Nuffnang saya

Followers

Sunday, January 9, 2011

Genius Aulad pilihan kami

Tahun ini Azalia mula masuk tadika maka akak memutuskan Atikah dan Azalia akan memulakan pembelajaran di Genius Aulad yang kebetulan dibuka di Bandar Kinrara pada tahun ini. Sungguh seronok rasa dihati dapat menghantar anak ke Genius Aulad sebab selama ini memikirkan kalau hendak menghantar ke Genius Aulad terpaksa pergi ke Bandar Puteri tentulah payah sesangat rasanya.

Sebenarnya hati ini telah terdetik untuk menukar dari tadika Permata Riang ke tadika yang pengusahanya adalah orang kita. Pada mulanya ingin menghantar Atikah dan Azalia ke Little Caliph Puncak Jalil tanpa mengetahui yang Little Caliph juga telah terdapat di Bandar Kinrara. Setelah mendaftar di Genius Aulad baru terperasan yang Little Caliph Bandar Kinrara terletak satu baris dengan tadika Permata Riang (selama ini Atikah telah dihantar oleh jiran akak Puan Linda. Namun kedua tadika ini berada dalam pemikiran akak sejak sekian lama..



Inilah Tadika Genius Aulad Bandar Kinrara yang berhadapan dengan Pasaraya Giant... Tugas menghantar dan mengambil Atikah dan Azalia masih diserahkan kepada Puan Linda sebab anaknya Shukri(sebaya Atikah) yang juga bersekolah di Tadika Permata Riang sebelum ini telah bertukar kesini..



Gambar dua beradik sebelum hari pertama....



Atikah berposing



Azalia pula...

Tapi akak terlupa sesangat nak bawa kamera ataupun handphone masa pergi menghantar mereka ke Tadika pada hari pertama... Memang frust sesangat sebab tengok ibu bapa semuanya sibuk dengan kamera. Tapi budak berdua ini memang tidak mempunyai masalah langsung malah gembira terutama Azalia cuma Atikah masih teringat-ingat tadika lamanya...

5 comments:

  1. baguskan.. izza pon ada hati juga nk anta syahmi ke genius aulad tp jauh dr umah... nun di wangsa maju.. cho, tk rndu kt ai ke... hahah

    ReplyDelete
  2. salam kak,

    bestnye dpt anta ank2 ke GA...
    cita2 saya tuh, tp xde laa GA yg dkt ngn umah...

    OK x so far kt situ??

    ReplyDelete
  3. salam..cho
    hai rinduuu bebenor ngan
    cho...

    damia pun dah start masuk
    GA bandar baru bangi...
    seronok betul dia.....

    celet skit....
    anak kite produk Genius Aulad rupenye....hehehe

    ReplyDelete
  4. sioknye..anta GA yerk...ade geng skola lagi la siok...kat area mah saya pun ade liltle caliph..tp sy x anta situ...membe je anta situ..x mampu nyah...hehehe...

    ReplyDelete
  5. Salam kenal kak. :) Tima kasih jenguk blog saya. Lama tak update. Dah bersawang blog saya tuh. Tula.. Anak saya tetap nak continue kat GA tahun depan sbb dia kata kat Real Kids semua cakap omputih. Lepas tu dia takde kawan. Hahhahaha..

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang