Masakan Eksotik dan rasa kampung di Restoran Lembah Bernam Sekinchan

Ingin memperkenalkan satu kedai makanan eksotik yang terkenal di Sekinchan bernama Restoran Lembah Bernam. Kalau tidak biasa memang sesat larat dibuatnya. Maalumler kedai ni bukanlah di tengah pekan Sekinchantu tapi kena ikut jalan tali air atau ban. Sebenarnya entah berapa kali juga ingin singgah sini kalau balik kampung tapi selalunya masa kurang sesuai. Akhirnya haritu walaupun sudah kenyang dan juga jam sudah pukul 2.30 petang kami singgah juga untuk merasa.

Bagi terus alamat Restoran Lembah Bernam untuk rujukan supaya memudahkan kawan yang ingin merasai masakan eksotik :-
Restoran Lembah Bernam
Jalan Main Canal
Tali Air 9
Sekinchan
Pasir Panjang
Selangor

Waktu Operasi :- 11.00 pagi hingga 5 petang
(setiap hari dan ditutup pada hari jumaat)

Cerita kisah Restoran ini ada di dalam KOSMO. Kedainya biasa-biasa jer tapi masa akak datangtu dah pukul 2.30 petang ada 2 bas dan kereta yang banyak lagi di situ. Memang ramai yang ingin mencuba masakan eksotik seperti landak dan rusa juga makanan kampung seperti ayam kampung, ikan baung, ikan tapah, ikan sepat, ikan puyu dan udang galah. Masa kami pergitu landak sudah kehabisan stok jadi hanya dapat merasa rusa sahaja. Masakan kampung sudah siap dimasak manakala masakan eksotiktu kita boleh minta dia masakkan dengan pelbagai jenis masakan. 
Pemandangan dari depan kedai.. Banyak keretakan tapi kedainya agak luas..
Menu yang ada di Restoran Lembah Bernam
Tidak tahu masakan apa yang sesuai untuk daging rusa kami memilih kari. Kuah dia memang pekat amat rasapun sedap, daging juga agak lembut. Kalau bawak roti lagi best boleh buat cicah-cicah. Kami tidak mengambil banyak makanan sebab perut dah kenyang. Memang datang meratah lauk dan anak akak ambil nasi dengan ayam sahaja.  Jadi untuk menceritakan kesedapan rasa masakan secara keselurahan di kedai ini belum  boleh lagi. Yang penting harga makanan di sini memang murah dan amat berpatutan sebabtulah ramai orang datang membawa kawan dan keluarga. 
Anak aku dah berlari macam rusa lepas makan daging rusa.
 Pemenang anugerah petani muda tahun 2015 jatuh kepada Nurul Azalia...
KUBOTA ... KUBOTA .. Keme cucu orang Bota..

Kalau inginkan kelainan makan di kawasan bendang yang ngin sepoi-sepoi bahasa dengan menu yang pelik sikit mai datang sini. Tidaklah jauh beno Sekinchantu dengan Kuala Lumpur atau Shah Alam... moh kita...

Comments

  1. ptt akak kuarkan ntry ni minggu lps boleh la ahad lps masa dana pi kuala selangor cari kedai mkn nih.... bt masa nih ikan baung, landak ayam utan dana dh biasa masak...
    tp rusa tu tak penah try...

    ReplyDelete
  2. uhhh ramai dah update pasal kedai nie..mesti sedap kan!

    ReplyDelete
  3. wahhh makanan eksotik...mmg tak pernah makan pun ni...bolehlah gi JJCM nanti...:-) Thanks for the sharing sis...

    ReplyDelete
  4. 3,4 taon lepas kot dah tengok dalam JJCM..pendam jer rasa sampai sekarang tak jugak dapat pegi..akak tak try landak?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts