit !! Menarikkan ... anak-anak akak memang suka sangat ke sini...
Ini cerita kami masa cuti CNY yang lepas.. lama dah tapi nak juga cerita sebab ini satu pengalaman indah walaupun sudah berkali-kali budak dua orangni pergi ke sana. Kalau ikut dengan emaknya dah dua kalilah tapi mereka ini pernah ikut rombongan sekolah dan tadika. Sebenarnya janji dengan Atikah hendak pergi ke Kidzania dari tahun lepas tapi tak sampai-sampai juga. Akhirnya selepas nampak di Groupon harga tiket agak murah dan berpatutan teruslah beli. Ingat nak tunggu hujung bulan Februari pergi takut ramai orang masa cuti CNY namun berdoa sahajalah moga dipermudahkan segalanya...
Ini cerita kami masa cuti CNY yang lepas.. lama dah tapi nak juga cerita sebab ini satu pengalaman indah walaupun sudah berkali-kali budak dua orangni pergi ke sana. Kalau ikut dengan emaknya dah dua kalilah tapi mereka ini pernah ikut rombongan sekolah dan tadika. Sebenarnya janji dengan Atikah hendak pergi ke Kidzania dari tahun lepas tapi tak sampai-sampai juga. Akhirnya selepas nampak di Groupon harga tiket agak murah dan berpatutan teruslah beli. Ingat nak tunggu hujung bulan Februari pergi takut ramai orang masa cuti CNY namun berdoa sahajalah moga dipermudahkan segalanya...
Jom tengok gambar kami yang sebenarnya banyak walaupun bateri handphone akak yang dah nak habis dan tak bawak kameratu. Untuk kenangan mesti kena ambil gambar terutama Kidzania memang tempat yang paling digemari oleh Atikah dan Azalia..
Azalia bergambar dengan apa tah kat belakangtu dalam keterpaksaan maalumler tak sabar nak main banyak-banyak ... Terpaksalah layan ibu dia yang dah beli tiketkan..
Perkara pertama untuk dilakukan kalau datang ke Kidzania ialah menunaikan cek di CIMB yang terletak di sebelah kiri dari pintu masuk Kidzania. Cek itu kita dapat di kaunter tiket Kidzania...
Lepas ditunaikan cek di CIMB budak-budakni dapatlah duit Kidzo yang boleh digunakan di dalam Kidzania untuk aktiviti yang memerlukan mereka membayar. Ada juga kedai yang hanya menerima duit kidzo... Jadi bermulalah dunia kanak-kanak di Kidzania. I am a KIDZANIAN....
Pekerjaan yang dilakukan oleh Atikah dan Azalia di Honda Car Dealership. Mereka berdua menjadi pereka kereta .. wow hebatnyer..
Ini pekerjaan di Pharmaniaga mungkin sedang membuat ubat kot. Masa balik dapatlah percuma vitamin C sepeket.
Pekerjaan di Menara jam (clock tower) .. Setiap satu jam akan ada kanak-kanak yang terpilih untuk menari bersama dengan seorang kakitangan Kidzania. Sebelum keluar ke menara itu ada latihan yang diberikan untuk menampakkan tarian mereka seragam...
Dik Ya yang berkerja dengan CIMB Bank. Di sini ada tiga ke empat kanak-kanak yang akan menyorong troli mencari tempat yang diarahkan oleh CIMB.
Atikah pulak nak jadi pegawai penyiasat CSI.Azalia bekerja di pam minyak BHP..
Dua beradik bekerja di Digi.. seorang jadi pekerja seorang lagi jadi pelanggan. Dik Ya pekerja yang sedang menerangkan sesuatu kepada pelanggannya.. Lepastu diaorang kena ambil gambar dengan iphone yang di'sewa' untuk menyelesaikan kerjanya...
Azalia bekerja di Electric Company... ada seorang yang kena memanjat tiang, dik Ya kata dia kena panjat sebab dia paling kecil.. gambarni dik Ya tak der ini kumpulan yang lain..
Dik Ya bekerja di KPJ sebagai jururawat.. Masa pergi dulu juga dia jadi jururawat, akak suruh dia jadi pakar bedah dia kata tak best..
Tak banyak gambar Atikah sebab dia berani untuk pergi bermain dengan apa yang dia kehendaki tak macam dik Ya yang kena ibu dia ikut... Sebenarnya banyak pekerjaan yang dibuat oleh budak dua orangni maalumlah dah biasakan. Walaupun ramai orang tapi bukanlah terlalu ramai sebab tak banyak rombongan sekolah atau tadika rasanya hari ini. Yang ramai pergi dengan emak bapakjer. Untuk trip kali ini memang puas hati walaupun datang lewat sikit dari waktu masuk tapi main sepuas hati sampailah pengumuman dari Kidzania yang penerbangan terakhir akan berlepas sebentar lagi.... Terima kasih Kidzania yang menyediakan permainan yang sungguh ohsem dan kami akan datang lagi Insyaallah....
bebudak memang nak sangat la kak pegi sini..
ReplyDeletetapi makpak plak ngeri tengok harga tiket..huhuu
Dh 2x bw ank pegi sini..alhamdulillah dpt tiket menang contest..mcm2 pekerjaan die cuba...insya allah ada rezeki akan pegi lg
ReplyDeleteDh 2x bw ank pegi sini..alhamdulillah dpt tiket menang contest..mcm2 pekerjaan die cuba...insya allah ada rezeki akan pegi lg
ReplyDeleteni lah tempat idaman kids kan sis...
ReplyDeletesapphire bebaru ni dapat peluang pegi dgn kezen dia...
dia dapat kumpul 90 kidzo...
suka tul dia hehehehhe