Lib Ikan Bilis Langkawi

Coklatpun sudah, pingganpun sudah, sudupun sudah, minyak wangipun sudah (baca macam nyanyi lagu Elizabeth Tan). Jadi apa yang tidak sudahnya kalau datang Langkawini. Kalau sudah sampai ke pulau Lagenda Langkawi ini haruslah cari kedai jual hasil laut. 


Mungkin kurang terkenal berbanding dengan Pulau Pangkor tapi ikan bilis Langkawi pada akak lebih elok dan ada umph!! Setiap kali akak balik kampung di Perak, mesti beli ikan bilis di pasar pagi ahad. Ada seorang 'auntie' yang menjual di situ memperkenalkan ikan bilis Langkawi. Katanya ikan bilis Langkawi lagi sedap tau dari Pangkor. Oleh itu setiap kali balik kampung akak sudah tidak pergi ke Lumut lagi. Memang diakui yang ikan bilis Langkawi lebih digemari oleh akak.


Sebelum ini kalau datang Langkawi memang tidak mencari kedai ikan bilis. Alang-alang sudah sampai sini kita gigih mencari di manakah kedai menjual hasil laut Langkawi. Semalam semasa makan di Uncle Jai Cafe ada satu kedai tapi tidak menyinggah. Rupanya rezeki kami sebelum balik dapat membeli di kedai ikan bilis milik orang kita di pekan Kuah. Nama kedai ikan bilis Langkawi Lib Utara Enterprise. 


Dimana terletaknya kedai ikan bilis Langkawi ni? Mudah sangat mencarinya sebab kedai dia berada di jalan utama. Kedai ini terletak berhadapan dengan kedai nasi ayam Pak Ya dan berada di sekitar Bella Vista Resort & Spa. Buat masa sekarang di belakang kedai ada tapak pembinaan taman tema air Langkawi Water Kingdom. Uish Langkawi dah ada taman tema air tu!!!! Betoi akak nampak ada slide yang sudah siap.

Alamat Ikan Bilis Langkawi:-
Persiaran Mutiara 2, 
07000 Kuah, Langkawi
Papan tanda berwarna hijau
Pilihan ikan bilis pelbagai jenis.
Akak beli juga sedikit udang kering 
Ada juga pelbagai hasil laut yang lain.
Kacang yang macam di Hatyai juga ada dijual.
Ikan masin juga ada dijual di sini.
Boleh kata macam-macam ada... 
Mai singgahsekali...


Untuk mengelak dari bau yang busuk semasa menyimpan, pandai-pandai koranglah. Akak balut dengan surat khabar sahaja. Alhamdulillah selamat. Sedapnya alahai malam tadi makan ikan bilis kicap dengan nasi panas. Azaliapun makan bertambah-tambah. Gambarpun tak sempat nak ambil.



Comments

  1. bestnya kak... dana tak pernah lak jumpa org beli ikan bilis langkawi kt sini... tp mesti cantik n jernih2 warna nya kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts