Nuffnang saya

Sunday, May 13, 2018

Dubuyo kedai makanan Korea yang sedap

Dubuyo - Malaysia's Best Urban Korean  Food

Kisah sebulan yang sudah, punyalah lama... Berjanji dengan Atikah kalau dapat mumtaz dalam ujian awal tahun, ibu bawak pergi Dubuyo di IOI Mall Puchong... Rupanya bersungguh jugalah dia, akhirnya tercapailah hasratnya mencuba makanan Korea.. 

Sebelum ini ke Seoul Garden sebelah Dubuyojer, budak-budakni tidak berapa gemar.. Nasiblah sebabnya harga Seoul Garden boleh tahan juga... moh kita tengok cerita kami anak beranak... Suami tidak ikut sebab dia memang tak boleh terima kalau makanan yang ganjil sebegini... 
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Kalau memilih set memang 'complete' dengan sayur taugeh, kimchi dan sup... 
Memang kenyang...
Toppokki = kuih beras pedas
Rasa dia kenyal, manis dan pedas..
Cepat kenyang... jadi Atikah makan sikit yang lebih dia bagi kat emak dia... 
Kimbap daging comel-comel...
Perbezaan Kimbap dan Sushi seperti akak dapat dari kawan facebook...
Gambar saja-saja nak meriahkan blog akak... 
Teh Hijau sejuk paling best minum dalam bekas sebegini...
Bingsu adalah seperti Ais Kacang Malaysia... 
Dekorasi kedai Korea memang comel-comelkan...
Makan tengahari selalunya ramai yang singgah di Dubuyo IOI Mall Puchong
Harga makanan di sini rasanya sangat berpatutan...
Tidak berani mencuba banyak takut tidak masuk tekak..
Rupanya boleh tahan rasanya, boleh dicuba lagi lain kali... 



Status halal :-
All DubuYo's ingredients are from suppliers that are certified Halal by JAKIM and DubuYo is in the midst of applying for JAKIM Halal certification...  dari laman facebook Dubuyo...

3 comments:

  1. reasonable jugak harga rupanya, ngeri nak masuk takut mahai :D

    ReplyDelete
  2. Belum pernah masuk sini lagi. Seoul Garden yang sebelah dia tuh dah pernah dah la. Bagus anak akak..termotivasi dengan makanan. Yang kena sesekali untuk reward jer lah kan. Baru menjadi!

    ReplyDelete
  3. harga ok jgk kak.... tp mmg tak penah try... mana maunya edy nk try mkn kedai2 korea nih... mau tak enyang dia....

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang