Lindungilah anak kami

Tidak tahu dimanakah untuk meluahkan perasaan ini...
Entah apalah yang akak rasakan saat ini...
Akak merasa sangat sedih dan sungguh tidak berdaya...
Anak akak yang di sayangi melakukan sesuatu yang tidak pernah akak terfikir akan berlaku...
Inilah dugaan Allah kerana kealpaan akak sendiri...
Ampunilah aku ya Allah...

Begini ceritanya dik Ya anak akak memang budak yang ceria...
Dia lebih mudah mendengar kata berbanding dengan kakaknya...
Namun kejadian selama dua minggu ini membuatkan akak terfikirkan sebaliknya...
Kalau dulu dia suka bersekolah malah semasa mula masuk tadika dan masuk darjah satu tidak ada masalah yang berlaku...
Minggu sudah dia mendapat cuti sakit selama dua hari kerana demam...
Selepas itu dia kata tidak sihat lagi...
Masih boleh diterima sebab badan dia panas lagi..
Namun bila masuk minggu ini dia masih tidak mahu bersekolah akak rasa lain macam...

Bila di tanya adalah dikhabarnya satu masalah yang membuatkan dia tidak suka bersekolah...
Semalam sudahpun akak dan suami berjumpa dengan guru penyelia dan guru disiplin...
Ingatkan masalahtu akan selesai namun hari ini dia tidak mahu lagi ke sekolah...
Rasa kecewa sangat sebab akak tidak dapat tahu apa masalah sebenarnya yang berlaku...
Kalau diikutkan dia anak yang mudah mendengar kata, tidak banyak kerenah sangat...

Sesungguhnya hanya Allah yang maha Besar yang maha Pengasih lagi maha Penyayang...
Semoga diberikan cahaya yang menerangi di hati akak untuk menyuluh permasalahan ini...
Doakan yang TERBAIK untuk anakku tercinta...
Kalau ada nasihat, pengalaman dan panduan berguna bolehlah dikongsikan bersama di sini...
Azalia ... ibu sayang kamu...

Comments

  1. Masalah apa sebenornya Cho?
    Cer tanya, kot kalo pindah sekolah, dia nak ke..

    ReplyDelete
  2. ape kah masalahnye sebenar kak...kalo tau punca dpt kami bagi buah fikiran...

    takpe kak, doa ibu itu senjata mustajab utk anak2...akak google doa2 pelembut hati anak....amalkan..tiup dlm minuman, makanan dan ubun2nye time tdo...in sha Allah....

    ReplyDelete
  3. Tidak mahu ke sekolah disebabkan apa? Jika kes buli atau perasaan takut/benci pada kawan-kawan/guru/orang sekeliling, maka hendaklah dilaporkan segera dan cari jalan penyelesaian. Jika terdapat gangguan makhluk halus, maka hendaklah bersegera rujuk kepada ustaz/alim ulama. Jaga dan tingkatkan amalan. Setiap masalah ada jalan penyelesaian, setiap penyakit ada ubatnya. Bertindak cepat sebelum terlambat. May Allah make it easy for you and family. Aameen.

    ReplyDelete
  4. Allahu..sedih pula sy baca entri ni. Walau apa pun, bnykkan doa ye, insya-Allah, moga Dik ya kembali okey seperti biasa... cuba kak bawak jumpa ustaz ke? atau kat sekolah ada berlaku sesuatu yang tidak menggembirakannya? cuba siasat/bincang/talk slowly dgn dik ya. Insya-Allah..doa seorang ibu adalah yang terbaik...

    ReplyDelete
  5. Bagi masa untuk anak, kemudian cari masa yang sesuai pujuk supaya dia ceritakan masalah di sekolah yg dihadapinya. Jangan paksa jangan marah-marah pujuk sebaik mungkin bila kita sudah dapat puncanya insyaallah mudah untuk kita sesesaikan.

    ReplyDelete
  6. Anak saya pernah alami saat2 dimana dia tak nak pi sekolah.dekat sebulan juga setiap pagi dia menangis tak mau sekolah.sedangkan dari tadika sampai darjah satu , hari cuti pun sibuk nak sekolah...kes tak nak pi sekolah tu sebab cikgu suka rotan tapak tangan dia sebab dia suka bercakap dalam kelas.tapi benda ni selesai lepas kami berbincang dengan cikgu...tapi nak yakin kan dia yang benda tu tak kan jadi lagi memang susah kak..sampai kan kadang2 saya hilang sabar bila dia tak mau sekolah.bila makin ramai yang pujuk dia baru dia ok.Opah, mak saudara, jiran banyak pujuk dia pi sekolah siap ada yang nak bagi ganjaran kalau suka pi sekolah..heheh.sampai sekarang ok je , dia nak pi sekolah..

    Masalah anak saya dengan anak akak mungkin berbeza..saya harap ada penyelesaian untuk ni..sabar ye kak..

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah beri jalan untuk menyelesaikan maslah ni dengan cara yang baik. Insyaallah.

    ReplyDelete
  8. Apa masalah sebenarnya, Cho? Kalau tahu sedikit butirannya, mungkin boleh juga diberi nasihat. Berilah dia masa untuk bertenang dan dalam masa yang sama, Cho cubalah cari jalan sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah. Mungkin kalau tahu punca, senang sikit nak berbincang dengan pihak sekolah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts