Resipi Masak Lemak Labu

Masak lemak labu antara lauk yang mak mertuaku boleh layan... Maksudnya  banyak lauk yang bila kita masak atau beli dia tidak akan sentuh langsung.. Tapi masak lemak labu ini antara lauk yang akan di masukkan dalam pinggan... Jadi masakpun senang menantu bertuahni suka sangatlah buat masak lemak labu ini.
Kalau beli dikedai dia letak sayur hijau lain juga...


Resipi Masak Lemak Labu

Bahan-bahan :-
  • 1/2 biji labu - dikupas kulitnya dan dipotong kepada saiz yang sesuai
  • 1/2 biji bawang besar - dimayang
  • 1 biji cili merah - ditumbuk kasar
  • Sedikit serbuk kunyit atau boleh guna kunyit hidup (tak bubuhpun ok)
  • Udang atau boleh juga guna ikan bilis
  • 1 kotak kecil santan 
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Sayur bayam atau suun (kalau nak tambah)

Cara menyediakan dan memasak:


  1. Letakkan labu yang telah dipotong dengan bawang merah, cili dan udang ke dalam periuk.
  2. Tambahkan air sehingga menenggelami labu. Kemudian, buka api.
  3. Biar sampai labu menjadi agak lembut (cucuk dengan garpu). Jangan lembut sangat sebab nanti nak bubuh santan dan masak lagi.
  4. Masukkan santan dan garam secukup rasa. Tambahkan air jika mahu lebih kuah. Biarkan sehingga mendidih dan santan masak.
  5. Akhir sekali, masukkan suun atau bayam. Biar sekejap saja supaya tak terlampau lembik. Hidangkan.
Labu jangan lembik sangat nanti tak sedap...
Inilah menu bersama dengan masak lemak labu... 


Selamat menjamu selera bersama insan tersayang... 

Comments

  1. kita pun suka kak! lagi-lagi kalau dapat cicah sambal belacan and ikan goreng. Uhh..sedapnyaaa! hahaha..labu juga sedap dibuat pengat dan lepat. Saya gemar kannya!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts