Nuffnang saya

Monday, July 2, 2018

Resipi Murtabak Maggi

Sudah lama teringin nak buat murtabak maggini .. jadi bulan puasa tahunni dapat juga akak buat untuk anak-anak.. Budak-budaktu memang lebih suka makan maggi hirup kuah jadi risau gak takut tak habis. Lagipun Azalia kurang sikit  makanan yang banyak guna telur redha.. sekali habis licin... Alhamdulillah... Tapi rupa dia out...

Resipi Murtabak Maggi

Bahan-bahan :-
1 bungkus mi segera (perisa ikut suka)
1/2 peket perencah mi segera (akan datang bubuh semua)
2 biji telur 
3 biji bawang merah (potong halus)
1 biji cili merah (hiris halus)
sedikit daun bawang atau kucai (jika suka~ini tiada)

Cara-cara :-
1) Rendam mi segera macam biasa. Toskan terlebih dahulu.
2) Pukul telur dan masukkan bawang merah dan perencah.
3) Masukkan cili, daun bawang atau daun kucai. Masukkan mi segera dan gaul rata. 
4) Panaskan sedikit minyak atas kuali leper dengan api sederhana. 
5) Tuangkan adunan dan ratakan supaya nampak cantik dan semua bahagian akan masak serentak.
6) Terbalikkan untuk memastikan kedua-dua belah masak sekata. Mesti rajin tengok takut rentung. 
7) Bolehlah diangkat dan makan panas-panas bersama dengan sos cili.... yummy !!!

Murtabak Maggi dan nasi goreng untuk bersahur..
Kalau untuk minum petang murtabak maggi sedap kalau dapat minum kopi secawan...
Paling best kalau guna cawan ini, minuman lebih dinikmati..

3 comments:

  1. Fav my dania jugak ni...selalu buat bila buntu x tau nak sarapan apa..

    ReplyDelete
  2. tgk akak tayang psl murtabak megi ni... terus teringat lama dh tak buat rasanya....

    ReplyDelete
  3. menu fav ni! Singgah sini & follow :D

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang