Tepung Pelita atau Kuih Limas Kuih Wajib Bulan Puasa

Syukur Ramadan kali ini akak merasa makan tepung pelita atau kue limas (orang Bota panggil limah sebut bukan hantu kak limahtu lain sikit) yang menepati kehendak akak.. Sebab akak balik kampung dan emak akak tempah macam-macam kuih tradisional termasuklah tepung pelita..   Kalau beli kat pasar Ramadan selalunya akak konpius demeni masak tepung pelita ker kuih tako....

Memang agak renyah hendak menyediakan kuih tradisional.. Satu kena cari daun pisang dulu, kena layurkan pada api. Lepastu kena buat sampannya, dulu kecik-kecik kita panggil  tepung pelitani kue sampan juga.. mak saudara akak agak cerewet, nak buat sampantu kena buat sama besar. Jenuh kena marah sebab buat kerja ala kadar.. dulu mana pakai stapler nak buat sampantu, kenalah cucuk dengan lidi kelapa.. Blogni ada cara buat sampan,moh tengok Tepung Pelita

Nak membuatnya akak idaklah tau sangat yer sebab kerja akak dulu buat sampan dan tukang makan... ha.. ha... Resipi Tepung Pelita diani ok kot... sebab dia bubuh gula untuk rasa lebih mencako(kata orang Perak). Lepastu bahagian atas guna santan pekat jadinya antara dua lapisantu dapat dibezakan... susah nak cerita kesedapannya... Tidak ramai yang mampu membuatnya dengan baik... 
Inilah rupa tepung pelita yang sedap buat teringat-ingat..
Dasar sampan ada gula, lapisan kedua tepung beras dengan santan cair dan jus pandan tanpa gula dan lapisan paling atas pula santan pekat dan garam...
Kuih yang sedap ialah rasanya yang lemak manis berpadu.. 
Dah.. dah..puasa tak payah nak lebih-lebih...

Jom kita tengok apa kuih yang emak akak tempah, dia dah tak larat nak buat sendiri.. Ada 4 jenis iaitu kole kacang, tepung pelita, koci dan karipap pusing(tak sempat nak ambil gambar budak-budak suka).. Masa hendak menghidangkan kuihtu rasa macam berlebihan pulak tapi hakikatnya licin tak nampak batang hidung dah... ha.. ha...

Serius cakap keempat-empat kuih yang ditempah memang sedap sangat.. Tak jumpa cari di Pasar Ramadan Kinrarani walaupun ada berapa puluh gerai menjual kuih... Kole kacang(kuih taik minyak) dia punya lemak ehm memang mendapatler kalorinya... Kuih koci dia tradisional sangat lemak dan liat diatu mengingatkan kuih koci opah dulu-dulu... sedap sangat... Sebab tengok kalori menakutkan berhentilah juga makan kot idak tak tahulah...  

Dulu jiran akak di Kinrarani berniaga pasar ramadan dan juga mengambil tempahan kuih muih yang sedap. Dah lama dia tak sihat, jadi kenalah balik kampung untuk makan kuih yang menepati citarasa sendiri.... Itu saja nak cerita...  

Comments

Popular Posts