Nuffnang saya

Followers

Friday, July 29, 2016

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com


MINYAK WANGI BRAVEHEART


Braveheart merupakan minyak wangi lelaki khusus untuk memberi motivasi golongan ini supaya berani berhadapan dengan kehidupan, kenyataan dan segala kemungkinan.

Ia tampil menguasai seluruh jiwa pemakainya. Membangkitkan iltizam seorang lelaki  yang sempurna. Haruman penuh imaginasi. Gandingan aroma anggur yang menggiurkan, membawa mesej tersendiri pada diri pemakai. Haruman ini membawa dimensi baru untuk lelaki urban yang masih tersimpan ke jiwa kedesaannya. Ekstrak anggur, musk dan casmerewood memberi percikan nota-nota haruman yang penuh maskulin dan ikonik.

Komposisi segar ini mampu memperkasakan penampilan jejaka yang memakainya. Gabungan ramuan inilah yang diperlukan setiap lelaki hebat dalam misi berinspirasi. Lelaki di sebalik Braveheart berjiwa pelindung, gagah, penuh wibawa dan kekal romantik.



MINYAK WANGI SWEETHEART


Haruman yang telah memukau ribuan pencinta dan pengumpul minyak wangi. Diinspirasikan dengan bau tumbuhan dan boleh dibawa solat.

Sweetheart digambarkan ibarat semanis bayangan wajah, kesempurnaan dan keanggunan. Haruman ini dirumus khas dengan pati segar yang memukau kalbu berunsur haruman terpilih seperti vanilla, rose, buah plum dan mandarin.

Aroma sweetheart menjanjikan kepuasan, keseronokan dan keindahan. Setiap nota haruman ini memberikan keasyikan berbeza. Vanila mengusik peribadi pemakai dengan gaya feminin. Manakala mandarin melayangkan kesegaran, menitip kecergasan. Nota haruman buah plum membangkitkan energi dan kemanisan.

Kelebihan & Keunikan Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart

Minyak wangi keluaran DD Cosmetics diinspirasi dengan bau tumbuhan dan semulajadi serta boleh dibawa solat. Pati minyak wangi Braveheart dan Sweetheart diimport dari Paris. Kemudian, ekstrak haruman ini diformulasikan mengikut kesesuaian dan cita rasa pengguna Malaysia. 

Haruman ini mampu bertahan 12 hingga 24 jam sehari dan bergantung dengan aktiviti yang dilakukan.

Harga mampu milik juga ditawarkan kepada pengguna iaitu hanya RM49.90 sebotol yang berukuran 30 ml manakala untuk Sabah Sarawak hanya RM59.90.

PEMBELIAN SECARA ONLINE VIA STOKIS KERINCHI – KIOSK ONLINE TERMURAH

Kerinchi.com merupakan pemborong, pengedar dan penjual online pelbagai produk kecantikan, kesihatan bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan seluruh Malaysia.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Kerinchi.Com ini ialah D’Herbs, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Jamu Ratu Dara, Jamu Mirafica Plus dan DD Cosmetics

Instagram : @KerinchiDotCom
WhatsApp: 018-233 1211


DD Cosmetics sangat mengalu-alukan mereka yang berminat untuk mendaftar menjadi stokis dan ejen. Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi:-

WhatsApp: 019-2018 014





SILA JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT
  1. Umur anda? rahsia boleh tahun 
  2. Jantina anda? ( Perempuan)
  3. Saya patut dipilih oleh DD Cosmetics dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review minyak wangi Braveheart / Sweetheart berdasarkan pengalaman saya kerana saya adalah pengemar minyak wangi yang mempunyai bau semulajadi (sila berikan jawapan anda)

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 19 hingga 29 Julai 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama DD Cosmetics dalam mencari 15 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Akak jarang buat entri giveaway tapi macam mudahjer nak join Mialiana.com tu yang buat juga... Hari ini adalah hari terakhir kalau sempat korangpun joinlah.... 

LRT yang memudahkan warga kota

Selalu tertanya-tanya bilakah laluan LRT nak bersambung! Akhirnya kini LRT telah menghubungkan Kuala Lumpur dengan pinggirannya. Pagi itu kami memilih untuk menaiki LRT dari BK5 Kinrara ke Putra Heights. Selepas itu menaiki LRT dari Putra Heights ke KL Sentral. Meronda di KL Sentral sebentar dan menyambung perjalanan menaiki monorel ke Hang Tuah. Dari situ kami kembali menaiki LRT untuk balik ke Bandar Kinrara.. 


Sistem pengangkutan awam kita semakin memudahkan orang ramai. Akak teringin nak mencuba naik BRT(bus rapid transit) pulak ... Semoga rakyat Malaysia akan menghargai usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan.  
Tidak sangkalah Bandar Kinrarapun dapat tempias projek LRT...  
Kami pengembara ....
 Inilah peta rapidKL..
Apa kau tengok dik Ya....
Biasalah naik dari Hang Tuah memang ramai penumpang...
Budakkan kuat lagi kenalah berdiri..


Masa akak pergitu agak kelam kabut mungkin sistem belum betul lagi.. Sepatutnya kalau dari Stesen Hang Tuah tu perjalanan terus ke Bandar Kinrara. Tapi di sebabkan sistem tidak betul dua kali kami turun sekali di Chan Sow Lin dan Bandar Tasik Selatan.. 

Harapnya selepas ini semuanya dipermudahkan.. kalau sebelum ini terpaksa bertukar tren di stesen Sri Petaling kini boleh terus ke destini di tujui... 

Thursday, July 28, 2016

Petik, makan anggur Sitiawan

Rasanya banyak entri akak kebelakangan ini adalah dari majalah atau surat khabar.. Semuanyapun tentang negeri kesayangan akak Perak Darul Ridzuan. Kali ini pasal kebun anggur Saloma di Sitiawan..

Sumber Berita Harian (22hb Mei 2016)
Penulis : Bennie Zie Fauzi

Kegiatan pelancongan meerusi aktiviti pertanian kini semakin menarik minat orang ramai, khususnya untuk tanaman yang dianggp mustahil aua jarang ditemui di negara ini.

Ini terbukti dengan pembukaan kebun anggur Saloma Vineyard  dan Nursery di Lekir, Sitiawan, Perak.

Terletak kira-kira sejam perjalan dari Ipoh melewati Kampung Pasir Panjang, srta Kampung Koh, kebun seluas satu ekar milik Siti Saloma Saad, 52, membenarkan pengunjung merasi anggur segaar dari jenis Long White Malaga, Alponso Lavelle dan Kyoho.

Kebunnya menanam anggur jenis IAS, Isabella Madu, Cardinal yang berbentuk bulat dan lonjong atau Black Queen, Black Opal, Loose Prelete sera Flame yang enak tanpa biji.

"Pengunjung boleh menikmati keenakan anggur malah hasrat saya cuba mengurangkan kebergantungan import anggur dari ladang California, Amerika Syarikat," kata Siti Saloma.

Petik dan makan

Siti Saloma, bekas pelukis pelan di sebuah jabatan kerajaan berkata, idesa membuka kebun anggur dicetuskan oleh suaminya selepas mereka melawat ladang anggur di Afrika Selatan.

Selepas melakukan pelbagai eksperimen, termasuk mencuba baja, selain menanam anggur di segenap sudut laman rumah, barulah beliau bersedia berkongsi kejayaannya dengan mempelawa orang awam ke ladangnya.

"Tanpa mengenakan sebarang bayaran  masuk, saya membernarkan pengunjung memetik dan membeli buah itu mengikut timbangan.

"Saya cuba buat seperti dilakukan pengusaha tanaman strawberi di Cameron Highlands dan nampaknya pengunjung menyukainya," kata Saloma.

Bagaimanapun, beliau menghadkan setiap keluarga dibenarkan membeli tidak lebih daripada 250gram.

Anggur di ladangnya berbuah dua kali sethaun, rasanya manis dan masak dengan ranm selepas proses memangkas dilakukan.

"Hujung Mei hingga Jun adalah masa paling sesuai memetik anggur. Disebabkan fenomena El-Nino, rasa manis anggur lebih daripada biasa,"katanya.

Bagi menggalakkan penanaman anggur dalam kalangan  pengunjung, Siti Saloma membekalkan tanaha awalan tanaman anggur, set baja untuk benih dari bulan pertama hingga ke -10., iaitu peringkat pokok mengeluarkan hasil.

Pengganti harum manis

Selain kebun anggur Siti Saloma, pelancong dan pengembara ke Lekir boleh singgah di Ladang mangga Chokanan.

Mangganya sedap semanis madu. Kemanisannya dirasakan melekat lama di lidah terutama jus minuman, jeruk dan boleh dimakan begiut sahaja.

Pejabat Pertanian Lekir memperuntukkan 80 hektar tanah bagi penanaman buah itu mebabitkan 15 lot dengan kira-kira 1,200 pokok bagi satu lot.

Penolong Pegawainya, Karri Qisti Kari Ghani mengesyorkan pengunjung menjengah dua kali setahun untuk menjamah mangga dipetik terus dari kebun.

"Mangga Chokanan diakui paling manis dalam negara. Gred baik dan berkualiti dijual dengan harga RM3 sekilogram, gred C, bersaiz sebesar telur ayam lazimnya dibuat jeruk mangga dan diproses menjadi jus,"katanya.


Gambar adik akak melawat kebun anggur sebagai bukti.. akak juga pernah buat entri pasal anggur Sitiawan ini :- Ladang anggur Saloma . Moga dapat pergi ke sini kalau balik kampung nanti... 

Wednesday, July 27, 2016

Peta Pekerjaan yang dilakukan di Kidzania KL

Kalau nak main di Kidzania ini kenalah ada peta pekerjaan di Kidzania. Setiap seorang akan dibekalkan dengan peta ini tapi kalau tak nakpun boleh...  Masa kat dalamtu tak sempatpun nak tengok sebab akak lebih suka tengok bilangan yang menunggu dan bilangan kanak-kanak masih melakukan aktiviti.. Jadi sebelum pergi harus studi dulu peta Kidzania ini supaya mudah di sana nanti..

Kalau pergi kali pertama dulu memang kami mengejar bilangan tempat pekerjaan yang dilakukan tapi kali ini semua bergantung kepada dua beradikni. Pada diaorang dah tahu apa yang mereka suka atau kehendaki mesti dilakukan terlebih dahulu baru isi masa masuk ke tempat yang lain...Jom tengok peta pekerjaan yang boleh dilakukan di Kidzania Kuala Lumpur...

TINGKAT BAWAH
Kidzania ini ada dua tingkat . Ini tingkat bawah yang ada banyak pekerjaan di sini.. Benda yang kena di ambil tahu ialah CIMB untuk tukarkan cek kepada duit kidzo.

Antara pejabat yang ada di tingkat bawah ialah :-

Job Information Centre...
~ Ini macam Jabatan Buruh gitu. Masukkan maklumat diri seolah-olah resume dan nanti akan keluarlah 3 pekerjaan yang bersesuaian dengan peserta. Yang mustahaknya kiranya kita melakukan pekerjaan seperti di sarankan akan dapat kidzos dua kali ganda dengan syarat tunjukkan keputusan yang diberikan..

CIMB Bank cash and valuables transport
~ Pekerjaan yang memberi peluang pada kanak-kanak untuk menghantar atau mengambil duit dari kedai yang telah diarahkan...

CIMB
~ Tukarkan cek yang diberikan di sini..

Recycling Centre
Ini tempat baru kalau tidak silap dulu di sini kedai shushi..

Fire Station
Pekerjaan paling glamer di Kidzania.. I am a fireman.. memang sentiasa penuhjer tempatni tambah-tambah kalau ada rombongan sekolah atau tadika...

Allianz Insurance Company
Sebelum mengambil lesen memandu di Kidzania silalah ke Allianz Insurance dulu untuk mengambil insuran kenderaan. Ada pekerjaan juga di sini sebagai ejen insuran ...

Jail

Court House
Macam best tapi dua beradikni belum lagi pernah masuk ke sini...

Police Station
Dik Ya dan kakak pernah menjadi polis bersama-sama sebelum ini dengan meronda ketempat yang dikehendaki..   kiri kanan kiri kanan...

Marrybrown Burger Shop
Di Marrybrown kita kena membayar untuk bekerja membuat burger kerana burger yang kita buat itu boleh kita makan. Tapi masa beraturtu terasa macam tidak berbaloijer kami tarik diri...

ZMart
Dik Ya sempat lagi bekerja di ZMart iaitu tempat membeli belah yang dikhususkan untuk kanak-kanak sahaja dari pelanggan hingga ke jurujual dan penjaga kaunter..


New's Edition
Ini masa rombongan sekolah kakak pernah juga rasanya mencuba kerja di New's Editionni...

Kidzania's Radio Station
Masa pergi rombongan sekolah kakak pernah mencuba kerjaya ini dapat bawak balik cd semasa menjadi DJ..

PONEY Fashion Boutique ~
Jenuh menyuruh Azalia masuk ke sini tak hendaknya. Kat sini tak silap ada fashion show baju dari Poney...

STABILO Arts and Crafts Studio
Ini antara aktiviti kegemaran dik Ya.

Ambil gambar dari tingkat atas ....
Inipun dari tingkat atas tapi dari sebelah yang satu lagi...
Boleh dilihat kemeriahan yang terdapat di sini..

TINGKAT ATAS
Ini pulak di tingkat atas yang menawarkan pekerjaan yang tidak kurang hebatnya. Yang paling menarik sekali ialah pekerjaan di Air Asia sebagai juruterbang atau sterward.

Lifebouy Health Institute

Cookie Factory

Chocholate Factory

Brother Sewing & Embroidery Centre

Pharmaniaga Citrex Vitamen Research Institute
Di sini rasanya dua beradikni buat vitamen .. yang penting dapat sebungkus untuk bawak balik... 

KPJ Specialist Hospital
~ ada 4 pekerjaan di sini iaitu :-
               - Scan Room
               - Nursery
               - Endoscopy Room
               - Surgery Room

~ Jadi anak-anak akan ditanya department manakah menjadi pilihan mereka... 

Media (TV3, NTV7, 8TV dan TV9)
~ Di sini boleh menjadi pembaca berita dan menjadi pekerja di bahagian belakang....
Boleh melihat peta pekerjaan yang diberikan untuk kemudahan kalau pergi ke sana.
Tapi ada perubahan sedikit misalnya dulu ada kedai Shusi King kini dah jadi recycle centre...
Satu hari memang tidak cukup untuk menghabiskan semua pekerjaan yang ada di situ... 

Malam malam sepi

Di malam yang sepi pak Mat jual topi... 
Topi pak Mat koyak... yak.. yak...
Pak Mat jual tempoyak...
Tempoyak pak Mat basi...si.. si...
Pak Mat jual topi....
Sambunglah sendiri... akakpun dah lupa...
 Masani bulan penuh tapi terselindung di balik awan... 

Malam sepi... hati sunyi....
Rindu bertandang lagi...
Eh... eh... apa kesni... 
Rindu pada emak kitalah....
Mengenangkan dia yang kini tinggal seorang...
Hanya Allah yang melindunginya... 

Tuesday, July 26, 2016

Mee Tarik Warisan Asli

Teringin sangat akak makan mee tarik yang femestu... Ramai orang dah merasa makan mee ini... Akak dapat merasanipun sebab kebetulan singgah di KL Sentral... Walaupun masatu perut masih kenyang hajat nak mencubatu lebih jadi pilihlah satu menu sahaja.. Anak akak pulak nak makan nasi kandar jugak jadi tak bolehlah akak nak buat rumusan keenakan menu di sini...

Malu-malu nak ambil gambar jadi yang ini sahajalah yang akak dapat.. KL Sentralpun sebenarnya banyak tempat makan yang menarik untuk dicuba... 
Entah apa nama mee ini tapi cakap nak yang pedas...
Ikut tekak akak memang suka jugalah...
Mi dia sangat lembut dan ehm best....
Insyaallah akak akan mencuba lagi dengan menu yang lain... 
Anak akak cakap cam ramenjer... yo lah...

Dik Ya tetap makan nasi kandar..


Jom tengok laman web mee tarik :- MEETARIK. Banyak cawangan kedai mee tarik ini.... 

Saturday, July 23, 2016

Berhari raya di WetWorld Shah Alam

Segala puji bagi Allah kerana dipilih untuk berada di Wet World Shah Alam.. Nanti kita cerita lagi pasal ini... kami nak mandi dulu.. Terimakasih untuk OWG yang bagi tiket percuma dapat cabana dan tube free juga makan tengahari... Layanan dari penganjur juga sangat hebat..
Terima kasih juga dapat cenderahati...
Gelang untuk blogger...

Thursday, July 21, 2016

Bob Rock Apparel untuk yang bersaiz besar

Entri khas untuk yang berbadan comel dan gebu.. Kedai istimewa untuk golongan yang istimewa ini.. Kalau anda bersaiz lebih dari XXL boleh singgah ke sini BOB ROCK APPAREL. Koleksi untuk lelaki yang berbadan besar adalah lebih banyak dari perempuan. Saiz dari L ke 7XL. 

Ada dua cawangan satu di Plaza Shah Alam dan satu lagi di Star Avenue Subang Bestari. Akak pergi yang di Star Avenue, kompleks membeli belah baru.. Akak tidak membelipun cuma suami akak sahaja yang mencari kemeja dan seluar jeans..
Terdapat juga handbag wanita... 
Aksesori untuk wanita juga ada di sini... 
Koleksi baju-baju yang menarik dan muslimah... 

Kedai ini kepunyaan usahawan bumiputera dan akak harap bisnesnya yang mengkhusus untuk golongan yang berbadan besar ini akan berjaya... Amin...  
 Gambar ambil dari instagram mensattire
 Gambar dari instagram
Gambar juga dari instagram...

Kawan blog akak ini ramai yang badan berkecil molek jadi mungkin maklumat ini kurang berguna.. Namun kiranya mendengar rungutan kawan berbadan comel ini bolehlah sampai-sampaikan... 

Wednesday, July 20, 2016

Kenangan Hari Raya 2006 - 2015

Berkat nak mencuci gambar ternampaklah gambar lama dalam 'thumb drive'... Akak kompilasikan gambar-gambar ini untuk kenangan... betapa cepatnya masa berlalu, dari dua beradiktu kecil sampailah sekarang dah besar panjang..
Tahun 2015.... Kampung Seri Kaya.... Cucu Zakaria Ansari kini 13 orang...Berhari raya tanpa apak memang tidak sama seperti dahulu... 
Tahun 2014... Gombak Setia... Pertama kali berhari raya tanpa ayahanda tercinta... 
Tahun 2013... hari raya yang paling seronok tapi itulah hari raya terakhir bersama dengan apak... Cucu Zakaria Ansari masa itu 12 orang... 

Tahun 2012.. Gombak Setia... Merasai suasana hari raya di Dataran Merdeka masa warga kota balik kampung.... Singgah Kellie Castle di Batu Gajah juga.. Ada perjumpaan keluarga sebelah bapak.. Singgah berhari raya di Cameron Highland juga.. Hari raya yang paling padat gamaknya...  
Tahun 2011... Gombak Setia... Tahun serba unggu.... 
Tahun 2010... Gombak Setia... Hari raya dengan main masak-masak...
Tahun 2009... Kampung Serikaya... ala comel-comel cucu Zakaria Ansari seramai 10 orang dengan Dik Ya yang paling bongsu...
Tahun 2008... Gombak Setia... masani akak kurus lagi tapi sekarang mak ooiii...
Tahun 2007... Hanya Atikah berhari raya sebab akak dalam pantang... 
Tahun 2006.... Hari raya pertama Atikah di Gombak Setia..

Monday, July 18, 2016

Jamuan Sekolah Agama ~ Dik Ya dan Atikah

Kisah jamuan sekolah Agama dua beradik ini... Sekadar simpan buat kenangan... Harini ibupun rajin sikit keluarkan kamera kesayangan kot idak memang pakai handphonejer... 

Dik Ya sekolah agamanya sebelah pagi, dan dia minta akak masakkan nugget sahaja. Suruh dia pakai baju yang dibeli di Ho Chi Minh dulu.. Kot idak entah bilalah gamaknya nak di pakai baju kurungnya..
Harini pertama kali dik Ya pakai tudung lilit..
Senyum barulah comel...
Jangan lupa bawa gelas plastik sekali...
Setiap tahun jamuan hari raya sekolah agama ini mengikut kelas... Kalau kelas Dik Ya misalnya bawa makanan bergoreng, ada kelas yang cuma bawa air, ada yang makanan berat dan sebagainya... 
Baju yang dibeli di Ho Chi Minh pun dah makin pendek..
Dik Ya yang tinggi atau masa belitu memang dah pendek...
Gaya dik Ya berbaju hijau... 

Atikah bersekolah agama di sebelah petang.. Suruh dia pakai jubah yang di beli di Ho Chi Minhtu dia tak nak.. Pakaijer baju kurung hari raya yang samajerler... 
 Bila dah besar sikit pandai nak tengok cermin...
 Peace yo... kita nak pergi jamuan hari raya...
Tidak sabar menunggu van sekolah datang mengambil...
Pilihan Atikah untuk di bawa ke kelas ialah spageti bebola daging... Ehm... yang penting seronok tengok bekas makanan di bawa balik kosong... 


Nuffnang oh Nuffnang