Nuffnang saya

Followers

Thursday, October 23, 2014

Pustaka Peringatan P.Ramlee Setapak

Setelah sekian lama tiada cerita baru...
Baru harini muncul cerita Pustaka Peringatan P.Ramlee...
Tempatnya sangat dekat dengan rumah nenek mertuaku...
Selalupun lalu lalang tapi tak pernah sampai..
Rasanya masa mula kahwin dulu selalu mintak suami singgah sini...
Akhirnya merasa juga pada suatu hari selepas balik dari majlis perkahwinan...
Jom layan kisah kami di sana....
Sebelum masuk bergambar dulu di pintu masuk....
Yeah kami dah sampai...
Atikah suka amat datang sini sebab dia memang minat dengan cerita P.Ramlee...
Punyalah suka datang sini dia ambil gambarni sendiri...
Katanya senang nak ingat...
Rumah  yang pernah didiami oleh P.Ramlee kini jadi Pustaka Peringatan...
Boleh bayangkan yang ruang pameran tidaklah sebesar mana...
Namun cukup untuk kita rasa teruja berada di dalamnya...
Penarik Becha merupakan filem pertama arahan P.Ramlee pada tahun 1955..
Ini yang ditulis di situ...
Sopan santun anak akak bergambar dengan beca ...

Seronok sebenarnya pergi ke sini kalau kita memang peminat filem P.Ramlee..
Yang tak seronoknya ialah tak boleh bergambar di dalam ruang pameran...
Boleh bergambar di luarnya sahaja...
Boleh bergambar hanya di sini kata pegawai keselamatan...
Nampak tak "No Camera"..
Tak sebesar manapun tapi menarik...
Boleh bawak anak-anak dihujung minggu...
Di tempat duduk dan meja tersebut di tulis nama filem lakonan P.Ramlee..
 
Bergambar dengan kereta terakhir arwah P.Ramlee sebelum dia meninggal dunia...
Ramai juga yang datang masa hari yang kami singgahtu...
Adat orang melayu tetap dijaga tanggal kasut sebelum masuk rumah...
Sebabkan gembira dapat singgah sini senangjer suruh posing di sini... 
Waktu lawatan seperti diberitahu di atas...
Isnin TUTUP..
Selasa hingga ahad dibuka dari 10 pagi hingga 5.30 petang
Tapi hari jumaat tu ada rehat dari pukul 12.00 tengahari hingga 3.00 petang...

Alamat :-
NO 22, JALAN DEDAP
TAMAN P. RAMLEE SETAPAK
Masuk PERCUMA

Al-Fatihah untuk seniman agung negara Allahyarham Teuku Zakaria bin Teuku Ngak Putih..

11 comments:

  1. Pernah sekali masuk...mmg kat dlm tu x leh amik gambar...kat luar je....

    ReplyDelete
  2. Pernah pegi sini sekali jerk..itu pun sblm kawin dulu..hehehehe

    ReplyDelete
  3. Tak pernah tau pun kat mana Pustaka P. Ramlee ni, Cho. Wah, Atikah minat cerita P. Ramlee ke? Ohsem gitu. Anak-anak saya memang tak kenal pun cerita P. Ramlee dah saya sendiri pun sejak jadi mak ni tak pernah tengok cerita lama.

    ReplyDelete
  4. Last falsya gie situ time sekolah..sbb nak wat assignment..hehe

    ReplyDelete
  5. teringat kisah hidup allahyarham p.ramlee dan allahyarhamah saloma dlm filem saloma..sedih dan menyayat hati..dulu org tak pandang pun karya seni beliau..bila dah takde baru org buka mata betapa lagendanya beliau dan karya2nya..

    ReplyDelete
  6. Anak-anak sekarang bagus diberi peluang mengenang artis zaman dahulu yang sangat gemilang..

    ReplyDelete
  7. tak penah sampai lagi kat sini ... cam besh je kan

    ReplyDelete
  8. Tak pernah sampai lagi kat sini ... Nama jer duk KL ...

    ReplyDelete
  9. kalau kak CZ x kongsi JM pun x tahu ada tempat ni :-)

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang