Nuffnang saya

Followers

Tuesday, February 28, 2017

Ujian Sakit Semoga Kuat

Selalu berlaku begini.... Sedang kuatkan semangat untuk kuruskan badan dengan pelbagai aktiviti dan kurangkan makan selalu datang demam dan sakit. Begitulah sayangnya Allah pada akak ini. Sudah hampir seminggu kesihatan akak tidak menentu. Ada hari rasa bagai berjalan diawang-awangan. Tidak berselera makan sampaikan hanya sekeping roti yang masuk sehari semalam. Makan dimuntahkan balik dan terasa hanya mahu tidur tanpa perlu melakukan apa-apa.

Terima kasih Allah kerana masih menyedarkan diri ini. Semoga sakit yang sedikit ini akan menguatkan lagi semangat dan kehendak diri sendiri. Rasanya hari ini kesihatan ini bertambah baik, harap berterusan sihatnya..
Nanti kita cerita kisah resort yang cantik ini....
Bunga melur harum mewangi di tepian kolam...

Ya Allah berilah kesembuhan pada penyakitku ini . Moga dengan kesihatan yang baik mampu untuk menceriakan suasana. Ammeen... Ammeen... 

2 comments:

  1. Kak ZIla. Syafakillah buat akak yer..kita ni kalau sakit memang 'lumpuh' rumah. Kena kuat semangat yer kak. Take care kakak!

    ReplyDelete
  2. Harap keadaan akak btambah baik skrang ni

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang