Piramid misteri Gunung Padang

Akak simpan ini sebagai simpanan...
Kisah piramid misteri Gungun Padang di Indonesia...
Macam kurang percaya masa membacanya ...
Tapi setelah di google memang wujud tempat ini..
Macam versi dan cerita...
Yang ini akak dapat dari Berita Harian...

Sumber : - Berita Harian 16 Ogos 2015

Susunan Bennie Zie Fauzi

Adakah kawasan lereng pergunungan ini menyembunyikan piramid tertua di dunia dengan hayat strukturnya mencecah usia 20,000 tahun.

Pakar geologi Indonesia mendakwa terdapat tapak bersejarah terletak di Jawa Barat itu sekurang-kurangnya berusia 9,000 hingga 20,000 tahun.

Jika dapat dibuktikan benar-benar wujud, ia akan menjadi satu lagi tarikan pelancongan dan pengembara ke Indonesia.

Pakar sains bumi, gempa bumi, tsunami, gunung  berapi dan paleo-history di Institut Sains Indonesia (LIPI), Dr Danny Hilman Natawidjaja, berkata, lereng tanah tinggi dikenali sebagai Gunung Padang ada menyembunyikan struktur piramid silam.

Ujian membuktikan beberapa bahagian struktur piramid itu sudah wujud pada tahun 7,000 Sebelum Masihi (SM)  sekaligus menuntut perubahan bukti dan fakta sejarah, namun pakar lain di dunia menganggap hasil penggalian yang dilakukan tidak meyakinkan.

Empat kali ganda tua Piramid Mesir

Piramid tertua di dunia terletak di Mesir dipercayai dibina 5,000 tahun lalu, tetapi satu penemuan struktur piramid hampir menyamainya dikenali Gunung Padang dianggarkan berusia empat kali ganda lebih tua daripada piramid tersohor di dunia itu.

Tersembunyi di bawah runtuhan batu, bahkan ada yang tertanam jauh di dalam tanah, penemuan itu jika benar, bakal mengubah keseluruhan sejarah peradaban dunia, sekali gus menunjukkan kewujudan tamadun dan kuasa yang maju di rantau Asia Tenggara.

Dr Danny percaya tapak bersejarah itu suatu ketika dahulu turut menyimpan kuil purba yang dibina antara 9,000 dan 20,000 tahun SM.

Penemuan sejak 1914

Hakikatnya, penemuan Gunung Padang bukan baharu, tetapi sejak tahun 1914, ia sudah diisytiharkan sebagai tapak megalitik terbesar diIndonesia.

Lokasinya ditengah-tengah rangkaian gunung berapi, ladang pisang dan teh berkeluasan 885meter persegi di atas paras laut sejauh 120 kilometer di selatan Jakarta serta tenggara Sukabumi.

Serpihan dan bongkah runtuhan gunung berapi yang mengunjur keluar lereng bukit tempat pendaki lalu disifatkan keramat oleh penduduk Sunda yang menghuni kawasan itu. Sebaliknya, Dr Danny berpendapat ia mungkin sebahagian runtuhan piramid purba yang suatu ketika dulu dibina untuk menyembah tuhan, selain mendalami ilmu astronomi.

Jika ini benar, bermakna manusia prasejarah perlu mengangkut bongkah batu sepanjang teres di bina di kawasan lereng gungung sebelum menyusun secara bertindan bagi membentuk piramid. Ia sekali gus membuktikan masyarakat pada ketika itu sudah memiliki kemahiran kejuruteraan melangkaui zaman.

"Bukti batu terbenam jauh dalam bumi itu menunjukkan struktur organisasi terancang sudah lama ada di sini," katanya.

Kerja cari gali mendapat sokongan penuh kerjaan Indonesia, malah akhbar The Sydney Morning Herald, Australia turut melaporkan ,selain tidak menolak hal penemuan struktur megalitik terbesar di Asia Tenggara di bahagian atas gunung berkenaan.

Runtuhan sembunyi bangunan

Dr Danny  berkata, runtuhan juga mungkin sebuah komples bangunan.

Teres disempadani dinding batu yang masih kekal hingga kini boleh diakses selepas 400 langkah pendakian setinggi 95 meter.

Sepanjang laluan, pengembara atau pengunjung bakal disaksikan dengan batu gunung berapi berbentuk segi empat tepat dan menerusi penyelidikan pakar geoelektrik yang menempatkan radar bawah tanah, mendapati teres bukit setebal 100 meter itu mempunyai pelbagai lapisan.

Daripada lapisan itu, terbenam struktur binaan manusia prasejarah sejauh 15 meter ke dalam tanah. Pakar mengesahkan batu yang terbenam antara tiga hingga empat meter bawah permukaan bumi berusia kira-kira 6,500 tahun, manakala yang lebih dalam daripada itu berusia dalam lingkungan 12,500 tahun.

Kaedah kajian dikritik

Bukan semua bersetuju dengan usaha dilakukan oleh Dr Danny dalam membuktikan kewujudan piramid tertua di dunia. Malahan, di tanah air sendiri, 34 pakar arkeologi dan geologi mengemukakan petisyen mengkritik kaedah kajian dan motif projek itu.

Mereka menuduh proses ekskavasi menggugat kesucian tempat itu dan menjadi lebih marah kerana membabitkan sama ahli arkelogi awam dalam kerja penggalian.

Pakar gunung berapi, Sutikno Bronto tegas dengan pendirian struktur ditemui itu bukan piramid tetapi sebahagian batu gunung berpai tua, manakala batu yang dibentuk seperti ditarah manusia itu sebenarnya tehasil melalui hakisan alam dan cuaca.

Sebilangan pakar lagi ragu-ragu mengenai kewujudan peradaban yang cukup maju beribu tahun lalu hingga membolehkan sebuah piramid dibina, lebih-lebih lagi penemuan peralatan memburu ditemui digua berdekatan yang dianggarkan bertarikh 7,000 SM dan dianggap sangat primitif.
Ehmmm ... ni akak taip semula hanya untuk catatan...
Akak tak kisahler samada piramid itu wujud ataupun tidak...
Tapi akak kagum dengan pemandangan tersebut... 
Kalau dapat berdiri di situ dan bergambar di sana alangkah bagusnya... 

Gambar semua dari Google.. akak tak sampai lagi yer... 
Macam kurang percaya dengan pemandangan ini..
Tempat lawatan yang sangat unik dan istimewa...
Indonesia sebenarnya banyak tempat menarik selain dari Bandung Jakarta ...

Comments

  1. mungkin pernah ada penempatan disana.. pasal peramid tu macam tak je kan..

    ReplyDelete
  2. Pertama kali dengar dan tengok Gunung Padang ni, mula2 ingatkan gunung ni di Padang tapi masa prgi sana tak ada pula di sebut2 tempat ni...

    ReplyDelete
  3. menarik lah artikel akak nih.
    membuatkan zura nak baca sampai habes!
    beruntung kalo dapat melawat ke sana kan~ insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. seriously mmg cantik..nice view!

    ReplyDelete
  5. Betul gunung ni mmg ada kt sana..dan skung sdng d lakukan p3nggalian sejak tahun2014 yg lalu..bukan dongen tp memang betul adanya

    ReplyDelete
  6. Betul gunung ni mmg ada kt sana..dan skung sdng d lakukan p3nggalian sejak tahun2014 yg lalu..bukan dongen tp memang betul adanya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts