Don't be the Same, Be Better!

Tajuk omputih sangatkan...
Kenapa dan mengapa !!!
Harini akak rasa lega teramat sangat...
Akak telahpun lulus kesemua kertas peperiksaan...
Macamlah banyak sangat ada dua jer kot!
Sebenarnya November lepas akak gagal kertas satu...
Nasiblah untuk kertas dua akak berjaya...
Semalam ulang kembali peperiksaan kertas satu..
Syukur sudahpun berjaya dan rasa lega sangat...

Apa sebab akak ambil STA Diplomani?
Yang pertamanya sebab ada dana dari Suruhanjaya Sekuriti..
Yang kedua sebab PRIBUMI ada buat kelas...
Yang ketiga sebab akak kena belajar Analisis Teknikal supaya tidak ketinggalan...
Yang keempat sebab di atas " DON'T BE SAME, BE BETTER"
Jadi akak ambil keputusan untuk mencuba...
Ikutkan sejak tahun 2011 atau 2012 sudah berhajat...
Tanya adik-adik di pejabat ramai yang tidak mahu...
Mereka masih muda, akak rasa tidak boleh tunggu lagi..
Ambil keputusan daftar diri bersendirian...
Syukur jumpa kawan kelas yang baik-baik belaka...

Kalau tidak mencuba memanglah tidak tahukan...
Sebelum ini ambil peperiksaan untuk dana dari Suruhanjaya Sekuriti sahajapun akak takut...
Namun Allah berikan kekuatan dan syukur kerana cubaan akak ini berbaloi...
Menangis bila teringatkan arwah bapak yang selalu suruh akak sambung belajar lagi..
Masa mula grad dulu selalu dia suruh sambung Master...
Sebagai anak sulung tidak sampai hati rasanya tengok dia bersusah payah untuk pembelajaran kami..
Lagipun adik-adik masatu belum habis belajar lagi...
Sampailah kesudahnya impian dan harapan untuk belajar lagi tidak kesampaian...
Sehingga saat akak ambil keputusan tahun lepas untuk ambil Diploma STA...
Rasanya tidaklah terlalu tua untuk akak memulakan satu impian murni...
Mungkin cita-cita akak untuk sambung Master tidak kesampaian...
Namun tidak salah untuk akak merasai alam pembelajaran itu sekali lagi...
Ikutkan sukar juga untuk akak masuk kelas setiap hujung minggu...
Kebetulan akak tinggal dengan emak mertua...
Akak mendaftar untuk join kelas MSTA semasa emak mertua akak tinggal dengan adik ipar...
Selepas menghadapi masalah mengambil pembantu rumah mertua kembali tinggal bersama kami...
Nasiblah suami akak mengizinkan akak untuk belajar lagi..
Terima kasih suami yang sudi menjaga dua orang budak nakal dan emak masa ibu belajar...

Belajar di usia yang emas (sebab umur dah boleh join Kilauan Emas) memang mencabar...
Kalau anak dah besar rasanya boleh tahan lagi..
Ini ibu yang usia emas dan anaknya masih di sekolah rendah belajar lagi agak sukar sedikit...
Kalau orang muda mungkin membacanya sekali lalu dah paham...
Tapi untuk akak kenalah berulang kali membacanya itupun masih kurang paham...
Akak akui rasa kecewa juga semasa gagal kertas pertama dulu..
Ini kerana usaha yang akak lakukan rasanya berkali ganda masa akak belajar dulu...
Rasanya kalau akak belajar setara sekarang masa di Universiti mesti akak dapat "1st class"...
Dua tiga hari juga rasa kecewatu tapi akak cuba buang jauh-jauh kerana akak kena berjaya...
Kebetulan selepas itu kami sekeluarga bercuti ke Hatyai...
Salah satu ketakutan akak semasa mengambil kursus ini ialah kelemahan dalam Bahasa Inggeris..
Kertas satu adalah soalan objektif rasanya boleh di atasi kerana selalunya kita faham...
Kertas dua pula adalah essei berbahasa Inggeris yang akan ditanda oleh bukan orang Malaysia...
Jawapan kami akan terbang ke United Kingdom dan keputusan hanya selepas dua bulan...

Masa dapat email tahniah dari Katie UK badan ini rasa melayang-layang...
Boleh tahan juga akak boleh menjawab essei dalam bahasa Inggeris...
Macam 'quote' di atas :-
"You never know how strong you are until being strong is the only choice you have"
Itulah gamaknya keadaan akak masa itu tiada pilihan kenalah cuba jua...
Kertas yang akak takut sangat akak berjaya dan kertas yang konon boleh makantu kena 'repeat'...
Kesimpulannya jangan takut untuk mencuba...
Sekiranya kita inginkan sesuatu sudah pasti kita akan berusaha untuk mendapatkannya...
Enjoy dengan benda-benda kecil dalam hidup kita....
Betul sangat... dulu akak suka mendaki gunung...
Kini semangat mendaki akak dulu rupanya masih ada...
Selagi tidak sampai ke kemuncak semangat terus membara...

Harini panjang cerita akak kerana inilah kenangan istimewa akak...
Mungkin apa yang akak dapat harini kecil tapi besar ertinya untuk akak...
Kalau boleh dikatakan inilah adalah kejayaan....
Kejayaan ini akak hadiahkan untuk semua insan yang mendoakan akak..
Kawan blog juga selalu membakar semangat akak ...
Selalu mendorong akak untuk berusaha keras...
Hidup ini luar biasa orang yang tidak kita kenal rupanya lebih mengenali kita...
Selalu berkongsi rasa dengan kita....
Terima kasih kerana menjadi sahabat blog akak yang paling manis...


Comments

  1. Tahniah kak. Saya teringin nak sambung belajar.

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah dan Tahniah,jika kita melakukan sesutau dengan ikhlas mesti dibalas Allah dengan ganjaran yang setimpal,boleh buat contoh pada anak saudara 3 orang lelaki tu,kalau mak longnya boleh,dia orang mesti boleh

    ReplyDelete
  3. congrats akak... di mana ada kemahuan, di situ ada jalan... insyaAllah, akak akan berjaya dan terus berjaya... amin

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. tahniah cho zilla.. semangat tu kena dan kena cari kekawan kelas yg rajin juga..

    ReplyDelete
  5. Tahniah dari kakak buat Zila
    Usaha dan cekal serta tidak ada rasa putus asa itulah membuahkan kemanisan yg panjang.

    ReplyDelete
  6. congrats kak!!...usia bkn penghalang kak..we should improve ourselves from time to time....its not easy to be a mum,an employee and also a student...been there...sgt faham...be strong yea kakak manesss!

    ReplyDelete
  7. syabas...pembelajaran berjalan sepanjang hayat...xrugi menimba ilmu.

    ReplyDelete
  8. Tahniah kak. Mungkin sebab paper yg akak takutkan sangat tu membuatkan akak lebih struggle dan paper yg akak rasa boleh makan tu akak jadi sambil lewa. apa2pun tahniah lagi sekali ye.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..
    tahniah kak..
    semua kejayaan akak perolehi hasil ketekunan & kerja keras akak..

    ReplyDelete
  10. as salam sis...
    alhamdulillah and tahniah sis!!!!
    proud of you....
    all paid off kan....
    tabik kat u sis...
    keje opis + keje umah + keje ibu + blajar...perghhhh ... syabas!!

    ReplyDelete
  11. Tahniah kak Cho..rajin belajar hasil berbaloi..x kisahla dah usia emas or muda..janji ada niat nak belaja lagi..kita ni pun tatau nk smbg master ke tidak..cam malas pun ye D: :)

    ReplyDelete
  12. Tahniah kak. You feel good? Itulah hasilnya...

    ReplyDelete
  13. Wow...suka dengan semangat awak tu CZ. Bukan mudah nak belajar dgn usia kita yg dah kategori kilauan ni, banyak cabarannya. Tahniah ye....

    Entri ni nampak mcm motivasi untuk diri sendiri ni ...

    ReplyDelete
  14. TAHNIAH2!!!! yap...sy pun akui bla da keje ni semangat mmg tergugat utk belajar...jerit jg laa kumpul blk semangat tu...

    ReplyDelete
  15. Tahniah akak...yes... u can do it

    ReplyDelete
  16. Tahniahlah, Cho. Bila dah meningkat usia, memang kena bersemangat kental bila kata nak belajar. Tengok rakan-rakan semuanya 'budak-budak' belaka, lagilah kita ni jadi makin menurun tahap konfidennya. Saya pulak masa muda takda teringin nak sambung belajar tapi bila dah tua macam ni tetiba keinginan tu datang. Tapi kalau hanya keinginan tanpa semangat kental, payah juga ni. Banyak beban tergalas di bahu...

    Apa-apa pun tahniah sekali lagi buat Cho. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Eh, eh... tetiba pulak nak berperibahasa ~_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts