Masjid India, Pasar Malam Jalan TAR dan Omar Ali tempah baju

Salam hari Jumaat yang berkat kawan-kawan semua. Seronok nak bercutikan tapi minggu  depan anak-anak nak periksa jadi kena study.. study.. study... Ini cerita lama jug amaalumler lama dah tulis entri jumpa macam-macam gambar tak tahu nak masuk yang mana dulu...

Cerita tempah baju melayu suami di kedai Omar Ali Wisma Yakin Kuala Lumpur. Jadi kami kesan entah berapa kali mulanya nak tempah, kali kedua ambil baju, ketiga hantar baju untuk dibetulkan semula dan akhirnya ambil baju sekali lagi.. Sudahnya tahun ini berkali-kali kami ke kawasan yang menjadi tumpuan di Kuala Lumpur kalau tidak memang payah sangat kami nak jejakkan kaki ke sini. Lagipun sejak ada LRT dari Kinrara ini rasanya semakin panjang kaki ini melangkah. Kalau suruh memandu memang tak berapa gemar dengan tempat yang sesak ini...

Jom tengok gambar kami semasa di sana...
Masjid India ini betul-betul di depan kedai Omar Ali...
Pernah tengok drama yang ditayangkan tidak lama dulu menggunakan masjid India sebagai lokasi..
Keadaan pasar malam di Jalan TAR memang penuh sesak dengan manusia. Lorongpun kecik amat membuatkan kita tidak selesa untuk singgah.. 
Keadaan Jalan TAR pada waktu petang...
Ok kami nak pulang... turun di Masjid Jamek dan jalan cuci mata Jalan TAR dan Sogo bolehlah balik naik LRT di Bandaraya.. Semenjak ada LRT bersambung dari Sri Petaling ke Kinrara ini rasa macam senangjer kalau nak ke Kuala Lumpur...
Yeah... LRT tidak bersambung terus ke Kinrara, di Stesen Seri Petaling kena turun dan ambil LRT ke Kinrara.,, Insyaallah nanti bersambung sehingga ke Putra Height (kalau tak silap_)

Cerita pasal Along Aiman cucu sulung keluarga Zakaria Ansari yang tunggu result dari entri ladang anggurtu... Tahniah untuk Along kerana telah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tahun 2015. Kejayaan Along dapat mendapat memberikan inspirasi kepada sepupu-sepupu dan adik-adik Along. Moga Along akan lebih berjaya di masa hadapan mencapai semua impian yang diidamkan selama ini. 
Along yang pakai baju hitam di belakang Mak Cho dia (akaklertu).. Sebab dia cucu sulung tentulah masa dia kecik dulu dialah anak buah yang terlebih perhatian. Pulaktu setahun lebih dia tinggal dengan akak serumah memang masa mula dulu terasa juga bila dia tak duduk sekali. Tahniah Along sekali lagi moga akan terus berjaya dalam kehidupan ini... Sekarangnipun Mak Cho dah berbangga setiap kali Along menjadi imam kalau kita berkumpul sekeluarga. Moga Along Aiman tidak hilang arah dengan kejayaan kecil ini namun terus istiqamah untuk menjadi yang terbaik dalam semua bidang diceburi. Moga dapat merealisasikan impian moyang Kamarudin menjadi seorang penyampai ajaran agama yang hebat walau apapun bidang diceburi selepas ini...


Comments

  1. cantiknya gambar di masjid india, serius, ingatkan tadi bukan kat msia!

    ReplyDelete
  2. dana dh bertahun tak ke situ kak... entahla mungkin dana tak suke bersesak kt situ... dh terlalu lama tak pg psr sabtu nyer walaupun teringin... seronok jln2 situ...

    ReplyDelete
  3. saya pun dah bertahun tak ke pasar malam Jalan TAR tu...memang ramai sangat orang pastuh nak parking pun payah...tu yang malas...huhuhuuuu

    ReplyDelete
  4. Dah berbelas tahun xpernah g area masjid india....dulu g pon zaman bujang..hehehe

    ReplyDelete
  5. berzaman dah tak ke pasar malam jalan TAR... memang sesak sungguh tu sis...
    tahnniaaahhh utk Along gak!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts