Nuffnang saya

Tuesday, May 29, 2018

Pilihan Raya Umum ke 14 tahun 2018

Syukur semuanya berjalan dengan aman damai.. apapun keputusannya kita tetap kena teruskan kehidupan.. Biarlah yang arif menjalankan tugas mereka.. Menang bukan bererti tidak perlu bekerja tapi satu amanah yang besar untuk dijayakan. Yang kalah jangan terus mengalah, ada agenda untuk diselesaikan.

Semoga Allah sentiasa memelihara keamanan yang telah dikecapi sekian lamanya di bumi tercinta ini. Janganlah sebeb berlainan idealogi kita bergaduh dan bercakaran sesama sendiri. Terutamanya orang melayu yang kini telah berpecah kepada entah berapa partipun... Moga keistimewaan kita sebagai rakyat Malaysia akan terus terpelihara... 

Sekadar kenangan untuk diingati pada PRU14 yang lepas. Menjadi satu memori kerana kali ini Barisan Nasional yang telah lama memerintah akhirnya jatuh... Moga kerajaan baru yang dibentuk atas kepercayaan rakyat ini akan membolehkan Malaysia menjadi negara maju dan beradab...

Pagi mengundi di Putrajaya

Seawal pagi kami menghantar emak mertua untuk mengundi di Putrajaya. Syukur semuanya dipermudahkan kerana emak mengunakan kerusi roda. Urusan tidak sampaipun 15 minit.
Kita bergambar dulu.... 
 Yeah... sudahpun selesai... 

Perjalanan ke Putrajaya... 
Sepanjang perjalanan ke Putrajaya terserempak dengan satu tempat pengundian. Memang agak sesak keadaannya.. Berharap sangat dimudahkanlah ....
 Suasana bersesak di waktu pagi... 
 Tidak cukup di bawah diataspun digantungkan poster.. 
Semua partipun memperjuangkan manifesto masing-masing
 Banner merata-rata, ada pilihanraya..
Pondok panas Barisan Nasional... 

Petang di Gombak.. 

Yangni akak dan suami yang mengundi pula.. 
Aman damai suasana di tempat pengundiaan di waktu petang... 
 Inilah tempat mengundi saya
Dakwat dijari tanda sudah memangkah... 
Pulang marilah pulang... 
Malaysia ku tercinta moga terus dirahmati... 

No comments:

Post a Comment

Nuffnang oh Nuffnang