Tidak kurang walaupun sedikit berat badan ini.
Memang terasa ingin berputus asa dengan masalah yang satu ini, akak tidak mampu menurunkan berat badan seperti dikehendaki selepas kelahiran Azalia. Sukar teramat sangat walaupun telah dicuba berkali-kali namun untuk mengurangkan walaupun sediki angka terasa amat payah dan terkini timbangan berat badan akak yang molek ini ialah 79kg.
Berat badan sebanyak 79kg ini adalah bersamaan dengan berat tertinggi semasa mengandungkan Atikah dan tidak menghairankan terdapat juga orang yang mengatakan akak kini sedang mengandung. Oleh kerana akak mengandung Azalia hanya selepas Atikah berumur 8 bulan maka berat semasa mengandung Azalia mencecah sehingga 93kg. Bayangkanlah memang terpaksa usaha secara ekstrem untuk menghapuskan semua lemak yang menimbun ini.
Usaha jogging yang dilakukan tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan kerana jika dilihat berdasarkan timbangan akak masih di kategori obesiti. Oh TIDAK dan kalau di lihat dari gambar terkini memang kelihatan sekali akak semakin bertambah besar dan tidak terurus sekali, rasa macam tak percaya akak juga terjerumus dalam 3G (GEMUK, GEBU DAN GEDEMPOL ~ tak ingat dah maksud 3G yang heboh diperkatakan dulu)
Namun sudah pasti akak tak boleh terus dibuai perasaaan kecewa kerana itu tidak elok untuk kesihatan kerana yang penting teruskan usaha yang baik hanya perlu diperbaiki untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan. Sifat buruk yang paling ketara seperti gemar menghabiskan makanan anak-anak disebabkan rasa sayang dan tidak boleh berkata TIDAK kepada makanan kegemaran yang jahat seperti kek, coklat, aiskrim dan lain-lain mesti segera dihentikan.
Lakukan sesuatu untuk kebaikan diri dan sentiasa berfikiran positif untuk memastikan sasaran tercapai kerana akak bukan hanya mahu kurus tapi yang lebih penting akak ingin sihat. Melihat anak saudara akak iaitu Nabil yang telah dapat menguruskan badannya membuatkan akak bermotivasi memcontohi dia dan semoga Allah sentiasa memberikan ruang untuk ke arah itu.
Pernah terfikur untuk mencuba satu produk mengurangkan berat badan yang kini agak popular namun semenjak dari dahulu akak kurang mempercayainya. Dan langkah yang akak teringin lakukan ialah berjumpa dengan doktor tapi tidak tahu langkah permulaannya. Semoga dibukakan jalan oleh Allah untuk akak memulakan sesuatu yang hebat ini untuk kesihatan dan kesejahteraan hidup.
Entah bila dapat kembali seperti ini, walhal semasa inipun bukanlah berat yang ideal. Kuatkan semangat wahai Cho Zila.

takpe usaha dan usaha dan usaha lagi...
ReplyDeletelinn pun tak turun byk pas bersalin umar ni.. :(
sy pun mengaalmi masalah yg sama..ssh nk turun ..nk mkn ubat sy tengan bf anak tulah yg ssh tu..berat naik 30kg yg turun baru 17kg..sedihnyer..tgh kontrol lah makan sikit2 nie..
ReplyDeletewah, kena diet nih kak...
ReplyDeleteaik...mcm ku kenal je..muka2 ni. yana keja kat situ lagi ka??
ReplyDeleteBTW kena amalkan STEVIA ni...baru boleh kurus sikit. (tumpang promote sat). he..he..he
zila...akak pun sama..
ReplyDeletemakin bertambah2 berat badan nie..
sekarang dah cecah angka 60kg..huhu
tabiat suka habiskan makanan lebihan anak mmg habit akak juga...
kurang2 akak kena turunkan 10kg..baru cun balik...
faktor usia sama zila...semakin meningkat umur kita...semakin menurun kadar metabolisme...so kena cari jalan utk tingkatkan balik kadar metabolisme tu...
ReplyDelete