Nuffnang saya

Followers

Friday, August 1, 2014

Suami isteri meninggal dunia selang sehari

Akak belum sempat nak bercerita pasal cerita hari raya....
Al fatihah kepada jiran akak di kampung...
Semalam suaminya dikebumikan dan hari ini dia pula menyusul...
Jiran akakni tiada anak....
Akak rasakan seumpama cerita drama....
Rasa tidak percayapun ada...
Namun itulah ketentuan Illahi, dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali....

Semalam kami sempat melawat dia tapi memang dia macam hilang semangat..
Mungkin membayangkan hidup bersendirian selepas kematian suaminya...
Dan kemungkinan juga dia tidak makan ubat mengikut aturan semasa menjaga suaminya di hospital....
Mungkin juga dia tidak menjaga makan dan minumnya ....
Namun sebagai orang Islam kita kembali kepada Qada dan Qadar...
Semoga arwah Annuar dan Rohani akan ditempatkan bersama orang yang beriman....

Dua bulan sebelum ini kakak kepada Allahyarhamah Rohani meninggal dunia...
Kiranya di kejiranan kami seramai 4 orang meninggal dunia dalam tempoh 4 bulan ini...
Al fatihah untuk mereka termasuk arwah ayahanda akak yang meninggal dunia sebelum Ramadhan...
 
Bergambar sebelum balik depan rumah opah kampung...
Pagi tadi sempat melawat arwah sebelum dia dihantar ke hospital...
Membantu membersihkan rumah jiran semasa dikhabarkan suaminya dalam keadaan yang tenat... 
tanpa disangka rumah ini menerima jenazah dua hari berturut-turut...

18 comments:

  1. innalillahiwainnailaihirojiun...

    ReplyDelete
  2. innalillahi wainna ilahi rojiuun..
    Allah takdirkan kematian mereka begitukan zila...
    sedih membacanya namun dalam satu sudut, dia tidak bersendirian di dunia namun menyusul suaminya di alam yang satu lagi..

    ReplyDelete
  3. Innalillah....smga mereka berjumpa di sana nnti...

    ReplyDelete
  4. Innalillahhiwainnailaihirojiun. Selang sehari je meninggal. Sudah ditakdirkan mereka meninggal bersamakan.

    ReplyDelete
  5. Innalillahhiwainnailaihirojiun..
    ajal maut ditangan Allah....tapi tulah, mrk pergi selang sehari....

    ReplyDelete
  6. al-fatihah moga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  7. innalillah……..semua ketentuan ALLAH

    ReplyDelete
  8. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka ... aaamin

    ReplyDelete
  9. semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg soleh.. sedihnya.. berturut2 pergi pada tahun yg sama..
    mesti yg tinggal tu sgt2 sedih..
    hebat betul dugaan buat mereka.

    ReplyDelete
  10. sedihnya...mula terbayangkan nasib diri sendiri esk2 nanti :(

    ReplyDelete
  11. hidup mati semua rahsia Allah.Takziah ye

    ReplyDelete
  12. Innalillahhiwainnailaihirojiun
    alfatihah

    ReplyDelete
  13. Al-fatihah. Sudah takdir mereka suami isteri, pergi menghadap Ilahi selang sehari.

    Sedih pula rasanya bila tiada zuriat yang ditinggalkan untuk meneruskan susur galur keluarga.

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang