Umrah Ziarah Jordan + BaitulMaqdis 2015
Bil Hari : 15 hari / 12 malam
Penerbangan : Royal Jordanian (RJ)
Entri permulaan untuk episod Umrah Ziarah yang lama akak nantikan...
Masakan tidak perjalanan ini menziarahi 3 masjid yang paling suci dan dimuliakan dalam Islam....
i) Kelebihan Masjidil haram ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat seratus ribu (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain dan di dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam.
ii) Kelebihan Masjid Nabawi pula ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat seribu (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain, dan didalamnya ada makam Nabi s.a.w. Dan sebagai sebuah taman dari taman-taman syurga.
iii) Kelebihan Masjid al-Aqsa pula ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat lima Ratus (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain, dan keistimewaannya ialah ia adalah merupakan masjid para Nabi yang terdahulu dan tempat Israk dan Mikrajnya Nabi s.a.w.
Sumber dari : HALAQAH
Bayangkanlah keterujaan hati akak sebelum berangkat...
Sebelum ini untuk melakukan umrah sahaja akak belum lagi melakukannya...
Dengan kuasa Allah s.w.t. peluang akak untuk terus menziarahi 3 masjid dimuliakan sekaligus...
Syukur tidak terhingga kehadrat Illahi kerana membukakan jalan ke arah itu...
Terima kasih untuk mak akak yang membiayai perjalanan akak.....
Moga Allah memberikan kesihatan yang baik dan dirahmati olehNya...
Rombongan kami bertolak dari KLIA pada hari Jumaat 27/3 lebih kurang pukul 10.20 malam...
Perjalanan dari KL transit di Bangkok sebentar...
Dari Bangkok terus ke Amman Jordan...
Sampai di Amman lebih kurang pukul 6.30 pagi waktu sana...
Rasanya keseluruhan perjalanan ada dalam 12 jam...
Jadinya kalau terjaga akak duk tekan mapni...
Lama bebenoler rasanya nak sampai...
Duduk dalam kapal terbang lama sangat dah rasa macam ayam daging...
Tidur, terjaga makan, tidur balik lepastu makan balik sampailah sudah...
Makanan dia pulak citarasa orang Jordan, baru rasa kalau ada nasi lemak 'telanjang'pun lagi sedap....
Itu pasalkan kalau depan mata pandangpun tidakkan...
Muka yang penuh dengan keterujaan dan keletihan bercampur...
Masa ini syukur keluarga kami dapat duduk berdekatan...
Muka penat sampai di Lapangan terbang Antarabangsa Queen Alia, Amman...
Masani ejen dan juga pegawai lapangan terbang siap menanti...
Teringat disuruhnya kami berbaris satu barisan sahaja dan kena lurus...
Syukur semuanya mudah di sini...
Menunggu dengan sabar bagasi kami...
Sessi perkenalanpun dah bermula...
Selain dari jemaah dari Malaysia, rakyat Indonesiapun ramai yang datang ke sini..
Jemaah dari Indonesia juga datang dari KLIA menaiki Royal Jordan...
Bas menunggu untuk membawa kami...
Cuaca dingin menyambut kami di sini..
Kalau kami datang awal lagi khabarnya bumi Jordan ada yang bersalji...
Bersarapan dan makan tengahari di Restoran Abu Zaghleh...
Nak kata makan tengahari waktu sampai ke Restoran waktu hanya pukul 9.00 pagi di sana...
Tapi nak kata sarapan makanannya berat amat...
Roti yang sentiasa ada setiap kali makan...
Tengok ulam dia memang segar amat boleh makan begitu sahaja...
Selain dari roti disediakan nasi goreng (ha.. ha.. nasi gorengker?? suka hati Cho jer...)
Yang paling seronok mak akak yang tidak kuat makan masa lawatan ini berselera amat..
Makanan memang banyak sampai tidak tahu nak makan yang mana satu..
Pemandangan biasa di Jordan...
Rumah kotak-kotak tiada atap genting...
Lori besar gedabak, kereta tidak berapa banyak...
Apa yang dibuat oleh ahli rombongan kami ini???
