Nuffnang saya

Wednesday, May 23, 2018

Resipi Mi Bandung Meletop dan Ringkas

Ini gambar lama tapi dah tersimpan di dalam draft. Semoga resipi ini dapat membantu sesiapa yang teringin nak makan mi bandung untuk berbuka puasa nanti..  

Anak-anak kurang gemar mi yang berkuah macam mi bandung, mi hailam dan sebagainya. Cuma kebelakangan ini Atikah suka makan kuetiaw sup. Kalau akak masak mi bandungni Azalia hanya makan mi kosong tanpa kuah. Jadi kalau akak teringin sangat nak makan barulah akak buat, sebab selalunya mi bandung kedai tidak boleh digelar mi bandung... entah berapa kali terkena mi bandung di order tidak habis di makan terutama kedai makan Siam.. Maalumler kedai makan Siam lebih pakar masak tomyam... 

Nak cerita jugalah, dulu di Ipoh ada satu gerai yang sedap sangat mi bandungnya. Geraitu terletak di kawasan rumah sewa kami Taman Istana. Sejak bangunan SUK Perak didirikan geraitu dirobohkan dan akak tidak tahu makciktu berpindah kemana.. itu saja sekian.
Sila tambah sayur untuk lebih berkhasiat... 
noted and thank you... 
Inilah kuah mi bandungku...

Resipi Mi Bandung (untuk 4/5 orang makan)

Bahan-bahan :

Mi kuning
1 biji bawang merah besar (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
3 sudu cili kisar
1 sudu besar udang kering (tumbuk) 
Daging (hiris nipis dan rebus)
Air rebusan daging
Sotong/Udang
Fishball/fishcake
Ubi keledek oren (rebus dan tumbuk/kisar)
2 sbsr sos cili 
1 sbsr sos tiram
1 kiub pati ayam
Garam, gula dan perasa
Sayur sawi
Telur

Hiasan :
cili merah
daun sup
bawang goreng
tauhu goreng dihiris nipis
limau kasturi

Cara-cara :

1. Tumis bawang merah dan bawang putih bersama cili kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang kering. Kacau sehingga garing.
2. Kali ini tiada daging kot ada masukkan ini dulu dan air rebusannya.. memang lebih sedap rasanya kalau ada daging...
3. Jadi terus masuk udang/sotong/fishball/fishcake bersama isi keledek, kiub pati ayam. Bolehlah ditambahkan air jika pekat sangat. 
4. Masukkan telur satu persatu untuk dapat telur yang sempurna bulatnya. Hampir masak letakkan garam dan serbuk perasa juga masukkan sayur... Tutup api..
5. Masukkan mi dan letakkan hirisan cili merah, daun sup dan bawang goreng. Tuangkan kuah mi bandung berserta satu biji telur... Perahkan limau kasturi.. kalau ada cili jeruk yummy!!

nota : 
- selain ubi keledek, boleh juga gunakan ubi kentang untuk pekatkan kuah. Atau boleh guna tepung jagung. Tapi selalunya ubi keledek juga paling sedap... 
- selalu tengok resipi orang mesti ada kacang tanah yang digoreng tanpa minyak dan ditumbuk. akak tidak pernah buatpun... mungkin lain kali... 
- setengah orang dia rebus fishball/fishcake berasingan dan dimasukkan sebagai bahan hiasan.. terpulang... hang punya masakan suka hatilah nak buat camner pun... 

2 comments:

Nuffnang oh Nuffnang