Sharing is Caring

Entah mana saya dapat ceritani sebabnyer dah terlalu lama di dalam simpanan tapi sebab peristiwa malam semalam saya jadi teringat isi kandung email ini. Pagini terasa sebal sangat hati kerana sikap saya semalam yang tidak harus berlaku kepada ibu-ibu yang kononnya terlalu menyayangi anaknya.. ampunkan ibu wahai anakku. Akak tak dapat menahan perasaan marah kepada Atikah hanya kerana akak yang letih sebenarnya dan yang menjadi mangsa anak kecil itu yang hanya melakukan kesalahan biasa-biasa. Bila nampak tanda 5 jari kat peha kesan dari saya memukul yang kononnya untuk mengajar itu akak tersentak.. oh tidak, kenapalah akak tergamak melakukannya.... cerita di bawah tak kena mengena dengan cerita saya semalam tapi cuma sharing is caringkan, moto HLM...

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak
perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar muzik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali, Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu, Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu, Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, Airmatakumencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut dikatil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini, Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa, Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat
pengganti, dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja, melebihi
keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah
anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE
(Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "
Pagi tadi terjumpa email yang syahdu jugak tapi terlupa nak save jadinya jiwa saya hari ini memang sayu dan begitu teringat-ingat muka Atikah semasa tidur semalam. Oh Tuhan berikan aku kesabaran yang tinggi untuk mendidik anak-anak tersayang dan semoga Engkau peliharakan mereka dari dugaan dan bisikan syaitan yang direjam...

Nak cerita diari diet saya pulak terimakasih jugak kerana saya telah dapat menunaikan hajat untuk tidak makan nasi selama 3 hari berturut-turut dan makan malam sebelum pukul 7.00 malam dengan makanan yang tidak terlalu berat. Namun malam semalam saya tidak dapat keluarkan peluh kerana sibuk menggosok baju memandangkan hujung minggu ini saya akan tidur di rumah adik saya di Bukit Jelutong kerana emak dan apak akan datang ke sini. Yang pasti diari makan saya pasti hancur dah tau dah.
Aduhai anak maafkan ibu ini tau. Pagi tadi dia tak mengeluhpun kena pukul tapi ibunya ini yang tak tahan tengok mata dia yang dahler sepet cam sayujer...

Comments

Popular Posts