Klinik 1 Malaysia

Mari kita berkenalan dengan Klinik 1 Malaysia. 
Klinik 1Malaysia merupakan sebuah projek klinik yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Flet Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Perasmian 50 klinik 1 Malaysia di seluruh Malaysia memberi makna besar tanggungjawab kerajaan kepada penduduk miskin di Malaysia.[1]
Kehadiran klinik ini bertepatan dengan gagasan 1Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’. 50 buah klink dibuka dengan peruntukan RM10 juta - Bajet 2010.
48 daripada 50 klinik 1Malaysia telah beroperasi. Bayaran hanya RM1 sahaja. Ia dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang dahulunya dikenali sebagai HA/MA. Kerajaan membenarkan PPP memberikan ubat bagi sakit yang ringan. Antaranya ialah demambatuk dan menjalani pemeriksaan darah dan tahap kandungan gula.
Pengerusi lembaga pemegang amanah Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar menyatakan rakyat semakin yakin terhadap klinik 1Malaysia. Ia dibuka tujuh hari seminggu dari 10 pagi hingga 10 malam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican menyatakan penduduk bandar yang miskin berpuas hati dengan klinik ini .Akta Perubatan 1971 membenarkan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan jururawat menjalankan prosedur surgeri kecil dengan menggunakaan alat surgeri spesifik. Pesakit kini boleh menukar kateter tiub pundi kencing atau membalut luka akibat kecederaan di rumah, sekolah dan di tempat kerja.

Akak dah berkenalan !! Masa arwah bapak dapat bisul dan terpaksa tukar balutan setiap hari klinik 1 Malaysia menjadi pilihan. Klinikni buka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, baguskan. Kalau penyakit yang biasa macam demam dan batuk juga adalah lebih berbaloi untuk datang ke sini. Bayaran RM1 dan dapat ubat... baguskan... 
Lihatlah skop perkhidmatannya...
Boleh nampakkan penyakit biasa dan ringan....
Waktu operasi dan kadar bayaran dikenakan..
Jangan lupa bawa mykad/mykid atau surat beranak..
PENTING... 
Cik kucingpun nak tumpang istirehat...
Budak sakit tak nak ambil gambar...
Akak selalu pergi ke klinik 1 Malaysia di Lestari Perdana tapi kali ini mencuba di PPR Pinggiran Bukit Jalil...
Bandar Kinrara takderler pulak Klinik 1 Malaysia...


Comments

  1. tak pernah lagi klinik 1 malaysia, takde yang terdekat dengan kawasan rumah

    ReplyDelete
  2. Tak pernah pergi kak. Tulis ler review panjang sket..nak tahu. Parking banyak ke idok...lama ke idok nunggu nyer..hahaha!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts