Telenovela Trilogi Cinta

Syiok layan ceritani sekarang.. Jomler ramai-ramai tengok cerita Trilogi Cintani daripada layan telenovela dari seberang yang meleret-lerettu. Rugi kalau tak tengok walaupun akak bukan peminat Rosyam Noor dan Fouziah Ghous tapi sebab ceritanya bermutu akak memang tidak ketinggalan untuk menontonnya setiap malam...

Diadaptasikan daripada kombinasi tiga novel popular Sharifah Abu Salem iaitu novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan telenovela terbaharu Trilogi Cinta mulai 2 Januari 2011, setiap Ahad dan Isnin, jam 10.00 malam di TV1.

Sambungannya : - Fouziah Ghous dan Rosyam Nor dalam Telenovela Trilogi Cinta Sensasi Selebriti Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Comments

  1. tak layan cerita ini sebab tak suka Rosyam ni jadi hero sebab rasa dia agak tua untuk watak razif tu,tapi tahu ending sebab dah lama khatam novel ini.

    yang meleret-leret sinetron seberang tu lah yang mak mertua awak layan hari-hari kah kah,tapi yang tak boleh tahan satu hari tu dia layan Rapunzel Indonesia,nak buat macamana kan mak ku mak mertua mu jua he he

    ReplyDelete
  2. salam singgah cho..
    lama benor tak ngendeng ke blog cho ni...

    yer ke dah didrama kan 3 novel ni.. nanti nak cuba2 layan... ;)

    teman memang minat rosyam nor.. cuma udah lama tak dpt layan tv.. anak2 koje layan educational CD jer..

    ReplyDelete
  3. jana....tau takper... haritu cuti hari wilayah rasa macam berada di seberang sebab bersambung2 cerita Indonnyer.. kita yang tak pernah tengok rasa cam samajer ceritanya sebab pelakonnyer hampir2 sama dan ceritapun lebih kurangjer, tak hilang ingatan tak sah......
    tuler kenapalah rosyam... tapi tak leh cakap gitu sebab rosyamtu selalu tak bagi kita cakap dia dah tua.... keh! keh! kalau gitu kita pun muda lagiler kot....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts