Ladang Anggur Saloma Vineyard & Nursery Setiawan Perak

Moh kita berkenalan dengan satu tempat menarik untuk dilawati kalau ke Lumut atau Pulau Pangkor. Di Setiawan ada satu Ladang anggur yang diusahakan oleh Puan Saloma. Selain daripada buah anggur di ladang seluas 1 ekar ini juga ada ditanam dengan buah fig dan lain-lain.

Selain boleh melawat ke ladang ini, Puan Saloma juga menjual benih anak pokok anggur dengan harga berpatutan. Rupanya dah lamapun ladang ini beroperasi dari tahun 2005. Pernah dengar tapi mungkin kurang minat jadi buat tak kisahjer.. Hinggalah adik akak hantar gambar dalam whatsapp keluarga tentang kunjungan mereka ke sini. Macam bestjer..
Seronok opah meronda dengan cucu-cucunya... Opah dengan sebahagian cucunya kerana anak akak dengan adik akak yang Bukit Jelutong tak balik kampung masatu.. Along yang dukung Nazrantu mesti berdebar tunggu keputusan SPM..
Inilah rupanya anggur di tanam.
Baby Nazmipun excited tengok buah anggurkan...
Boleh petik sendiriker idak tidaklah akak bertanya.. yang  tentu kena bayarler kalau nak beli anggur..
Ramai juga orang datang yer... Nazran dapat mainkertu?? Orang beli anggur tau bukan mainan...

Kalau ingin singgah ke Ladang anggur ini bolehlah singgah ke ladang anggur ini..

ALAMAT :-
LOT 2658 (belakang Restoran Nasa)
Batu 6, Lekir,
32020 Sitiawan,
Perak

Buka setiap hari 9 pagi hingga 6 petang (rehat dari 12.00 tengahari ke 2.00 petang)

Comments

  1. Tapi org kata anggur yg dijual di sini mahal ye Zila.

    ReplyDelete
  2. takyah pi overse dah ...kat dlm malaysia pun dah leh tgk pokok anggur masak ranum ye kak....mane tau nanti ngidam2 nak petik anggur ke leh le ke sini ekekekeek...buat mase ni petik kat aeon big ajek ala sebab anggur situ fresh2 jugak heheheehehe

    ReplyDelete
  3. pernah tgk kat CH tp tak buah lebat pun .... kat baling pun ade katanye ladang anggur ni

    ReplyDelete
  4. dulu kalau org ckp tanam anggur kita ingt dia main2 ckp 'penganggur'.
    rupanya betul tanam anggur.

    ReplyDelete
  5. wahh 1st time tau tahu ladang anggur nie ade kat sana.

    ReplyDelete
  6. bestnya kak... simpan impian nk dtg melawat jgk lah... tak kisah la agak mahal ke murah casnya jnji kepuasan dpt petik buah anggur sndiri tuh

    ReplyDelete
  7. wahhhhhh. wajib pegi nih. suka3

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts