Pilih-Pilih Kasih

Pilih Kasih ini tiada kena mengena dengan rancangan tv yang sedang ditayangkan tapi ini hanyalah kisah sebenar kehidupan yang akak perhatikan. Hanya kisah masyarakat sekeliling yang menjadi sempadan dan batasan dalam kehidupan ini supaya akak sendiri dapat menjadikan ianya sebagai iktibar.

Dalam pemerhatian akak inilah sekiranya wujud pilih kasih di dalam keluarga sudah pasti akan berlaku kepincangan dalam keluarga kelak. Semasa akak kecil dahulu akak melihat sendiri jiran akakni teramat menyayangi anak sulung dan anak bongsunya yang terlebih-lebih. Kalau anak kesayangan dia melakukan kesalahan sekalipun dia tidak pernah meninggikan suara apatah lagi ingin menegur perbuatan anaknya itu. Namun ada seorang anak dia yang tidak diketahui kenapa dia amat membencinya(ikut pemerhatian akak) kalau tidak melakukan kesalahanpun dia akan mencari kesalahan anaknya itu. Kadang-kadang kami merasakan tidak adil sesangat...

Begitulah kisahnya namun tidak sanggup akak ceritakan secara keseluruhan kerana ibu merekapun sudah meninggal dunia dan anak-anaknya juga sudah mempunyai keluarga sendiri. Namun sekarang kami dapat melihat kepincangan dalam keluarga tersebut kerana ikatan kekeluargaan antara mereka yang tidak rapat dan masalah harta pusaka juga menjadi pertikaian.

Kemungkinan ibu atau bapa tidak perasan yang mereka telah membezakan kasih sayang antara anak-anak mereka namun orang yang sekeliling sudah pasti dapat melihatnya. Sebagai ibu bapa seharusnya kita tidak mengamalkan sikap pilih kasih antara anak-anak kita. Syukurlah akak mempunyai ibu bapa yang tidak membezakan kasih sayang antara kami adik beradik. Walaupun begitu akak tahu sebagai ibu bapa sudah pasti mereka lebih menyayangi anak yang lebih pandai menjaga hati dan perasaan mereka....


Akak berharap dapat memberikan kasih sayang yang sama rata antara dua puteri akak ini dan memberikan yang TERBAIK untuk mereka sedaya mungkin....

Comments

  1. yela cho.. kengkadang mungkin kita tk perasan kan.. riso yerk!..moga2 kita adil dgn anak2... amin...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts