Didik anak kepentingan pengurusan kewangan

BERITA HARIAN - ekonomi
(12/12/2008)

DALAM keadaan ekonomi tidak menentu ini, pengurusan kewangan keluarga adalah sangat penting.
Konsep pengurusan kewangan ini bukan hanya untuk orang dewasa, malah perlu diterapkan di kalangan anak-anak kerana ia dapat membantu mengurangkan jumlah perbelanjaan bulanan anda.
Dengan kenaikan harga barang, anda sememangnya memerlukan bantuan daripada semua ahli keluarga dan anak-anak juga tidak terkecuali.
Malangnya, ramai ibu bapa yang gagal mendidik anak-anak mereka mengenai asas pengurusan kewangan.
Pengajaran paling penting untuk disampaikan kepada anak-anak ialah kepentingan menabung dan mengelakkan pembaziran kerana ia perlu demi kebaikan anda dan juga anak-anak.

Duit tidak turun dari langit
Mungkin ada anak zaman sekarang tidak menganggap mendapatkan duit itu satu perkara sukar.
Si anak pula dengan lurusnya menjawab "ATM ada. Mak keluar la duit dari mesin ATM tu".
Inilah fikiran kanak-kanak zaman sekarang! Bagi mereka, wang dikeluarkan mesin ATM itu tidak ada kesudahannya.
Kanak-kanak akan melalui satu peringkat dalam hidup mereka yang mana mereka mahu memiliki pelbagai benda.
Mereka tidak sedar bahawa untuk mendapatkan wang, anda sebagai ibu bapa perlu bekerja keras.
Apabila anak-anak sudah sampai ke peringkat ini, sudah tiba masanya untuk anda memberikan mereka pendedahan mengenai pengurusan kewangan.

Mendisiplinkan anak mengenai wang
Antara pengajaran penting dalam mendidik anak mengenai pengurusan kewangan ialah mereka perlu mengetahui mereka perlu berdisiplin dalam berbelanja dan menguruskan wang.
Anak-anak perlu berdisiplin, sama ada dalam konteks menyimpan wang dalam akaun simpanan mahupun sekadar dalam tabung di rumah.
Ketika anak-anak mengenali perbezaan antara keperluan dan kehendak serta perlunya menabung, disiplin yang diperoleh dalam menabung dan mengawal diri daripada membazir akan menjadi pengajaran yang boleh digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan kelak.
Mereka akan berusaha lebih gigih untuk berbelanja mengikut kemampuan diri dan meringankan beban anda.

Mengelakkan anak anda daripada menjadi Generasi Hutang
Ramai anak-anak kita yang masih menuntut di universiti sudah mempunyai hutang yang perlu dibayar apabila tamat pengajian.
Contohnya pinjaman pelajaran. Apa yang dikhuatiri ialah apabila memasuki alam pekerjaan, bukan saja pinjaman pelajaran perlu dibayar tetapi ditambah pula dengan hutan kad kredit, pinjaman peribadi dan sebagainya.
Jika hutang ini tidak dikawal, mereka mungkin akan dibelenggu hutang untuk tempoh lama dan mungkin juga akan melarat sehingga mereka sudah berkeluarga.

Menanamkan sifat pemurah dan dermawan pada anak-anak
Jika anak anda dapat menguruskan wang dengan baik, mereka akan dapat menabung dan melabur.
Di samping itu, wang lebihan itu boleh digunakan untuk menderma atau menolong kawan atau orang kesusahan.
Dengan menggalakkan sikap dermawan dalam diri anak pada usia muda, mereka akan membesar sebagai individu mempunyai sifat terpuji.

Nota: Artikel ini ditulis SIDC dan Ooi Kok Hwa, pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal untuk menjalankan urusan nasihat pela-buran di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Maklumat dalam artikel ini ialah untuk tujuan pendidikan dan tidak boleh dianggap pengganti untuk nasihat perundangan atau nasihat profesional.
----------------------------------------------------------------------------------
Rasanya temanpun kena asuh anak dengan baik dalam menguruskan wangni.. teringat kat sepupu teman dulu kitaorang panggil dia kedekut.. tapi tengok sekarang berkat sifat kedekut dia dari kecik2 dulu dia mempunyai simpanan yang baik dan tidak resah dan gelisah walaupun ekonomi gawat.. hanya perlu senyumjer. Harap2 anak aku idakler kedekut tapi berhati2 idakler tiap kali gi kedai mesti nak ambik satu barang kalau 5 kedai nayaler. Percayalah rancanglah kewangan kita supaya generasi kita nanti tidak jadi generasi hutang... Perlukan pelan kewangan untuk pendidikan anak carilah teman...
Pls contact:-
CHO ZILA (019-210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS
"Takaful Untuk Kesejahteraan"

Comments

Post a Comment

Popular Posts