Nuffnang saya

Monday, May 28, 2018

Dubuyo kali kedua

Melampau jugalah baru lagi ke Dubuyo di entri ini DUBUYO best urban Korean food kami pergi lagi. Faktornya makanan boleh diterima oleh tekak kami 3 beranak dan harganya berpatutan. Kali ini kami mencuba makanan yang lain pulak supaya tahu mana yang paling ngam dengan selera. 
Budak comel yang kuat menyakat... 
Ramai juga yang makan di sini pada waktu tengahari..

Boleh pilih menu set untuk pilihan bijak.. 
Inilah pilihan kami...
1. Soondubu Jigae ataupun Sup Tauhu Pedas
2. Spicy Seafood Ramyeon - yangni macam ramen
Yang nombor 2 tu lebih memikat hati anak-anak...
Akak okjer dua-duapun... 
Maandu - macam dimsum tapi digoreng...
Spicy Seafood Ramyeon yang sedap... 
Set Soondubu Jigae bersama nasi beras perang, tauge besar goreng, kimchi dan satu lagitu macam sambal ikan bilis... 
Hidangan yang memang kenyang... 
Soondubu Jigae tu adalah sup tauhu pedas... 
Jangan lupa hanya semangkuk nasi... 

Harini bil di bawah RM50 memang berbaloi sebab kenyang... Kalau anda ingin mencuba makanan Korea rasanya Dubuyo bolehlah kot.. Kalau tidak menepati tekak harganya tidaklah mahal sangat.. Ok.. sekian... 

3 comments:

  1. hiihih, kami dh try dubuyo, tekak kami boleh terima ramyeon tu. Nasik tu..paksa je telan..hiihih..lps ni kalau g dubuyo, pesan ramyeon tu je lah.. tapi desert yang set Nasik tu, sedap..dia mcm toufu fa gitew...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya! suka daging bulgogi tuuu.. kt mid valley ke tu?

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang