Jom naik keretapi KL ke Ipoh

Ini kenangan seumur hidup untuk Atikah dan Azalia kerana inilah pengalaman pertama diaorang menaiki keretapi dari KL Sentral ke Ipoh yang memakan masa selama 3 jam pada 5/6/2010 yang lepas. Pada mulanya takut juga kalau-kalau akak tak terjaga mereka kerana perjalanan ini hanya akak dan budak berdua ini sahaja. Namun semuanya berjalan dengan baik walaupun ada sedikit kekalutan tapi biasalah inilah dinamakan budak-budak.


Atikah menyengih sampai ke telinga kerana teruja amat untuk menaiki keretapi. Masa ini kami bersarapan di kedai dalam KL Sentral tapi terlupa pulak nama kedainya.

Azalia sebelum menaiki keretapi dengan muka yang keletihan sebabnya kami sudah sampai KL Sentral lebih kurang pukul 7.30 pagi tapi keretapi hanya bertolak pada pukul 9.10pagi. Bayangkan pukul berapa budak dua orang ni mandi pagi, nasiblah ok sesangat.

Syukur jugak budak dua orangni tidak menunjukkan perangai yang tidak munasabah untuk akak kendalikan. Terima kasih ya Allah hanya Engkau yang maha memberikan segala sesuatu.

Yeha dah sampai Ipoh dengan tiada kejadian yang tidak diingini, lain kali boleh lagi naik keretapi. Atikah bergambar untuk kenangan di stesen keretapi Ipoh yang unik dan bersejarah ini.

Azalia pulak berposing dengan keretapi yang membawa kami dari KL Sentral ke Ipoh dengan selamatnya. Akakjer yang berposing kat sini orang lain buat tak kisahjer, hantam sajalahkan.

Ala-ala model keretapi budak dua orangni komen sepupu diaorang dalam facebook, apa nak buat pertama kalikan kalau tak diabadikan terasa rugi jugak..

Memang kenangan terindah sesangat dapat bawa Atikah dan Azalia balik kampung dengan selamat dan percutian kali ini memang menyeronokkan dan tak sabar nak bersama sekali lagi di masa akan datang.

Comments

  1. Anonymous17 June, 2010

    wah 2A naik train yerk,best arrr........

    ReplyDelete
  2. baiknya 2A..lenkali leh bawak lagi nak trian.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts