Basikal dari Opah dan Tok

Main basikal memang kegemaran Atikah dan Azalia. Nasib baiklah rumah akak berhampiran dengan taman permainan namun akak tetap tidak membenarkan mereka keluar bermain dengan kawan-kawan lain tanpa ada akak menemani mereka. Sebagai budak kecil mereka juga memprotes keputusan ibunya ini, antara ayatnya "ibuni, Nellytu main kat taman tak adapun ibu dia, ibu dia tak marahpun".. Kadang-kadangtu kasihan tapi memikirkan keselamatan mereka akak keraskan juga hati ini biarlah tidak gembira seketika jangan merana berpanjangan..

Sekiranya ada kelapangan akak akan menemani mereka bermain basikal di taman sambil itu bolehlah akak berjogging. Kalau boleh setiap haripun akak ingin melakukannya namun apakan daya masa dan tenaga tidak mengizinkan. Anak-anak ibu sayang fahamilah sesungguhnya ibu melakukan semua ini untuk kebaikan korang juga...


Ini basikal Atikah yang terbaru dibeli oleh Tok dan Opah di Pekan Ayer Tawar.


Ini juga sebenarnya basikal Atikah yang juga dibeli oleh Tok dan Opah di Pekan Ayer Tawar. Tengoklah warnanya hijau tapi basikal ini memang elok dari segi buatannya dan berbaloi amat dengan harganya yang murah.

Comments

  1. salam kak.. wah! ada basikal baru.. samalah.. t pun jarang bagi anak2 main kat luar rumah.. bimbangkan?

    ReplyDelete
  2. bestnya dpt basikal baru...lagi best opah n tok yg kasi..untungnya...
    tp betul nk bg dornag main kene kita awasi jgk..setuju ngan pndapat akak yg ni "Kadang-kadangtu kasihan tapi memikirkan keselamatan mereka akak keraskan juga hati ini biarlah tidak gembira seketika jangan merana berpanjangan.."

    akak ada tanya anak sy sek mana yer?sekolah tadika kat sg buloh..dekat kwsn perumahan sy kak...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts