Jericho bandar tertua dan terendah

Akak sambung lagi perjalanan akak di bumi Palestin....
Gembira rasa di hati dapat naik bas untuk meneruskan keinginan kami beribadah di Masjid Al Aqsa..
Walaupun bas kami melalui 2 atau 3 tempat pemeriksaan perasaan rasa lebih selesa...
Maalumler kini sudah ada pemandu pelancong yang tahu benar keadaan di Palestin...
Kalau tidak kami  bergantung harap pada Ustaz Firdaus yang katanya baru dua kali datang ke sini...

Destinasi pertama yang kami singgah ialah ke Bandar Jericho untuk makan tengahari...
Hidangan adalah secara buffet yang mempunyai pelbagai pilihan untuk kami yang sedang lapar...
Namun disebabkan bateri kamera akak yang sudah kehabisan faham sajalah akibatnya...
Jericho adalah sebuah bandar yang terletak di Tebing Barat, Palestin, berdekatan dengan Sungai Jordan. Dipercayai bahawa Jericho merupakan kota tertua kekal didiami di dunia. (Wikipedia)
Jericho juga merupakan bandar paling rendah di dunia, bandar yang 350 meter di bawah paras laut...
Kedudukan Jericho berhampiran dengan laut mati iaitu tempat paling rendah di dunia...
Jericho adalah kota yang dikelilingi oleh bukit-bukit yang gersang...
Tapi istimewanya di bahagian lembah kota Jericho adalah tanah yang subur...
Masuk sahaja ke bandar itu Encik Qassim terus bercerita pasal buah-buahan di situ...
Kualiti tanaman seperti pisang, mangga, kurma, buah tin, zaitun  katanya adalah yang terbaik.... 
Mulatu tengok pisangnya tidaklah besar sangat tapi rasanya memang diakui sedap...

Oleh kerana akak tidak meneroka Jericho lebih mendalam eloklah baca 
blog ustazamin.com
Boleh dikatakan info dalam blog  ustazamin.com sangat bermanfaat...
ustazamin.com memang selalu berkunjung ke Palestin membawa rombongan... 
Gambar dari Perjalanan4umrah
Lupa nak cerita limau di sini juga sangat manis.... 
Nasiblah ada gambar dari kamera adik akak...
Sementara menunggu kawan-kawan yang membeli belah...
Masani tidak sedap hati sebab macam barang dijual di situ banyak yang bukan Islam...
Ehm .... ehm.... 
Abaikan ke'besar'an akak itu.. 
Hanya pandang pemandangan yang menghijau dibelakang itu...
Di belakangtu ada papan tanda mengatakan bandar tertua macam di bawahni... 
Gambar dari sini juga Perjalanan4umrah
Rugi sebab kamera akak kehabisan bateri...
Di situ juga ada replika bandar lama....
Tapi kami singgah tidaklah lama jadi tidaklah dapat meneroka sangat...
Di situ juga ada satu stesen kereta kabel untuk melihat Kota Jericho dari udara...

Selepas makan di Jericho kami telah bersedia untuk masuk ke Jerusalem...
Pemandangan di kiri kanan jalan adalah sangat berlainan dari negara kita...
Bukit-bukitnya tiada diliputi oleh pokok yang menghijau...
Rumahnya yang tiada atap genting atau zink...
Kelihatan sama sahaja di mata akak...
Walaupun nampak gersang dan kering tapi tumbuhan subur di sini...
Antaranya ialah pokok anggur yang kelihatan di mana-mana...
Cerita di Jerusalem atau BaitulMaqdis akan bersambung selepas ini... 
Gambar di atas diambil masa hari terakhir di bumi Palestin...
Sebelum ke sempadan rombongan di bawa ke satu lagi kawasan Jericho...
Kalau pada hari mulatu kami singgah makan di tempat yang macam kompleks...
Hari ini kami singgah membeli hasil tanaman di kawasan yang banyak gerai..
Ada juga cenderamata, baju dan lain-lain dijual di sini...
Menerusi gambar di atas bangunan di bukit itulah persinggahan kereta kabel...
(Bukit itu adalah 'Mount of Temptation' yang Temptation Hill kalau ikut Kristian.. tempat dimana Nabi Isa bermunajat... tempat dimana Nabi Isa diuji oleh Iblis laknatullah... ambil dari blog ::Runizan)
Unta yang ada di situpun tidaklah diketahui untuk pelancong atau hanya lepak di situ...

Bila nak menulis blogni terasa ruginya tidak banyak gambar yang diambil...
Handphone akak memang buat perangai...
Bateri cepat sangat habisnya... 
Ingatkan balik ke Malaysia nanti kenalah akak beli handphone baru...
Sekali dah balik sini syukur Alhamdulillah ok belaka... 

Perjalanan Umrah Ziarah Jordan/BaitulMaqdis akak baru masuk hari kedua....
Banyak cerita yang ingin akak kongsikan bersama di sini... 

Comments

  1. kenapa saya baca meremang bulu roma kak..saya terbygkan betapa indah dan bertuah nyer akak sampai kat sana..

    ReplyDelete
  2. Salam kak..
    baru plak tau Jericho merupakan bandar paling rendah di dunia,... banyak pengetahuan tentang di sana bila baca entry kakak ni.. bersyukur sana akak dah sampai...

    ReplyDelete
  3. cantiknyeeeee..akak, update bebyk lg please...;D

    ReplyDelete
  4. bila la nak jejak kaki ke sana..
    jericho macam nama orang..tak pernah dengar plak sebelum ni..

    ReplyDelete
  5. Perkongsian begini memang bagus supaya yang tak biasa pergi mendapat gambaran sebenar keadaan di sana.

    ReplyDelete
  6. buah2 kt besar2 & nmpk menyelerakan

    ReplyDelete
  7. ntah bila lah saya nak ke sana kak..
    cantik jubah akk..beli sana gak ke

    ReplyDelete
  8. Jericho yang saya tau itulah pelakon Philippines tu. Rupanya ada bawah paling rendah dan tertua di dunia bernama Jericho. Masa masuk ke bumi Palestin ni Cho tak ke terasa gentar mahupun bimbang tentang keselamatan?

    Seronoklah membaca travelogue macam ni. Itulah untungnya bila ada blog, boleh menyimpan segala ceritera di dalamnya :)

    ReplyDelete
  9. rugi plak batry cmra habis ye kak..tak dpt nk tnjuk pic buah limau yg manis tu ye

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts