Nuffnang saya

Followers

Friday, September 30, 2011

Shogun, Sunway Pyramid

Lunch semalam 29/09 akak ngan adik pejabat Hisyam bergegas pergi ke Sunway Pyramid untuk makan di Restoran Shogun kerana kupon diskaun 50% hanya laku sah sehingga 30hb September. Harga untuk lunch di Shogun pada hari biasa adalah RM53.80++ so kalau harganya separuh kira berbaloi-baloiler sebabnya mana cukup masa nak makan banyak.

Ini makanan kami berdua round yang pertama sahaja. Ada lagi yang tak nampaktu, memang berbaloi kami menahan perut semasa pagi untuk memastikan kami boleh makan sebanyak yang mungkin, tak senonoh. Lepastu dua-dua dah tak larat nak bangun rasa cam nak tidur kat situjer.


Sebetulnya akak malu nak ambik gambar sebabnya cuma pakai kamera handphonejer(terlupa lak nak bawak kamera)dan memang selalu macamtu malu walaupun teringin sangat nak ambik gambar banyak-banyak untuk kenangan.



Gambar dan cerita ni akak ambik di blog denslee jom layan :-http://denslee.com/2009/03/20/shogun-at-sunway-pyramid/


Kalau nak cerita yang perasaan dia sama dengan yang aku rasa boleh layan blog kawan akak di sini :-niza @ shogun sunway pyramid especially tang service dia memang tuntas dan pantas, cayalah. Dan dari segi pilihan makanan yang ada boleh tahan banyak yang membuatkan kita rambang mata dan dari segi rasa oklah tapi mungkin tekak akakni tekak orang melayu payahler nak cerita banyak.. Keseluruhan boleh layan tapi kalau harganya bukan diskaun 50% rasanya susah gak akak nak gi kot kecuali memang pergi dan lepak lama-lama tak per tapi kalau rushing macam semalam idakler teman.

alamat yang Sunway Pyramid punya :-
SHOGUN RESTAURANT
LG2.119-120, Sunway Pyramid Shopping Mall,
No 3 Jalan PJS 11/15,
Bandar Sunway, Petaling Jaya
46150 Selangor

Tel : 03-56221831

Business Hours
•Lunch (12.00 noon - 3.30pm) and Dinner (6.30pm - 10.00pm)

1 comment:

Nuffnang oh Nuffnang