Cer teka ... cer teka... apa di buat deme gamaknyer!!!
Begini sebelum rombongan Mutawif kami Ustaz Firdaus sudah menelefon berhubung hal ini...
Katanya Jemaah telah diberikan satu beg besar dan beg yang kecil...
Jadi yang beg kecil itu diisikan barang untuk Palestin..
Yang besar akan ditinggalkan di stor yang telah disewa Agensi di Amman...
Jadi tidak perlulah kami membawa seaneka beg untuk ke sana...
Maalumlah seperti sedia maklum urusan untuk masuk ke Palestin agak memakan masa...
Terima kasih untuk gambar yang cantik ini dari adik dari grup kami ....
Ini pendahuluan cerita akak yang ringkas....
Kiranya ini hari kedua kami di sana...
Dengan tidak mandi pagi kami akan meneruskan perjalanan kami ke bumi Palestin...
Membaca cerita dari blog kawan-kawan sebelum pergi terasa gementar juga rasa hati ini...
Namun apa nasib kumpulan kami akan akak ceritakan untuk entri yang akan datang...
Mohon maaf belum lagi ada kesempatan untuk berbalas komen ke semua rakan blog akak...
Akan akak sampai juga nanti Insyaallah...

Hadis :Diantara fadhilat-fadhilatnya ialah:
"Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin)" (Bukhari)

alhamdulillah...cuaca mcm mn kak kat jordan? sejuk x?
ReplyDeleteAllah..saya pulak yg berdebar membaca nyer..
ReplyDeleteAlhamdulillah... Seronoknya dipanggil dan de rezeki ke bumi anbiyya'
ReplyDeleteSeronoknya dapat berziarah ke bumi suci itu... :)
ReplyDeleteDepa mmg suka jamu mkn kot rsnya.Hr tu sy p Mekah wt haji.Masuk ja bumi Mekah pepagi Subuh tu dh dpt bnda mkn nasi mandey.pstu singgah mn tah dpt sekotak mknn lg.pstu singgah mkn kt restoran apatah...mkn lg dan lg...mmg keja mkn je la...hahaha...dh la atas Saudi Airline asik mkn ja.
ReplyDeleteHr tu tgk gak umrah singgah ke Jordan.Bminat tp skrg kena p dgn mahram...tbantut kejap.Insyaallah...klau ada rezeki kami mungkin smpai gak sn nti.
alhamdulillah, rindunya saya nak ke Tanah suci sekali lagi.
ReplyDeletetapi akak lebih beruntung dapat ziarah 3 masjid utama,
ulam hijau tu memang sedap sangat makan dengan nasi,
rangup daun tu jadi feveret saya masa di mekah dan madinah dulu
tak sabar nak baca story seterusnya :)
Salam Kak..
ReplyDeletewah! seronoknya dapat ke sana.. pasti meninggalkan memori yg manis...
xsabar nak baca next story..bertuah akk dpt pergi ke sana
ReplyDeleteMasya-Allah Zila teruja betul kakak membaca entri special Zila ini
ReplyDeleteHarap Zila dpt inform kakak next entri - jujur kakak suka nak mengikuti perjalanan yg satu ini
Jgn lupa give me a tickle for the next entry.
seronok lieya bace kak..... dpt bace cerita org pun dah besar rahmat...hope ade kesempatan jugak tuk diterima menjadi tetamu Allah di sana....
ReplyDeleteSeronoknya, Cho. Beruntunglah Cho dapat peluang menunaikan umrah. Sampai ke bumi Palestine juga ya. Dapatlah tengok sendiri keadaan di sana. Cepat-cepat buat sambungan ya, Cho....
ReplyDeletelamaaaaa nye kn dlm flight sy yg dok dlm tu 2jam pon dh resah gelisah...
ReplyDeletehuihhh suspen nk bca next entry
allah ... dapat jejak kai di bumi palestin ... indahnya .
ReplyDeleteAlhamdulillah....kak boleh share..akak ambil agen mana ye
ReplyDeletepertama kali p, dapat ziarah3 masjid yang dimuliakan, zila. syukur alhamdulillah...bukan senang nak dapat visa ke sana
ReplyDelete