Nuffnang saya

Followers

Friday, February 10, 2017

Kenduri kahwin di Putrajaya

Beruntunglah kenduri di Putrajaya yang indah ini.. Ramailah tetamu yang sibuk bergambar sana sini. Kita yang selalu pergi Putrajayapun tumpang sekaki bergambar juga. Kisah majlis perkahwinan bekas pekerja OSK/RHBIB yang rapat dengan akak suatu ketika dahulu. Kalau baca blog akak tahun yang lepas-lepas memang nama dialah yang selalu masuk ke blog ini. 


Dialah kawan pergi cari makan, cari idea, yang selalu membantu, tolong 'cover' sana sini, driver akak juga dan macam-macam lagi. Kiranya walaupun boleh jadi pangkat anak sebab tahun dia lahir akak baru menamatkan persekolahan. Kiranya boleh 'ngam'. Itu sebab akak tidak menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu akak di kampung.

Tahniah Hisham dengan Syahera... Moga perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga akhirnya. Doa mengiringiri moga dapat anak yang ramai (ikut keturunan dah adatu) soleh dan solehah belaka, rumah tangga aman bahagia, kehidupan harmoni dan sejahtera, rezeki berkat... Ameen... ameen... 
Ciluk dari facebook Hisham...
Akak dah berjumpa dengan kawan-kawan terlupa nak ambil gambar...
Budak montelni dah kurus sebab nak kahwin yer...
Tahniah... tahniah... kipidap...
Atkah suka pula bergambar yer...
Adik Ya kacau kakak dia dari belakang...
Seronok dibenarkan meletakkan kereta di tengah jalan...
Tahniah Sham dan Syahera..
Trend orang sekarang di photo booth...

4 comments:

  1. Selamat pengantin baru buat pasangan
    Kak Atikah dah anak dara dah Zila
    Cepat betul dia tinggi kan.. makin ayu:)

    ReplyDelete
  2. seronok klu pg kenduri kawin area putrajaya sbb selalunya lenggang je jln nya kak...

    ReplyDelete
  3. selamat pengantin baru buat kawan baik akak ni. Malam ni jangan lupa kita bersenam yer. hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha... ha... tu pasal cam ada hal pulakni... tengah fikir camner nak settlekan ni...

      Delete

Nuffnang oh Nuffnang