Harga Tiket Masuk Kidzania dan Waktu Operasi
Dah cerita pengalaman dua beradik ke Kidzania mesti nak kena tahu harga tiket dan waktu operasi Kidzania..Maklumat dari laman web Kidzania sendiri...
Bukti kami dah pergi ke KIDZANIA untuk tahun 2016....
Macamana kita nak beli tiket?
Walkin :
Kalau tiba-tiba ada masa nak pergi ke sini bolehjer terus ke kaunter untuk membeli tiket. Tapi masa mula buka dulu selalu tiket sudah habis dijual dan kedatangan kita ke sini adalah sia-sia. Tapikan untuk emak-emak okjer bolehler membeli belah di Ikea sebelahjer dengan Kidzania. Lagi satu elakkanlah bertembung dengan rombongan sekolah selalunya masa sekolah sudah habis periksa, banyak sekolah mengadakan lawatan ke sini. Kaunter di buka bermula dari pukul 9.30 pagi hingga waktu tamat...
Keadaan kaunter tiket di Kidznia. Ada dua seksyen satu untuk yang online dan kupon dan satu lagi untuk yang datang walk in. Terpulang kepada kitalah memilih yang mana satu untuk datang ke sini...
Untuk mengelakkan rasa kecewa tidak cukup tiket bolehler membeli tiket secara online. Boleh klik di sini entrance fee untuk dapatkan harga yang lebih istimewa kalau membeli menerusi online.
Kupon :
Kami pergi haritu menggunakan kupon groupon yang menawarkan harga yang sangat murah berbanding dengan online. Setelah berjanji sekian lama datang lagi ke Kidzania, akhirnya sampai juga anak akak lagi sekali ke sini. Atikah sudah pergi ke sini sebanyak 3 kali sebelum ini dan dik Ya sebanyak 2 kali.
Harga di Groupon ini lebih murah kerana ada tawaran untuk satu dewasa dan 2 kanak-kanak dengan harga RM139.. Gambar kupon seperti di atas mesti di bawa sebagai bukti ....
Harga
Sumber dari :- Kidzania entrance fee
Hari dan masa Kidzania beroperasi
Sumber gambar dari :- Kidzania opening hours
Ada banyak sesi untuk dipilih!!
1) Ahad hingga Jumaat (Isnin ditutup ok!)
10.00 pagi hingga 5.00 petang
2) Sabtu, cuti sekolah dan cuti umum
10.00 pagi hingga 7.00 malam
3) Isnin ditutup tapi untuk cuti sekolah atau cuti umum dibuka..
Boleh di tengok dari gambar di bawah...
Pekerjaan yang ada di sana?
Macam-macam ada masa satu hari memang tidak cukup untuk menghabiskan semua pekerjaan yang ada. Itu yang anak akak kalau boleh setiap tahun nak pergi sekali. Tapi tempatni memang best sebab tidak panas dan tidak merbahaya sangat. Permainannya mesra pengguna dan yang penting pekerja di sini memang sangat ceria sesuai dengan fungsi tempat itu..
Cuma nak bercerita yang banyak kerja di sini pekerjaan akak tiada di sini . Langsung tiada pekerjaan yang berkaitan dengan dunia pelaburan. Bank, insuran, media, penerbangan, perubatan, teknologi ada tapi pelaburan tiada sedangkan Bursa Malaysia adalah penunjuk aras ekonomi di Malaysia ini. Nampak sangat tak glamernya kerja akakni...
Pekerjaan paling glamer di Kidzania dikalangan kanak-kanak kecil ialah Bomba... Anak akak dah besarni tak nak dah katanya kita dah pergi balai bomba betul-berul lagi best... amboi....
Selamat Bercuti untuk kawan-kawan blog.. akak mungkin akan balik kampung cuti kali ini... moga ada pengalaman pengalaman dan tempat menarik di Perak untuk dikongsikan bersama....
mahal gak tiket tu...kena kumpul duit lah nak bw bebudak tu mai sini
ReplyDeletemenarik ni..tringin juga nk bwk fasya ke sini suatu hari nnti
ReplyDeleteharga tiket utk kanak2 sek rendah berapa .. yg datang secara berkumpuln
ReplyDeleteakak tak pernah pergi berkumpulan.. tapi rasanya ada harga special.... sebab sekolah anak saya selalu pergi ke kidzania ni...
Delete