Team Building Perhentian ~ Kena Repeat Lagi

Akhirnya setelah selesai sempurna segala aktiviti, kenalah sedar diri pulanglah kepangkal jalan. Selesai bersarapan di hotel kami beransur balik ke tanah besar dengan hati yang segar. Ikut rasa nak berendam sehari lagi, tapi teringat segala tanggung jawab perlu diselesaikan. Selamat tinggal pulau Perhentian!! ada rezeki kita datang lagi ok..

Kita posing terakhir dijeti, selagi tak balik yer tak!! Beg kami ada orang yang tolong bawak. Jadi lagi senanglah kami berposing....


Terima kasih sudi tolong kami... 

Kami kumpulan pertama yang dapat naik bot..
Semasa pergi dahulu naik feri  bila balik naik bot....
Rasa cepatjer dah sampai jeti Behrang...



Sempat lagitu kami bergambar semasa sampai jeti..
Yang ini akak yang ambil gambar layan kawan-kawan...


Ada surau lama tersepit di situ....

Singgah membeli keropok lekor di satu tempat (sori tak ingat nama)
Berhampiran kedai keropok ada kedai ikan celup tepung(ict)..
Kiranya sekali makan tengaharilah....





Ada macam-macam makanan dijual disitu..
Mi rebus, laksa, sotong celup tepung, ikan celup tepung, udang celup tepung, keropok lekor.... ah! bikin aku ingin...
Inilah kisahnya kalau naik bas dan bukan ikut PLUS...
Jenuh berbaris di tandas stesen minyak...
Ada satu kejadian yang berlaku kepada bas kawan-kawan akak yang stesen di Gombak..
Bas kami selamat sampai di Kinrara walaupun lewat dari jangkaan.
Namun bas kawan-kawan kami terhenti di tengah-tengah jalan di Genting Sempah.
Patutlah kak Zai merungut kata panas masa kami singgah di RnR Gua Musang.
Syukurlah semuapun selamat sampai ke Gombak selepas bas penganti sampai.
Namun yang ingin menyambung perjalanan ke Ipoh kenalah tidur di stesen keretapi dahulu...
Namun keseluruhan program ini berjaya dengan cemerlang..

Comments

Post a Comment

Popular Posts