Mio's Kafe & Bakeri Bandar Kinrara
Syukur Atikah dibenarkan keluar dari hospital pada hari ahad lepas.. Sebenarnya Atikah dah demam dari khamis masa cuti sekolah...Tapi disebabkan keadaan akak yang turut demam teruk jadi tidak memantau sangat demam dia.. Oleh sebah dah lebih dari 4 hari dia demam barulah nak ambil ujian darah untuk dia... Nampak platlet darah dia yang rendah dan kenalah pergi ke hospital untuk rawatan lanjut..
Mungkin kerana lambat bertindak bakteria dah banyak itu yang makin lambat sembuhnya... Kenalah buat ujian darah macam-macam termasuk ujian untuk kencing tikus... Alhamdulillah semuanya ok belaka jadi merasalah duduk di hospital 5 hari 4 malam berpakej... Benda yang pertama dia nak makan katanya nak makan chicken chop di Mio's Kafe... Jadi dahpun menunaikan impian dia semalam....
Di Mio's Kafe & Bakeri ni waktu tengharipun ada makanan westernnya... Jadi seronoklah dia balik sekolahjer dah dapat makanaan yang dia kehendaki...
Gambar bawah adalah gambar lama akak dan dua budak makan malam di sana... Mio's Kafe dan Bakeri ini terletak di Medan Selera Bandar Kinrara 4....
Di sini juga ada dijual pelbagai jenis kek untuk dinikmati...
Pilihan Azalia.. spageti seafoof...
Beli juga kek batik sebab teringin kata budak-budakni...
Tiap kali datang memang pilih minuman kedondong asam boi jumbo...
Nachos untuk hidangan sampingan juga ada di sini...
Kek hari jadi juga boleh ditempah di sini... dulu masa Atikah dan Azalia sambut hari jadi di sekolah tadika selalu tempah di sini sebab harganya berpatutan untuk kek yang lebih besar....
Cerita kedai Mio's Kafe & Bakeri ni sebenarnya dah pun di tulis sebelum ini .. tapi sebab ada gambar lagi sengaja keluarkan cerita kedai makan ini sekali lagi... Kalau duduk sekitar Bandar Kinrara apa salahnya datang ke sini untuk merasai masakan barat yang ada dengan harga yang berpatutan...
tu la kak, kalo demam berlarutan on off ni ade baik buat ujian darah kan kak...biar lee letih di hospital yg penting kite tau result sebenar...mujur takde ape2....
ReplyDeletekak, menarik menu kat situ...spegeti die pun menarik...tak kedekut kuah ....puas hati kalo gitu...nachos tu bikin kecur jugak...
tlan liur nengok menu2 nya kak... sedap2 nampaknya semua tuh
ReplyDeleteudahla penuh pinggan... portion dia besar betul
lama jugak kena tahan ward ekk.. semoga cepat sembuh.. makan ubat dan minum air kosong banyak..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga akak dengan anak2 akak sihat selalu hendaknya. Makanan kat Mio's Kafe ni Nampak bestlah kak. Tapi jauh plak nak gi..hehehee....
ReplyDeleteget well soon atikah....take care.
ReplyDeleteSekarang ni banyak betul cafe cafe gini kan CZ....Seronok tengok org Melayu berniaga. Kita ni nak berniaga entah bila hihi...
ReplyDeleteAdoiii sedapnya Nachos tu...tak pernah trylah.....
Tak perlah ...mmg wajib sangatlah melayan tekak org yg baru baik demam hihi
nak try nachos..jauh plak nak gi kinrara..
ReplyDelete