Perjuangan yang tak sudah-sudah

Inilah satu-satunya perjuangan saya yang tak pernah mencapai matlamat, nak tulispun malu tapi demi masa depan saya bagi tauler jugak perjuangan untuk mengurangkan berat badan. Dulu masa berat badan biasa-biasa ajer saya mengimpikan untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik @ kata lain kalau pakai baju kebayatu sedapler mata memandang. Namun apabila bentuk badan memang bertukar tapi kepada yang lebih hodoh saya mengharapkan hanya dapat mengurangkan sedikit lemak-lemak yang semakin kelihatan @ dengan kata lain dapat badan yang sedang-sedang ajer.

Namun seperti yang diketahui seiring dengan pertambahan usia dan juga perubahan bentuk badan kerana melahirkan anak sudah pasti usaha semakin menghampiri jalan mati. Kadar metabolisma yang semakin menurun dan kurangnya masa disebabkan oleh kesibukan melayan karenah Atikah dan Azalia (2A)maka semakin tinggilah cabaran yang terpaksa saya tempuhi. Apakan daya saya terpaksa juga berjuang bukan untuk kecantikan tetapi untuk kesihatan kerana saya sekarang sudah dalam kategori "overweight".

Bayangkan semasa dalam gambar ini saya dah sedia gemuk dan sekarangni lebih dan lebih lagi dari itu... saya 2 dari kiri

Paling mengecewakan saya ialah selepas berpuasa sebulan, saya masih tidak dapat mengurangkan walaupun sedikit berat badan walhal saya telah mengawal pemakanan saya. Malah baju "sandaran" (baju yang dijadikan batu sempadan samada saya sudah dapat kurangkan sedikit lemak diperut) saya juga memperlihatkan tiada sebarang perubahan. Ada jugak yang bertanya samada saya sedang mengandung kerana lemak yang berada diperut saya begitu ketara sekali. Rasanya semua orang sedia maklum tentang kepayahan untuk mengempiskan perut berbanding dengan anggota yang lain.

Oleh yang demikian usah meratap pilu, saya mesti lakukan sesuatu supaya perjuangan saya yang satu ini akan mendatangkan hasil. Ingat kata sepupu saya yang dapat mengurangkan berat badan sebanyak lebih kurang 20kg, "ini usaha 5 tahun". Jadi tak perlu kecewa sangat, teruskan sahaja usaha yang mana yang telah dilakukan dan tambahkan mana-mana yang patut. Antara tindakan yang perlu dilakukan ialah :-

> Mesti BERSENAM walaupun hanya 15 minit sehari @ sekurang-kurangnya lakukan 'sit-up' sebanyak yang upaya. Berjogging selepas mengambil Azalia dari rumah pengasuh (sekarang hanya melakukan regangan sambil menemankan 2A bermain di taman) dan manfaatkan bangun awal setiap pagi dengan melakukan riadah seperti aerobik mengikut VCD (rasanya bekas vcd dan 'steprobik' hadiah suamitu dah berabuk!!). Yang paling penting hujung minggu mesti digunakan sebaik mungkin untuk mengeluarkan peluh.

>Rajin berpuasa sunat (isnin dan khamis) dan jugak membawa bekal supaya tidak perlu keluar makan dalam strategi kurangkan makan nasi.

>kena buat diari makanan dan exercise supaya dapat membuat penilaian secara lebih berkesan.

>BERDOA semoga Allah memberkati segala usaha dan memberikan semangat untuk meneruskan usaha menjadi lebih sihat ini. Semoga usaha kali ini tidak menjadi seperti "hangat-hangat tahi ayam"...keh! keh! busuknya..

Sekian dahulu untuk kali ini, lain kali jumpa lagi mungkin dengan cerita yang lebih ceria. Semoga semangat juang saya tidak luntur, biar apapun anggaplah ia dugaan...

Comments

  1. alahai.. nak turun kan berat... ok per badan camtuh.. xde la gemuk... hmm bila dah kawin & beranak sure badan pun naik...
    hmm xpe.. usaha tangga kejayaan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts