Besday Nek Jang yang macam-macam cerita

Salam...
Kejadian inipun berlaku pada hari sabtu jugak, banyak pulak kejadian berlaku pada hari ini tanpaku sedari. Nek Jang adalah nenek saudara kepada 2A iaitu adik kepada ibu mertuaku yang tinggal bersebelahan dengan rumah nenek mertuaku di Jalan Melati, Gombak. Dia mengadakan majlis sambutan harijadi untuk dirinya juga majlis tahlil dan merangkap majlis jamuan hari raya (kiranya 3 dalam 1 kan senang).

Majlis bermula pada pukul 2.40petang dengan dimulakan dengan bacaan marhaban dari grup marhaban yang juga dianggotai oleh Nek Jang. Yang paling seronok ialah hari ini kumpulan marhaban dibenarkan untuk menonjolkan diri dengan pakaian bergemelapan kerana ada 5 hadiah untuk ahli yang bertuah. Juri-juri telah bersedia di luar rumah sambil memerhatikan setiap ahli yang masuk kedalam dan macam-macam komen yang diberikan ala-ala Rizalman. Ulasan juri bertikam lidah ini boleh di dapati dalam blog adik ipar saya http://najidfamily.blogspot.com/
.
Grup marhaban yang sporting dan juga penyampaian hadiah untuk pemenang pakaian paling vogue. Lagu panjang umurmu dinyanyikan bersama grup marhaban tersebut memang kelakar sangat rasanya.
 
Makanan pada hari tersebut juga macam-macam ada dengan kuetiaw goreng, pulut kuning, roti jala kuah kari, bubur kacang durian, puding roti,satay dan lain-lain. Lepas kekenyangan acara membuka hadiah adalah acara wajib setiap kali sambutan hari jadi. Seronoknye nek jang dapat banyak hadiah dari grup marhaban dan juga saudara mara. Kami orang kinrara hanya menghadiahkan kain sepasang yang dibeli di kedai kain di SS2 ini sahaja, tak sempat nak pergi ke shopping complex. Tapi puas hati jugak sebab nek Jang suka, syukur Alhamdulillah.
Upacara bukak hadiah yang gamat dihadiri oleh ahli keluarga sahaja dan itulah hadiah2yang nek Jang dapat pada hari tersebut. Gambar cik Aty ngan hadiah yang diberikan kepada nek Jang.

Comments

Post a Comment

Popular Posts