Mi Goreng berbuka puasa

Sekejap timbul sekejap lagi tenggelam itulah akak buat masa ini... 
Keadaan di pejabat memang sentiasa sibuk dan tak menyempat... 
Ini gagahkan juga buat entri sebab rindu nak baca blog sendiri... 
Lagipun kawan berkunjung ke sini tengok blog akak tiada cerita yang baru pulak...
Cerita biasa tiada yang luar biasa kerana memang tak rajin nak mengambil gambar... 
Banyak benda nak dicerita tapi tak tahu nak mulakan dari mana...
Akhirnya jumpa gambar ini dan tidak payah nak mengarang lebih-lebih...
Resipitu memang dalam draf sebab dah lama simpan ....

Mi Goreng Cho Zila

Bahan-bahan :-

4-5 sudu bahan kisar ( Cili kering, bawang merah dan bawang putih)
sedikit ikan bilis (ditumbuk tidak halus dan tidak kasar) ~ tak buatpun sebabnya mertua akak mudah tersedak ~ sedikit udang
sedikit tauhu dan fish cake (potong kecil dan digoreng dahulu)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
sedikit kicap manis
sedikit sayur sawi dan taugeh ( kadang-kadang tak bubuh )
daun sup (di hiris)
500gm mi kuning (basuh dan toskan)
1 biji telur
~ kalau suka boleh juga ditambahkan tomato dipotong dadu )

HIASAN ::: Hirisan daun sup dan bawang goreng

Cara-caranya

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan udang dan kacau, selepas itu masukkan sebiji telur, biarkan sebentar baru dikacau. Masukkan pula  ikan bilis yang telah ditumbuk, sos cili, sos tiram, kicap manis dan fish cake atau tahu goreng, kacau  sehingga sebati.

2. Masukkan sedikit air, selepas itu masukkan batang sawi, setelah agak layu baru masukkan daunnya, kacau sebati, setelah mendidih baru masukkan mee kuning dan kacau beberapa minit sehingga semuanya mesra, akhir sekali masukkan tauge, biarkan lebih kurang 1 minit, 

3. Hiaskan mi goreng dengan  hirisan daun sup, cili merah dan bawang goreng , bolehlah dihidangkan...

ps:: Kalau akak masak mi memang tak masukkan garam dan ajinomoto.. Kalau tak bubuhpun takper sebabnya sos cili, sos tiram, kicap dan mi itu sendiri dah ada garam tersembunyi... 

Cerita pasal mi gorengni teringat akak pada mi goreng dari air tangan arwah opah akak tercinta. Apa juga masakan arwah opah memang rasa sedap ditekak akakni. Arwah opah akak dulu masak mi goreng pakai cili hidup. Masatu mana ada mesin pengisar, jenuhlah menumbuknya.. Opah pulak kalau boleh tak nak nampak biji cilitu... Tapi cili zaman dulu airnya bukan sebanyak sekarang. Dia hanya guna ikan bilis ngan sawi sebagai perencahnya. Tapi rasa mi goreng arwah opah terbaik dengan warna merahnya menyala tapi rasa tidak pedas sangat....  isyh buat sendiri tak menjadipun macam opah buat dulu... 

Mood ::: Rindu arwah opah yang dahpun 20 tahun meninggalkan kami... semoga rohnya aman damai di sana. 

Comments

  1. Sodap juga akak tengok mee goreng tu siang hari ni Zila hahahha :)

    ReplyDelete
  2. Sama la kak...tenggrlam timbul dah skrng ni...
    Itu la..kadang boring juga tgk blog sndiri asik2 n3 lama kan...hehe..gagah juga la kadang tu mengupdate...

    ReplyDelete
  3. takpe la kak tenggelam timbul pun...yg penting akak takpencen terus..rindu nak bc citer akaknanti heheheeh

    suke style akak ni sbb tak kering...lieya suke mee basah2...

    ReplyDelete
  4. salam cho zila,bw sini...tgk mee goreng tu rasa teringin nak menggoreng pulak berbuka nanti hehe :)

    ReplyDelete
  5. wah.. mi goreng Cho Zila.. de vast betul..hihi

    ReplyDelete
  6. simple ni la yang sedap kak..zee kalo buat selalu tk menjadi basah..hehe..tak pandai bajt..

    ReplyDelete
  7. Sama, Kak Azie kalu buat mee goreng pun kena ada sos tiram gak.

    ReplyDelete
  8. hari ni insyallah hari kedua nak berbuka makan mee goreng

    ReplyDelete
  9. sedapnye mee goreng terus jadi lapar dibuatnya..

    ReplyDelete
  10. semalam kita bebuka mkn mee goreng ;)

    ReplyDelete
  11. br je td dok berckp dgn member bulan2 puasa ni benda yg jarang kite mkn tetibe rase nak mkn...mcm mee goreng
    hehehhe...tup2 entry mee goreng pun keluar...

    ReplyDelete
  12. Saya suka mi goreng basah, begitu juga semua di rumah tu. Cuma mi goreng di rumah saya jangan haraplah boleh terjumpa sawi ke, taugeh ke, memang takda. Tomato tu pun nasib-nasiblah. Kalau letak, memang gelap mata ni tengok aktiviti menyusun tepi pinggan!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts