Rezeki yang Cukup vs Rezeki yang Tidak Cukup-Cukup

Sumber: Majalah Solusi
(terbitan telaga biru)

Katalah, kita memiliki wang lima puluh ringgit.Tiba-tiba seorang yang sangat memerlukan pertolongan datang memohon bantuan. Terkesan dengan kesusahannya, kita menghulurkan bantuan. Kita hulurkan separuh wang ada kepadanya - dua puluh lima ringgit.

Maka yang tinggal buat kita ialah bakinya dua puluh lima ringgit lagi. Dengan itu, apakah wang kita bertambah atau berkurang?
Tentu sahaja jawapan kita ialah berkurang. Jumlah wang kita telah susut dua puluh lima ringgit.
Itulah jawapan kita. Tetapi bukan itu "jawapan" Allah. Bagi Allah, sekiranya hati kita ikhlas membantu, wang kita tidak akan berkurang, malah semakin bertambah. Perhatikan benar-benar maksud firman Allah ini:
"Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya." (Surah Al Baqarah:261)
Dilihat dengan pandangan biasa, memang wang kita menyusut, tetapi pada pandangan mata hati, wang kita sebenarnya telah bertambah. Bertambah bukan setakat sekali, dua kali atau tiga kali ganda, bahkan tujuh ratus kali ganda. Jika dinisbahkan secara matematik wang RM25 kita telah "bertambah" menjadi RM17,500!
Bagaimana boleh jadi begitu! Dan yang lebih kritikal lagi apakah benar begitu?
Rezeki yang "bertambah" tidak boleh dililihat dari segi jumlahnya sahaja. Tetapi harus dilihat daripada pelbagai dimensi, secara holistik. Yang paling penting mari kita lihat dari segi keberkatannya.

Ya, dalam soal rezeki, bukan soal banyak atau sedikit sahaja yang harus dipertimbangkan, tetapi sama ada berkat atau tidak. Kalau rezeki sudah berkat, sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan. Berbanding rezeki yang hilang berkat, sedikitnya tidak mencukupi banyaknya tidak puas. Inilah penyebab berlakunya rasuah di kalangan orang atasan- bila si kaya harta, masih miskin jiwa akibat terhakis keberkatan rezekinya.
Kita yakin Allah adalah Al-Razzak ( Maha Pemberi Rezeki) dan Al-Wahhab. Apabila seorang insan memberi kepada insan lain hanya kerana ingin mendapat keredaan Allah, maka Allah akan "menggantikan" pemberiannya itu dengan sesuatu yang lebih baik, malah lebih banyak - mungkin tidak dari segi kuantitimya, tetapi boleh jadi kualitinya. Secara mudah, ini yang dimaksudkan dengan barakah (sesuatu yang bertambah dan baik).
Tepat sekali apa yang pernah diungkapkan oleh Sayidina Ali:"Harta yang menjadi milik kamu yang sebenar ialah harta yang kamu belanjakan ke jalan Allah."
Justeru, boleh dikatakan bahawa rezeki itu bukanlah sesuatu yang kita terima, sebaliknya apa yang kita berikan. Semakin kita berikan, rezeki (boleh jadi dalam bentuk harta, ilmu, masa, tenaga) akan semakin "bertambah", apabila dibelanjakan di jalan Allah. Rezeki yang kita simpan, hakikatnya belum tentu kepunyaan kita. Mati boleh datang tiba-tiba. Sebaik-baik kematian datang, rezeki kita sudah bertukar tangan - menjadi pusaka, warisan setelah difaraidkan!
Perhatikan betapa ada orang yang pendapatannya kecil sahaja, tetapi oleh kerana berkat, hidupnya terarah, anak-anaknya baik, isterinya solehah dan kehidupannya tenang walaupun tidak kaya.
Ada pula si kaya yang wangnya melimpah ruah namun "kaya" juga dengan masalah. Isteri melawan cakap, anak-anak liar, para pekerjanya menipu, orang gaji sering lari dan seribu satu lagi masalah hidup. Dan anehnya kekadang duitnya tidak pernah cukup-cukup.
Kalau kita diberi pilihan mana satu keinginan kita, antara rezeki yang cukup dengan rezeki yang tidak cukup-cukup? Tepuk dada, tanyalah iman.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Artikelni terkesan dihati.. kebetulan masa tu dapat bonus memang ciput giler rasa cam nak mengamukjer.. tapi bukanler teman sorang, mun dah last year memang market down sangat.. Baca artikelni baru teringat kita kenaler menganggap rezeki yang sedikit sebagai yang berkat supaya kita sedar kitani dapat gak bonus tapi ada orang yang sampai kena buang kerja..dapat bonustu dah kira bagus.. Berikan kepada orang yang memerlukan supaya rezeki bertambah berkat.. Ya Allah!! jadikan lah aku insan yang bersyukur..

Perlukan Takaful!!
CHO ZILA (019-210 4240)

Comments

  1. erhm... kite sering mengeluh, tak cukup la, sikit la dan mcm2 lagi. Padahal ikutkan ade org yg lagi ssh dr kite.. ku kena belajar bersyukur dgn ape yg Allah beri... Mungkin kekurangan pd kite tu supaya mengajar kite erti keinsafan.. huuuuu....

    ReplyDelete
  2. bersyukurlah dgn apa yg ada..
    ok, salam perkenalan... cute la anak2 dara awk.. ;- )

    ReplyDelete
  3. yg penting kite kene pandai merancang perbelanjaan...barula semua terkawal....insyallah.....

    ReplyDelete
  4. betoiler kan.. harap2 kita jadi insan yang bersyukur dan dapat rezeki yang cukup...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts