Mohamad Najmi Dalam kenangan

Mohamad Najmi kalau masih lagi bersama ibu tentulah sudah berumur 8 tahun dan tentulah sudah dalam darjah dua. Walaupun kini akak sudah punya dua orang anak perempuan namun kenangan pernah memiliki seorang anak yang bernama Mohamad Najmi tetap kekal bersama... Akak pernah menulis di dalam blog ini juga boleh baca di sini :- BAYI MATI DALAM KANDUNGAN.
Kepada ibu-ibu yang sedang mengandung semoga dapat menjaga kandungan itu dengan baik terutamanya ibu yang menghidap penyakit darah tinggi macam akak dahulu. Kalau doktor suruh kita tinggal di wad demi keselamatan ibu dan anak ikut sahajalah saranan doktor tersebut kerana ibu mengandung yang mendapat hipertensini memang susah untuk dijangkakan walaupun nampak sihat namun merbahaya.Inilah pengorbanan kita sebagai wanita kerana semasa mengandungkan Azalia juga tidak kurang beratnya masalah hinggakan akak terpaksa dimasukkan wad selama lebih kurang 75 hari disebabkan uri di bawah....

Mohamad Najmi dikebumikan di tanah perkuburan Danau Kota pada 14/2/2003 pada hari dia dilahirkan.
Inilah kubur Mohamad Najmi yang akak selalu ziarah kalau datang rumah nenek...

Atikah dan Azalia kalau ditanya siapa nama abang, mesti jawab Abang Najmi dah meninggal.

Mohamad Najmi ibu merindui saat-saat kita pernah bersama walaupun seketika namun begitu ISTIMEWA. Semoga ibu dapat berjumpa anak ibu di sana....

Comments

  1. saya nangis ok...
    ocu ingat masa kak zila lost baby ocu kat hukm (warded) for a month.. i cried in the hospital..tumpang sedih..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts