Nuffnang saya

Followers

Tuesday, August 2, 2016

Ayam Kurma Berempah

Proses mencuba masakan ayam yang lain dari kebiasaan. Rumah akakni kalau ayam selalunya goreng kunyit, goreng bertepung, sambal ayam dan sekali-sekala ayam masak lemak. Jadi untuk menambahkan menu yang ada akak cubalah masak ayam kurma berempah..

Jumpa dalam resipi Mingguan Wanita dan kebetulan rempah kurma ada dalam simpanan. Lama sangat rasanya tidak masak kurma tapi dulu akak suka masak kurma telurjer...


Resipi Ayam Kurma Berempah

Bahan-bahan :-

1/2 ekor ayam (perapkan dengan garam dan kunyit)
3 sudu makan serbuk kurma
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
10 gram daun kucai - dipotong (ni akak tak letak)
10 gram daun kunyit - dihiris (juga akak tak letak)
garam dan gula secukupnya
5 ulas bawang merah -ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
8 biji cili padi - ditumbuk
minyak untuk menggoreng

Langkah :-

~ Gorengkan ayam sehingga masak dan ketepikan..

1) Panaskan sedikit minyak, tumiskan bunga lawang dan kayu manis sekejap.

2) Masukkan bawang merah dan putih, tumiskan sehingga garing.

3) Masukkan pula cili padi, kacau sekejap

4) Kemudian masukkan rempah kurma dan tambahkan sedikit air jika perlu

5) Tambahkan garam dan gula secukup rasa.

6) Masukkan ayam goreng tadi. Gaul sekejap.

7) Akhir sekali masukan daun kucai dan daun kunyit. Gaul sekejap dan bolehlah dihidangkan...

Rasanya pada akak boleh tahan juga tapi anak-anak akak kurang menggemarinya.. nampaknya kena cuba menu yang lain pula... 


5 comments:

  1. Rumah saya pun jarang masak kurma CZ....Entahlah kenapa...
    Kiranya ayam awak ni mcm banyak cili daripada rempah kurmakan sebab kalau kurma kan putih kuning gitu warna dia....

    Bila anak dah kurang suka ni, kita emaknya kenalah cari menu lain ye CZ hihi

    ReplyDelete
  2. ooo pes time tgk menu ni kak.... kering2 gitu kan...boleh try nanti...kdg2 buntu pikir nak masak ape hari2 hah....

    ReplyDelete
  3. Waahhh... ini menu baru buat kakak - nampak yg dlm pinggan pun menggoda tu.
    Nantilah ada masa kakak pun teringin nak mencuba
    Thanks Zila:)

    ReplyDelete
  4. kalau masak kurma biasa tu saya suka guna daging..tapi yang macam ni tak pernah try lagi,..nanti boleh cuba..

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang