Pengalaman kali pertama memasuki Palestin

Kisah untuk memasuki bumi Palestin dari Jordan pula kita hari ini...
Selesai bersarapan ala Arab dan meninggalkan sebahagian beg di stor perjalanan diteruskan...
Pemandu pelancong ada menerangkan serba sedikit sejarah Jordan ....
Mungkin disebabkan penerangannya kurang menarik maka mata lebih memandang keluar tingkap bas...
Syukur kiri kanan jalan walaupun tidak dihidangkan dengan kehijauan tetap kagum rasa di hati ini..
Walaupun buminya nampak gersang pokok masih tumbuh, binatang masih dapat hidup...
Melalui lembah yang digelar wadi di sana dan juga dapat melihat Laut Mati dari atas bukit...
Rupanya Amman terletak kira-kira 3000 kaki di atas paras laut, dan sebeb itu cuaca agak sejuk...
Telinga juga berdengung kerana kami bergerak menuruni bukit sehingga bawah paras laut...
Masani telefon akak sudah kehabisan bateri maka tiada gambar untuk dirakamkan...

Sebelum sampai ke sempadan Jordan - Israel, Ustaz Firdaus membeli air mineral...
Pesanan dititipkan oleh pemandu pelancong dari Jordan tentang etika di sempadan....
Katanya jangan suka-suka nak ambil gambar, jangan melakukan provokasi, ikut sahaja arahan diberikan, jangan panik kalau kena soal dan lain-lain lagi...
Pemandu pelancong akan diturunkan di Pusat Imigresen  kerana hanya pelancong sahaja boleh berada di sempadan...
Oleh itu segala urusan dari Pusat Imigesen sampailah selesai urusan di sempadan hanya dikendalikan oleh agen dari Kuala Lumpur, Ustaz Firdaus...
Kami panggil dia Ustaz tapi katanya saya bukan ustaz tapi baru nak start....

Selepas melalui Jambatan Raja Hussein atau Jambatan Allenby maka terdapatlah 3 atau 4 pos kawalan yang terpaksa kita lalui...
Setiap pos dikawal rapi oleh tentera Yahudi yang lengkap bersenjata dan baju kalis peluru...
Rasa macam nak pergi berperang pulak kitani...
Muka satu-satu tiada senyuman dan macam nak makan orang.. ha... ha...
Namun syukur ke hadrat Illahi sepanjang melalui pos kawalan ini, tiada pertanyaan lanjut hanya dengar pemandu bas menjawab "Malayzee"...
Terus dilepaskan sehinggalah kami sampai ke Kompleks Imigresen Israel...
Beg diturunkan dari bas dan hendaklah beratur dalam satu barisan...
Bas akan berpatah balik ke Jordan dan kini hanya kami yang akan bertarung di sini...

Pemeriksaan pertama barisan punyalah panjang dan kelam kabut...
Dengan bas yang silih berganti cukup untuk mengambarkan ramai yang ingin masuk ke sini...
Sistem memang kelam kabut pada mulanya kami berbaris tapi dibenarkan keluar barisan oleh pekerja di situ kerana beg kami yang kecil tidak perlu masuk "luggage"...
Ingatkan mudahni rupanya barisan yang ada lebih susah kerana kita tidak berada dalam barisan..
Maksudnya kami terpaksa masuk dari luar untuk berada dalam barisan pulak...
Isyh mulanya kami berbaris cantik jugalah maalumler negara orang..
Tapi melihat jumlah pelancong yang makin ramai akhirnya kami cuba masuk dalam barisan...
Maka berlakulah keadaan yang sangat kucar kacir...
Kalau boleh ambil gambar memang elok untuk dijadikan kenangan...
Akhirnya berjaya juga rombongan kami seramai 32 orang untuk sama-sama masuk ke barisan...
Kecoh yang pertama rupanya cuma nak tampal stiker warna biru itu sahaja...
Punyalah berasak macam nak beli tiket bola semata-mata untuk stiker itu????
Rasa macam alahai kalau beratur elok-elok rasanya tidaklah sesusah manapun...
Mak akak yang duduk dikerusi rodapun diminta untuk datang ke kaunter...
Terima kasih untuk Ustaz Firdaus yang bersusah payah melakukannya...
Rupanya nombor dipelekat itu mengambarkan tahap bahaya setiap pelancong...
Itupun terbaca di sini :- Ku rindui barakahmu
Masa di sana tidak teringatpun nak bertanya...

Masuk pula ke dalam untuk pemeriksaan kali kedua...
Kali ini pemeriksaan badan dan beg...
Kali ini lebih teratur dan didepan kami keluarga Palestin...
Bertanya kepada salah seorang anggota keluarganya yang boleh berbahasa Inggeris...
Pelajar Universiti dan katanya keadaan di sempadan ini memang setiap hari penuh sesak....
Dalam fikiran kami mungkin keadaan ini untuk mendera hati dan perasaan rakyat Palestin...
Kerana semasa berbaris tadi ada juga yang cepat mendapat stiker ada yang terpaksa berhimpit...

Untuk pemeriksaan yang keduani akak dan keluarga tidak menghadapi kesukaran....
Tetapi ada seorang ahli rombongan kami yang kehilangan jam tangan...
Semasa diperiksa badan semua barang kena tanggal....
Jadi kebetulan semasa dia diperiksa entah berapa kali lampu bernyala...
Lambat untuk mengambil barang yang telah melalui mesin pengimbas....
Bila nak ambil barang tengok jam tangan telah hilang...
Bertanya balik kepada pegawai memanglah dia buat tidak tahu.....

Setelah lepas semuanya kami bergerak untuk ke pemeriksaan kali ketiga...
Kali ini dari pihak imigresen yang akan memeriksa paspot kita...
Kami sekeluarga tidak menghadapi sebarang masalah....
Tetapi ada dua ahli rombongan kami yang tidak lepas...
Alasannya banyak sangat tempat yang dilawati terutamanya negara Arab...
Ustaz Firdaus sudah berpesan kalau ditanya kenapa banyak sangat cop di paspot...
Jawap sahaja lawatan biasa bukan hal kerja atau bisnes...
Jangan panik kerana selalunya mereka hanya mengacah...
Akhirnya setelah menunggu lepas juga dan kini beralih ke kawalan yang keempat...
Kali ini lebih mudah walaupun kali ini dikawal oleh tentera...

Semuapun lepas dan yang terakhir sekali adalah pemeriksaan kastam...
Yang Kastam ini kita cuma berlalu kerana diperiksa hanya rakyat sana sahaja...
Akhirnya dapatlah kami masuk ke bumi suci seperti yang diimpikan...
Umpama mimpi menjadi kenyataan layaknya untuk akak ini...
Syukur juga kerana tiada kesukaran untuk semua ahli rombongan kami...
Semuapun selamat keluar dari Kompleks Imigresen mereka...
Kertas kecil ini jangan dihilangkan...
Inilah visa sempadan yang mengantikan cop imigresen....
Tiada cop di atas paspot hanya diberikan  kertas ini dan satu kertas kecil...
Semasa di Palestin paspot memang dalam jagaan sendiri...
Mungkin untuk memudahkan kalau kami berjalan bersendirian maksudnya untuk ke masjid Aqsa...

Setelah semuanya lepas akhirnya bertemulah kami dengan pemandu pelacong di Palestin...
Orangnya sangat peramah dan sesuailah dengan kerja yang dilakukannya...
Pemandu Pelancong di Palestin bernama Encik Qassim....
Walaupun baru berjumpa bagaikan telah lama kenal...
Banyak benda yang kami pelajari dari dia...

Akan bersambung lagi selepas ini ke Jericho pulak...
Dipercayai Jericho adalah bandar tertua yang masih didiami didunia ini...
Bandar Jericho juga merupakan bandar paling rendah didunia...
Berada pada tahap 350meter dibawah paras laut...
Tunggu ... tapi sayang di Jericho bateri handphone memang langsung tiada...
Mula nak bawak kamera tapi terasa leceh pulak sebab kami ingin ke Mekah dan Madinah...
Jadinya akak akan bercerita dari apa yang akak masih ingat sahaja...

Psss::: memang takler akak ambik gambar kat situ..
Kebetulan pulak handphone habis bateri lagiler tak boleh..
Kot idak boleh gak cuba-cubakan...

Comments

  1. just nak tanya ada x yg amik gmbr ms berada kat pos kawalan israel tu?

    ReplyDelete
  2. ssh nyer nk msk ke sana kak... mmg ketat betul sampai 5 spotcek kak oi... punyalah ssh depa nk bg kite msk ke situ kak ye, kene lah bt muke garang se jahat depa jgk...

    ReplyDelete
  3. Susahnya nak masuk Palestin ya Kak.. terbayang2 dokumentari TV yg sllu atie tgk.. ttg kawalan masuk sempadan tu..syukur lah lepas juga akak & family masuk..

    ReplyDelete
  4. susah juga ye.. Alhamdulillah dah lepas..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. mudah urusan Zilla memasuki kota suci itu.. ini lah impian CH utk pergi ke masjid Al Aqsa ni.. semoga impian CH terlaksana suatu hari nanti..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...segalanya dipermudahkan olehNya

    ReplyDelete
  7. alaaa rugi plak hp hbis btry ek tak dapat nk amek pic

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilahh dipermudahkn..suka baca,rasa mcm sy plak ade sana..real.susah rupany nk masuk palestine

    ReplyDelete
  9. susah juga ye nak masuk negara depa..byk Sgt spot check..apa pun syukur urusan dipermudahkan..rugi la kan takde gambar.hehe

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah...bestnye kak dpt jejak kaki kat sane

    ReplyDelete
  11. tempat yang saya impi-impikan zila selain mekah dan madinah...
    syukurlah tiada sekatan dan halangan untuk ke sana...

    ReplyDelete
  12. susahnya nk msuk sana...

    tingat ms nk masuk Mekah...lps 1 kaunter ke 1 kaunter dgn ramainya...jenuh

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, berjaya juga masuk walaupun banyak sangat sekatan dibuatnya! Saya nak tanya masa di pos imigresen ni dari satu sekatan ke sekatan yang lain, ada ke yang ambil gambar atau tak boleh langsung? Setahu saya passport antarabangsa kita memang boleh masuk ke semua negara kecuali Israel sebab itu ke agaknya mereka tak cop visa dalam passport kita? Takda diplomatic ties ke?

    Untung Cho dapat ke sana, melawat bumi Palestine. Mesti antara pengalaman yang terindah dalam hidupkan ni, Cho :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts