Cara- cara membuat miang kham citarasa Thailand

Miang Kham ini rasanya akak pernah rasa lama dah... tapi semakin popular sejak akhir-akhir ini.. Adik akak yang nama Aten tinggal di Ipoh memang suka sangat miang kham, jadi dia suruh suami dia tanam pokok kaduk... Makan hari-hari sampai daunpun habis kena pulak mintak dengan jiran.. 

Miang Kham adalah sejenis makanan ringan untuk orang Thailand. Bahan utamanya ialah daun kaduk yang rupanya hampir menyerupai daun sirih. Macam sirih juga orang melayu kita dulu letak pinang dan kapur. Miang Kham pulak daun kaduk diletakkan dengan salad dan juga sos...  

Resipi dibawah ini akak ambil dari :- KARANGKRAF ... sedikit kompleks sebab mungkin ini yang asli... Akak akan bagi resipi mudah membuat miang kham dari adik akak... 

RESIPI MIANG KHAM :-
BAHAN-BAHAN SOS:
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci belacan - panggang
  • 2 batang serai
  • 1 ketul gula kabung @ nise
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan kacang tanah panggang - kisar kasar
  • 1 sudu makan kelapa parut - sangai & tumbuk kasar
 CARA-CARA MEMBUAT SOS:
1. Halia, lengkuas dan serai dihiris halus lalu dipanggang/sangai dalam kuali tanpa minyak hingga garing keperangan.
2. Tumbuk bahan-bahan sangai hingga lumat bersama belacan panggang.
3. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi ke dalam kuali lalu masak atas api yang sederhana bersama gula kabung serta sos ikan. Masak hingga semua bahan sebati dan likat. Jika terlalu pekat boleh tambah sedikit air.
4. Masukkan kacang dan kelapa kisar lalu gaul rata. Sedia di hidangkan bersama bahan-bahan salad tadi.
6. Cara-cara untuk makan; Ambil sehelai daun kaduk, letakkan serba sedikit semua bahan-bahan salad bersama sedikit sos. Bungkus dan boleh terus dinikmati. Enjoy!
Info chef:  
*sos ikan boleh dikurangkan kuantitinya jika terlalu masin.
*gula kabung boleh di tambah kuantitinya jika sos kurang manis.
*rasa sos haruslah seimbang; masin dan manis.
*ada juga yang tambah udang kering panggang yang dikisar halus ke dalam sos.

BAHAN-BAHAN SALAD:
  • Daun Kaduk @ Wild Pepper Leaves secukupnya (bukan daun sireh ya!)
  • Limau Nipis - buang empulur & cincang dadu kecil
  • Bawang besar merah - cincang dadu kecil
  • Halia - cincang dadu kecil
  • Cilipadi - hiris
  • Udang kering - sangai garing
  • Kelapa parut - sangai hingga perang
  • Kacang tanah - panggang

Resipi dari adik akak yang lebih mudah... memang mudah sangat hari-haripun boleh makan miang kham...

Daun kaduk :
[12:15 PM, 4/23/2018] Aten: Daun kaduk rendam jer dgn garam....toskan
Untuk sos :
[12:17 PM, 4/23/2018] Aten: Guna gula melaka aka gula kabung......didihkn dgn air dan bawang putih cincang.....nak pekat boh tepung gandum yg dicampo air....if suka guna sos ikan...kin x guna pon......
[12:17 PM, 4/23/2018] Aten: Bio kuah pekat sket.....baru x meleleh sapu kt daun....
[12:18 PM, 4/23/2018] Aten: Jgn guna gula merah........warna pelik n x sedap

Aku suka makan miang kham...
Lazat sekali... 
Yummy.. 
Daun kaduk yang kata orang busuk baunya...
Tapi masuk mulut apa tak rasa, sedapjer... 
Guna yang ini sahaja...
Semua bahanpun dihiris halus supaya senang nak masuk dalam daun...
Bawang merah, halia, limau nipis, cili padi, ikan bilis (tak suka udang kering) dan kacang (belijer)
Serius lagi sedap dari yang biasa... 

Last but not least...
Kitakan suka sangat dengan app fitness pal...
Moh kita tengok berapa gamaknya kalori miang kham..
Selepas dah makan hampir 20 ketul...
Kuang.. kuang.. kuang...
Kalori yang akak dapat ialah 5 X 280 = 1400 kcal..
Kau rasa apa yang ku rasa...
Ialah dari mata kasar akak makananni sangat berkhasiat... 
Bukannya ada goreng bagai... 
Itulah padahnya selesai makan barulah nak masukkan diari...
Insaf sekejap tapi miang kham ni memang sedap ... 

Comments

  1. HAHAHAH! mak haih! tinggi juga kalori nya. Ingat bila dah makan daun..bolehlah perasan jadi herbivor. Kah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts