Resipi Daging Masak Lada Hitam (Black Pepper) yang sedap

Cerita kali ini makan tengahari anak-anak lepas balik sekolah. Ini cerita sebelum bulan puasa yer kawan-kawan. Tiba-tiba nampak dalam draft siap dah ada gambar jadi kita karanglah ceritanya. Kitani emak-emak kalau masak tentulah fikir tentang kegemaran anak-anak. Yang penting anak suka lagi satu menu Daging Masak Lada Hitam memang ringkas dan mudah.

Oleh kerana mak mertua tiada di rumah masatu bolehlah kita masak yang ringkas dan kering begini. Untuk Daging Masak Lada Hitam (black pepper) kita lawankan dengan Udang Goreng Kunyit... Makan dengan nasi panas barulah umph!! 
Daging masak lada hitam kegemaran adik akak...
Alamak minyak terbanyak pulak!!...

Resipi Daging Masak Lada Hitam (Black Pepper)

200gm daging lembu (potong kecil dan nipis)
2 sudu besar sos lada hitam (ni akak tak bubuh untuk kali ini)
3 biji bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 1 cawan air)
1/2 biji bawang Holland (hiris kasar)
garam 
optional :- bubuhler tomato, karot, cili padi atau lada benggala

Cara-cara :- 
1. Gaulkan daging dengan sos lada hitam. Perap lebih kurang 30 minit. (akak perap dengan lada hitam serbukjer)
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan daging yang diperap. Kacau sebentar.
4. Kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk. Goreng sehingga daging lembut.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung. Tambahkan air jika perlu untuk melembutkan lagi daging.
6. Masukkan kicap dan perasakan dengan garam secukupnya
7. Masukkan bawang holland. Kacau sehingga bawang layu.
8. Masukkan bahan-bahan yang optional. Kacau sebentar dan tutup api. 

Siap!!! kalau nak masak guna ayampun boleh juga..
Harini kita masak kering-kering tidak berkuah..
Daging masak lada hitam dan udang goreng kunyit...

Nak resipi udang goreng kunyit tak? Ha.. ha ... tak payahlahkan... Atikah suka udang, adik pulak kurang gemar itu yang sikitjer udangnya... 

Comments

Post a Comment

Popular Posts