Nuffnang saya

Followers

Wednesday, April 8, 2009

Tidak Semua Kanak-kanak Perlukan Vitamin

Inilah yang diperkatakan oleh seorang doktor di sebuah klinik semasa teman menanyakan tentang vitamin yang diperlukan untuk anak-anak teman. Mulanya teman rasa sangsi jugak biar betul doktorni semua orang dok sibuk beli vitamin untuk anak-anak mereka. Sebijik dia cakap cam artikelni. Teman taipkan sebahagian dari artikel yang ditulis oleh Rahaiza Ismail di dalam majalah Harmoni keluaran (1-15 Mac)ini untuk renungan ibu bapa sekalian..

Jangan mudah terpedaya dengan strategi syarikat Pengiklan mengenai kepentingan dan kebaikan vitamin kepada anak-anak anda! Memang benar, vitamin dihasilkan untuk tujuan kesihatan yang lebih baik bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Tetapi persoalannya ialah perlu ataupun tidak anak anda diberi vitamin?

Berdasarkan pengamatan yang dilakukan oleh The American Academy of Pediatrik berpusat di Amerika Syarikat (AS)mendapati kebanyakan kanak-kanak sebenarnya tidak memerlukan vitamin atau mineral tambahan untuk membantu tumbesaran mereka.

Pemberian vitamin dan mineral tambahan hanya diperlukan oleh kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan seperti penyakit kronik, masalah kekurangan zat atau di bawah pengawasan doktor.

Pakar pemakanan berpendapat selagi kanak-kanak dan remaja berkenaan mengambil makanan makanan yang seimbang dan berkhasiat, mereka sebenarnya tidak perlu diberi vitamin atau sebarang mineral tambahan. Apa yang mereka makan setiap hari telah membekalkan vitamin dan mineral yang mencukupi secara semulajadi.

Garis Panduan Beri Vitamin
Ibu bapa dalam hal ini dinasihatkan supaya lebih peka terhadap keperluan memberi vitamin dan mineral tambahan untuk anak-anak mereka. Ini ramai dikalangan ibu bapa yang menganggap vitamin perlu diberikan kepada kanak-kanak untuk tujuan kesihatan, meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal serta tumbesaran.

Harus diingatkan, pengambilan vitamin secara berlebihan (overdose) juga akan memberi kesan kepada kanak-kanak berkenaan.Apabila vitamin yang tidak diperlukan tubuh terus diambil ia akan menyebabkan kesan sampingan terhadap hati dan buah pinggang kanak-kanak itu kelak.

Oleh yang demikian adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa memastikan keperluan makanan harian anak-anak mencukupi. Syukur Alhamdulillah Atikah dan Azalia tidak banyak karenah dalam makanan, mereka boleh makan apa juga makanan dan tidak mendapat alahan juga. Dan rahsia untuk mendekati mereka ialah dengan makanan dan selalunya inilah UMPAN yang diberikan oleh sepupu2 dan mak saudara sepupu mereka kalau nak dapat dukung Azalia.. Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi tengokler jugak tabiat makan ibu dia tak berkurang walaupun demam (emak teman cakap)...Apa-apapun pastikan yang terbaik untuk anak anda ...


Berikan Dana PENDIDIKAN :-
http://takafulatilia.blogspot.com/

6 comments:

  1. pengetahuan yang bagus tu.
    boleh diguna pakai
    comeinyee anak2 u

    ReplyDelete
  2. ummi pun ada dengar pasal ini

    even orang tua-tua yang macam kita ni pun sama, sebab itulah jangan ambil vitamin sebarangan

    minta nasihat doktor dulu :)

    ReplyDelete
  3. bagus pengetahun ni... doktor pun pernah ckp kat lin benda ni..sbb aisy selalu selsema..jagi tanyalah dia pasal vitamin..dia ckp lebeh elok bg makan buah oren betul dari kita beli yg tablet tu...

    ReplyDelete
  4. betul tu..ia hanya supplement kan.. as long as kana2 tu cukup mkn..lengkap dgn nutrien2nya..dah memadai..

    ReplyDelete
  5. comelnya anak2 dia. maaf x smpat nk reply. org kelantan,tnh merah. slm pekenalan. xsmpat lg nak follow blog....bz memanjang.

    ReplyDelete
  6. salam cho zila

    dah besor font nyer.. baru ler senang nak baca.

    kakyong setuju, sbb kakyong pun takde beri anak2 apa2 vitamin.. kekdg jer bg minum scot emulsion.. maklum ler anak2 selalu kena selsema, asyik berhingus jer.. bila anak2 dah ok, stop bg makan.. heheh.. bg time berhingus jer..

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang