Nuffnang saya

Followers

Monday, January 18, 2016

Tips parking murah KLIA dan KLIA 2

Akak nak cerita pengalaman bawak anak-anak bercuti di Ho Chi Minh City ...
Tapi sebelum itu akak nak buat entri tips parking murah kalau menggunakan KLIA atau KLIA 2..
Selagi boleh berjimat kita kenalah berjimatkan lagipun kita terbangpun bukanlah selalu...
Satu benda yang merungsingkan hati kalau nak berjalan menggunakan kapal terbang..
Dapat tambang kapal terbang murah tapi jangan lupa kos letak kenderaan atau tambang teksi kena di ambil kira...
Seronok sangat hati dapat tambang sangat murah tapi bila dikirakan kos untuk sampai ke sana jadi tidak berbaloi pulak percutian itu nanti..
Nanti orang kata terbang boleh pulak tapi duk cerita nak jimat apa cer..
Tapi orang tak tahu yang kitani kalau terbangpun jenuh mencari yang murah...
Lagipun kalau bercuti dalam Malaysia kalau tempattu femes mahal jugakkan...

SATU :: Letak kenderaan di KLIA atau KLIA 2

Alternatif pertama yang paling mudah ialah letak kereta di KLIA atau KLIA 2 terus...
Jadi kalau balik lewatpun kenderaan sudah sedia ada di situ...
Bayangkan ikut jadual kita tiba di KLIA pukul 9.00 malam...
Sekali penerbangan ditangguhkan maka sampailah ke KLIA selepas pukul 12.00 malam...
Tambang teksi memang naik, ERL juga dah tamat perkhidmatannya..
Jadi alternatif letak kenderaan di lapangan terbang adalah terbaik..

Tapi moh kita tengok berapa pulak kos untuk meletakkan kenderaan di sini...
KLIA
Layarilah http://www.klia.com.my/?m=airport&c=getting_around&id=2

Kalau ikutkan di sini kadar bayarang parking adalah seperti berikut :-
Yang kira jamtu tengokler kat laman web tadi...
Yang ingin ditekankan disini kalau sehari adalah RM46.00
Minimum untuk  4  hari adalah RM144 dan selebihnya RM15 sehari... (Hanya di Blok A)

**
KLIA 2
Akak layari laman web ini :- http://www.klia2.info/about-klia2/facilities/parking

Menurut laman web ini kadar meletakkan kenderaan adalah seperti berikut :-
Bayaran ikut jam silalah ke laman web di atas...
Bayaran maksimum satu hari sama macam KLIA iaitu RM46....
Yang tak samanyer selepas tiga hari bayaran kadar rata sebanyak RM20 akan dikenakan...

Istimewanya lagi ada satu tempat letak kereta yang dipanggil Long Term Car Park (LTCP)
Bayarannya adalah sebanyak RM32 sehari dan disediakan  bas shuttle setiap 15 minit...
Tempat letak kereta ini berhampiran KLIA...

Rasanya meletakkan kenderaan di KLIA mahupun KLIA 2 mempunyai kelebihan...
Namun terpulanglah kepada pertimbangan masing-masing...
Alternatif selain dari meletakkan kenderaan di KLIA adalah seperti di bawah..

DUA : Letak kereta di Putra Sentral atau Terminal Bersepadu Selatan...

PUTRA SENTRAL, Presint 7, Putrajaya

Tempat letak kereta ini mengenakan bayaran sebanyak RM4.00 sehari...
Harga tiket "Transit Train" dari Stesen Putraya dan Cyberjaya adalah seperti berikut :-
Dewasa : RM9.40
Kanak-kanak : RM4.20
Masa perjalanan ke KLIA dalam 16 minit dan ke KLIA 2 selama 20 minit...

**
TERMINAL BERSEPADU SELATAN, Bandar Tasek Selatan

Bayaran letak kenderaan di sini juga sama dengan Putra Central sebanyak RM4.00 sehari...
Bayaran untuk naik "KLIA Transit" dari Terminal Bersepadu Selatan adalah sebanyak :-
Dewasa : RM38.40
Kanak-kanak : RM17.30
Masa perjalanan ke KLIA ialah dan KLIA 2 selama 32 minit.
Boleh juga naik bas dari Terminal Bersepadau Selatan ke KLIA2
Naik bas 'Jet Bus" : RM10 sehala

Dari KL Sentral
Keretapi pertama : 4.33 pagi
Keretapi terakhir : 12.03 pagi

Dari KLIA2
Keretapi pertama : 5:48 pagi
Keretapi terakhir : 12.59 pagi

Letak kenderaan di Putra Sentral dan naik KLIA transit adalah lebih murah dari di Terminal Bersepadu Selatan..
Walaupun harga tempat letak kereta adalah sama tapi tambang KLIA transit tu jauh beno bezanya...
Apa kata anda ??? Rasanya semua orang nampak...

Sebelum akak tahu harga tiket KLIA Transit dari Bandar Tasek Selatan semahal itu akak ada juga hajat nak naik lrt dari BK5 ke Bandar Tasek Selatan..
Maalumler letak kereta di Bandar Kinrara adalah percuma buat masa ini...
Mun dah harga KLIA transittu macam cekik darahjer alternatif parking di Putra Sentral adalah sangat berbaloi- baloi....
Selalu kalau suami akak sahaja pergi bolehler akak tolong hantar tapi ini cerita kalau dah sekeluarga yang pergi...
Tapi kalau ada adik beradik yang boleh tolong lagi seronokkan...

Gambar kami di tempat letak kereta Putra Sentral...
Tempat letak keretanya selesa dan banyak juga..
Bayaran untuk kami selama 3 hari ialah RM14..
Tambang kami anak beranak pergi dan balik naik KLIA Transit RM36.80...
(bulan Januari 2016 tambang KLIA transit telah naik jadi tambangnya sekarang jadi RM46.00)
Masih murah lagikan 46 + 14 = RM60 kalau di KLIA 2 hari letak keretapun dah jadi RM92.00...
Namun kekurangannya jika waktu pergi atau balik adalah terkeluar dari waktu KLIA Transit...
Itulah yang terjadi kepada kami masa pulang dari Ho Chi Minh...
Jadinya jika ada kerajinan akan menyusul kisah cuti kami di Vietnam...
Cerita Umrah akak sudah tertangguh hampir 9 bulan.. ha.. ha .. bila nak buat entahler...

11 comments:

  1. Bagus Tips CZ berikan ini..
    Amat berbaloi sangat dengan harga RM60 3 hari di Putra Central..
    Nanti boleh info adik ipar yg selalu travel sebab kerja tu..

    ReplyDelete
  2. bolehlah lepas ni park kat situ je. kalau nak balik kuching masalah utama org yang htr ke airport n nak ambik kat airport

    ReplyDelete
  3. Cite umrah kami pun bertahun tangguh akak..
    Dah lama penyakit M menyerang..
    Ni bru nak duk korek2 blk gambor lama..
    Hihihihi

    ReplyDelete
  4. bagus ni..boleh buat rujukan untuk orang lain..memang berguna sangat entry ni..

    ReplyDelete
  5. Info yang baik..terimakasih kongsi info nie :)

    ReplyDelete
  6. bagus utk rujukan nih kak.... kalu tak ssh jgk kalu travel ngn family ramai2...

    ReplyDelete
  7. bagus la akak untuk rujukan kami.. tq so much akak

    ReplyDelete
  8. tiket boleh beli on the spot kat situ x

    ReplyDelete
  9. Sis ada no phone park kat klia tak?

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang