Nuffnang saya

Tuesday, July 10, 2018

Resipi Gulai Tempoyak Ikan Kembung Orang Perak

Musim doyan dah kome! kata deme musimni doyan dah murah... ate apa lagi moh kita makan doyan...dah tak larat lagi nak makan kita buat tempoyak... suatu masa dahulu, zaman tiada peti ais, opah akak simpan tempoyak dalam tempayan besar... agaknya dulu kalau sapa simpan tempoyak paling banyak mesti orang paling kaya..ha...ha..

Bota adalah kampung akak.. Kalau masa dulu akak ingat orang kampung akak memang hantu gulai tempoyak. Sekali sekarang femes tempoyak ialah daerah Temerloh.. Emak akak dulu boleh kata dalam seminggu mesti ada sekali gulai tempoyak. Kalau musim durian orang kampung akak dari pagi sampai malam makan  berasaskan durian. Pagi pulut durian, tengahari gulai tempoyak dengan sambal tempoyak, petang jemput durian, dodol durian, lempuk dan kuah durian dan malam balik makan gulai tempoyak... gitulah taksubnya orang Bota dengan durian...

Sekarang pokok durian semakin berkurangan dan kebun durian sekarang banyak yang dah jadi kebun kelapa sawit. Ah! tiba-tiba teringat kenangan dengan sepupu menjaga durian di kebun... isyh rindunya jual durian RM1 sebiji habis hati, rasa makcik kaya.. makcik kaya... dengar durian luruh berkejar-kejarlah kami 3 bersepupu... tak merasa dah anak-anak aku.. .

Melalutlah akak, jom kita tengok gulai tempoyak akak... buat dengan ikan kembung jer... Akak masak tentulah menggunakan resipi dari opah dan emak, cara orang Perak masak gulai tempoyak.. Akak tidak tahu bezanya cara Temerloh dengan Perak tapi akak memang tidak menggunakan daun kesum tapi serai.. 
Ehm... tiba-tiba rasa teringin nak makan nasi ngan gulai tempoyak pulak..
Sekadar kenangan menu padanan akak untuk gulai tempoyak.
Mertua kurang sikit dengan tempoyak jadi kita sediakan sup bebola daging, ikan masak sambal dan  ayam goreng... 

Resipi Gulai Tempoyak Versi Perak

Bahan bahan:
1 ekor ikan kembung
4 biji cili merah
2 senduk tempoyak (saiz sedang)
Sedikit kunyit hidup ( atau serbuk kunyit)
2 batang serai - ketuk
1 biji keledek - potong ikut saiz dikehendaki
3-4 gelas air atau mengikut yang disukai
Garam
Secubit gula (kalau guna tempoyak masam)

Cara cara:
1) Tumbuk kasar cili merah dan kunyit hidup. Kemudian satukan semua sekali bahan termasuk ikan dan keledek dengan air secukupnya. Bahan-bahan mesti digaul sebati dengan sebelum diletakkan atas dapur.

2) Masak dengan api perlahan sehingga ianya mendidih dan merenih dengan agak lama.
3) Masukkan sedikit garam dan secubit gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Mudahkan!!!

Kalau ikutkan regu untuk gulai tempoyak cukup dengan ikan masin dan ulam yang dimakan dengan sambal belacan. ehm barulah sempurna kehidupan... Opah akak dulu masak gulai tempoyak guna periuk tanah dan dapur kayu... mak ooi sedap bebeno tapi bila kita masak kurang dapat rasa dia buat.... dulu tempoyak masam sekarangni masuk peti ais dah kurang masamnya... entahlah.. air tangan opah memang terbaik... 

2 comments:

Nuffnang oh Nuffnang