Tip untuk wanita bersaiz besar

Harini ingin berkongsi tip untuk wanita bersaiz besar (plus size|)...
Ini bukan tulisan akak tapi akak ambil dari sumber Utusan Malaysia...
Semoga tips ini memberikan inspirasi untuk insan yang bersaiz besar macam akakni...
Cita-cita akak juga nak buka butik untuk yang bersaiz besar ...
Sakit rasa hati sebab bila kita pegang baju yang nampak cantik tapi bukan saiz kita...
Yang ada saiz kita pulak corak dia ya ampun nak buat langsirpun tak sanggup...
Desain diapun kadang macam pelik jer kalau dah gemuk pakai cam gini bukanker hodoh..
(dalam hati akak bercakap)...
Ah... inilah dilema untuk mereka yang berbadan besarni...

SUMBER : Bicara Imej Utusan Malaysia 16 September 2015
Oleh Emi Idura Che Hashim (Perunding Imej, Etiket dan Warna Profesional (UK))

Minggu ini saya ingin kongsikan rahsia, iaitu tip membeli-belah buat wanita saiz besar (plus size) nampak langsing 5 kilogram (secara visual) tanpa sebarang kaedah perubatan.

Ada yang tersenyum di sini, saya pasti. Artikel ini saya tujukan buat sahabat-sahabat dan pembaca kolum Bicara Imej yang sering meluahkan rasa kurang keyakinan diri dengan keadaan fizikal masing-masing dan mencari jawapan kepada permasalahan ini.

Terus terang secara peribadinya, saya amat gembira dengan perkembangan fesyen masa kini yang menawarkan pelbagai trend semasa, termasuk untuk mereka yang bertubuh besar.

Rata-rata fesyen plus size boleh di dapati secara online juga di butik-butik besar di kompleks membeli belah hari ini. Namun, masih belum ramai yang mampu memberikan tip dan panduan buat pelanggan bagaimana produk mereka mampu membantu dan memberi tambah nilai berganda buat pelanggan.

Sambil membeli dapat menaikkan keyakinan diri, menjimatkan wang, masa dan tenaga sambil tampil lebih anggun di samping kekurangan fizikal yang ada. Sebelum itu, siapakah golongan wanita yang dikategorikan sebagai plus size ini?

Golongan ini merujuk kepada mereka yang mempunyai skala badan yang lebih besar, dan biasanya bersaiz 14 ke atas (atau saiz 6 ke atas di United Kingdom) Pakaian plus size ini penting untuk melengkapkan gaya wanita yang mempunyai ciri-ciri badan yang lebih besar dan berangka penuh.

Mereka boleh dikategorikan kepada dua jenis bentuk badan, iaitu bentuk epal atau bentuk pir.

Wanita yang berbenutk pir lebih cenderung utnuk memiliki pinggul yang besar dan juga kelihatan lebih lebar dari saiz bahunya, tetapi berkelebihan mempunyai pinggang yang menarik seakan hourglass.

Manakala bentuk badan epal pula lebih cenderung utnuk memilik 'lebihan ' di sekitar perut dan bahagian dada yang besar, pinggang yang hampir tidak kelihatan bentuknya tetapi secara majoriti memiliki pinggul yang lebih kecil dan leper.

Ramai antara kita hari ini yang membeli tanpa matlamat dan perancangan yang teliti.

Seringkali pembelian kita dipengaruhi oleh jenama, pengaruh sahbat-sahabat, dan keinginan untuk memiliki tanpa mengenalpasti sama ada ianya satu keperluan (penting untuk dimiliki ataupun cuma kehendak ( kerana mengikuti perkembangan semasa).

Matlamat ini penting kerana pembelian itu harus dipengaruhi oleh bentuk badan individu itu tadi. Berbentuk pir atau epal? Matlamat ini dapat memberikan sedikit panduan, jenis elemen atau ciri pakaian diperlukan sewaktu membeli-belah.

Tip beli belah buat wanita plus size 
> Rancang dengan teliti
> Aplikasikan teknik WOW
> Warna ~ mereka yang mempunyai badan berbentuk epal disarankan menggunakan teknik warna monokromatik untuk dilihat lebih 'langsing' dan dilarang menggunakan blok warna atau color block, terutamanya jika baju di atas lebih 'cerah' dari seluar, mahupun skirt dan dilarang juga untuk tuck in baju itu tadi.

Manakala yang berbentuk pir pula sebaliknya, boleh dikenakan warna cerah di atas dan pastikan hanya warna gelap untuk bahagian bawah badan (terutamanya dibahagian pinggul dan punggung)

> Aksesori dan Hijab ~ kedua-duanya memainkan peranan di sini. Penggunaan aksesori dan hijab yang menarik (dari segi warna, bentuk, skala dan corak) membuatkan mata lebih tertumpu kepada dua eleman ini dan secara tidak langsung melarikan pandangan dari bahagian badan yang besar itu tadi (perut untuk si epal dan pinggul untuk si pir). Gunakan aksesori dan hijab yang menraik sebagai daya tarikan WOW anda.

Garisan jalur menegak adalah 'rakan baik anda' ~ pilihlah pakaian yang mempunyai jalur dan butiran (hiasan dan butang) yang dijahit secara menegak.

Aksesori yang memanjang membentuk 'V' merupakan salah satu cara dilihat lebih tinggi dan langsing dari biasa.

Saya cadangkan untuk mereka yang berhijab, menggenakan hijab mereka sebegini (bentuk V) untuk mencapai matlamat yang sama.

> Skala ~ perlu diingat bahawa skala corak pada baju dan aksesori lain termasuk tali pinggang, jam tangan yang dibeli adalah bergantung kepada saiz badan individu itu, Skala ini hendaklah bersesuaian dengan besar. Saiz tubuh kecil dan penggunaan aksesori yang berskala besar, hanya akan menenggelamkan si pemakai dan ianya kelihatan lebih besar dan begitulah sebaliknya buat mereka yang bertubuh besar yang memakai aksesori yang berskala kecil.

Untuk bentuk badan epal, yang kebanyakkannya mempunyai 'lebihan' di bahagian tengah badan dan bahu yang agak 'bulat', tujuan utama setiap pembelian adalah untuk 'memanjangkan' bahagian tengah badan bagi mencipta ilusi pinggang yang lebih kecil(secara visual). Dengan itu pemilihan warna, skala motif, corak, tekstur, garisan malah labuhnya sesuatu baju itu perlu diberi keutamaan.

Manakala bentuk pir pula, bertuah kerana mempunyai bentuk pinggang yang agak ketara tetapi lebih lebar dibahagian pinggul dan punggung.

Tujuan utama pembelian haruslah utnuk memeri penekanan kepada bahagian pinggang dan dada ke atas, dan mengurangkan perhatian orang ramai terhadap saiz pinggul yang agak menonjol itu tadi.

> Kemasan baju (fitting) ~ jika ingin kelihatan langsing 5 kg dari saiz sebenar, pastikan baju yang dibeli tadi itu terletak cantik pada badan, tidak terlalu longgar atau terlalu ketat pada badan. Ya, mungkin anda rasa 'selesa' bersembunyi di sebalik pakaian yang 'besar' tetapi ianya tidak menyelesaikan masalah ini, malah anda hanya akan kelihatan lebih besar dan 'berat' dari saiz sedia ada..
Itu kisah pakar ... tapi secara jujurnya akak memang sangat cemburu dengan orang yang pandai bergaya.. Kadang-kadang akak tengok badan dia jauh lebih besar dari akak tapi apa juga yang dia pakai macam terletak padan dengan dia.. Semoga akak juga dapat mengembalikan keyakinan diri yang sudah semakin jauh ini.. 
Ni dah pakai warna hitam nak bagi nampak kurus...
Takder maknanya nampak rendang juga.. 

Comments

  1. Kakcik juga dalam golongan berbadan besar. Untuk selamat, memang selalunya akan pakai jubah berwarna hitam sahaja...

    ReplyDelete
  2. Good sharing Zilla..
    Bagus ada cita2 nak buka butik utk pelanggan yg bersaiz besar tu Zilla..

    ReplyDelete
  3. saya pun berbadan besar. susah nak cari baju yang bersesuaian

    ReplyDelete
  4. Gud sharing kak..semoga ape yg akak idamkan utk bukak butik jadi kenyataan..amin..

    ReplyDelete
  5. bagus kongsi tip.. I pun rendang2 jugak, hehe..

    ReplyDelete
  6. sy yg kurus ni pun hadapi masalah dlm bab nk pilih bj huhu

    ReplyDelete
  7. ntahlah bila nak kurus si el ni kak oiii
    asik diet je..tp xde perubahan pun
    nyampah bebeno ha
    haha

    ReplyDelete
  8. Memang kan bila dh plis size ni jangan kata oayah nk cari baju..pakai baju apa pun serba rak selesa...serba tak kena..bilalah nk diet ni.huhu

    ReplyDelete
  9. Yang penting nak kena pupuk keyakinan diri tu. Kalau keyakinan diri tu tinggi, pakai apa pun nampak berkeyakinan. Tapi biasalah, bila kita bersaiz besar, memanglah keyakinan tu tak berapa ada dalam diri.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts