Lost World of Tambun Water Park Ipoh

Tempat : Lost World of Tambun Water Park Ipoh
Tarikh : 09/06/2010

Sehingga ke hari ini kulit kami anak beranak berbelang2 di sebabkan oleh panahan matahari yang terik akibat dari mandi manda yang tak hengat semasa di LOST WORLD OF TAMBUN pada 09/06/2010 yang lepas.Tapi kesan pada budak dua orangni lebih jelas kelihatan sebabnya akak tidaklah seseksi mereka namun nak tergelaknya kaki akakpun hitam padahal kaki duk dalam airjerkan.

Tapi tak kisahlah sebabnya secara keseluruhannya kami begitu "enjoy" kerana sebelum ini setiap kali akak ke Ipoh kami tidak berkesempatan untuk singgah ke sini. Kegembiraan 2A berganda kerana dapat bersama dengan anak saudara akak ( iaitu anak adik akak yang tinggal di Ipoh) dan dapat main air puas-puas pada hari itu. Budak-budak ini bila nampak airjer dah tak sabar-sabar nak berendam dan di sinilah kesilapan kami kerana sepatutnya kami pergi ke Petting Zoo terlebih dahulu.

Oleh sebab anak saudara akakni tak berapa suka nak bergambar lihat sajalah gambar di bawah ini yang mengambarkan ketidak ikhlasan mereka sebabnya kami menyakat diaorang kalau tak ambik gambar betul-betul tak boleh masuk Lost World (LW).. Dalam terpaksa semua tu, kecuali anak akak yang memang suka bergambar (ni ikut family sebelah suami akakler ni!!)



Kami sampai awal kerana menyangkakan pukul 9.00 pagi LWni dibuk adahualnya pkul 10.00pagi baru dibuka namun berbaloi juga sebabnya semasa adik yang tolong kami memakai gelang tiket yang berharga RM30 untuk dewasa dan RM24 untuk kanak-kanak itu menyatakan bahawa track suit kami tidak memungkinkan kami dapat masuk ke dalam kolam dia. Oleh kerana masa agak mengizinkan kami pergi ke Tanjung Rambutan (TR) untuk membeli seluar ketat seperti yang dibenarkan padahal kami dah bersarapan di TR sebelum ke sini. Tapi berbaloi juga sebabnya kalau tidak samada kami kena bayar lebih kalau membeli di kedai LW tersebut atau juga tiada siapa yang nak menjaga budak-budakni bermain dengan air sebabnya kami melihat sendiri "life guard" tidak membenarkan orang yang tidak mengikut etika berpakaian dari masuk ke dalam kolam.

Berbanding dengan Sunway Lagoon yang tidak membenarkan langsung makanan atau minuman dibawa masuk ke dalam di sini kelihatan agak longgar sedikit dan yang paling kami geram ternampak seorang nyonyani(entah-entah bini tokei LW ) siap masuk bekas air yang besar (boleh 20 orang minum). Akakni sebab teringatkan kisah ke Sunway Lagoon tempohari (padahal tak kena mengenakan) langsung tidak membawa bekalan air minun dan akibatnya seperti diketahui harga air di dalam memang melambung-lambung naiknya seperti air minuman (bukan air mineral) sebotol kecil berharga RM2.50 rasanya. Namun dari segi harga makanan rasanya boleh tahan dan amat berpatutan sekali.

Adventure River


Di sini sungai panjang dan memang memenatkan sebab akak hanya menolak pelampung tersebut dan kadang2 terdapat ombak yang agak kuat tapi memang kena lalu di sini barulah seronok dan sungai ini di panggil "Adventure River".
 
Jungle Wave Bay

Inilah tempat di panggil "Jungle Wave Bay" yang mana kolam ini memang menyeronokkan kami semua....

Explorabay


DI "Explorabay" pulak tempat mandi yang memang khas untuk kanak-kanak tapi akak masuk juga sekali sebabkan risau keselamatan budak-budakni...

Terlupa nak cerita disebabkan dulu kalau sebut Tambun pasti teringat kolam air panaskan di LW ni juga terdapat "Tambun Hot Springs" - a natural hot spring pool. . Mula akak ingatkan kolam air biasa terkejut masuk rupanya air panas tapi dah lamatu kesedapanler pulak, sorry tiada gambar namun untuk pengetahuan bahagian ini dibuka pada waktu malam...

Tambun Hot Springs by Night
Adult RM5.00 per person
Children (below 12 years old) RM5.00 per person
Children below
90cm in height Free of Charge

Open on every Friday & Saturday from 6 pm to 9 pm only
Lepas puas bermandi-mandi kami ingat nak pakai cantik2 dan pergi meronda di kawasan sekeliling, namun banyak cabarannya. Ituler kesilapan terbesar kami kerana budak-budak yang kecil dah keletihan dan ketiduran selepas dapat mandi. Azalia menangis (mungkin letih, lapar dan nak tidur) siap berduet dengan Adif yang membingitkan telinga namun semua orang fahamkan budak-budak memang begitulah. Inilah dinamakan kesilapan sebabnya Adif dah mulai tidur dan Azalia dah mulai menangis dan merengek dan hujan dah mula turun membuatkan kami tidak dapat berlama-lama di Petting Zoo, padahal tujuan ke LW di sebabkan itu kerana setakat main air rasanya banyak tempat menyediakan kemudahan itu


Lihat muka Azalia selepas menangis dan menjerit mengalahkan tarzan selepas mandi,di bilik airnya yang kelakar. Memang tak tahulah siapa punya angkara bilik air ini terbina sekian rupa (terlupa pulak ambil gambar sebab Azalia dah mengamuk sakan), bilik air ini menakutkan sesangat sebabnya dahler bilik airtu sekerat bumbung atas terbuka isyh tak payah cerita panjang pergilah sendiri, memang ramai yang masuk terperanjat melihatnya. .

"Amusement Park"di sini tidak terdapat banyak mainan dan yang kelakarnya ialah mainannya hanya bergerak secara satu persatu padahal masatu adalah cuti sekolah terdapat ramai orang . Kalau nampak mainantu sedang berjalan kita perlu menunggu sehingga habis dan kita tengok orang yang menjaganya pergi ke mainan yang mana satu maka ikutkan sahaja. Selepas mainan tu habis pula mainan yang lain pula bergerak, begitulah seterusnya.

"Dragon's Flight" dan "Stormrider" hanya dua permainan ini yang sempat bebudakni main tapi tak boleh nak ambik gambar sebabnya kami dah melayan budak kecik dua orangni yang seorang dah tidur yang seorang lagi dah melalak.

Tiger Valley

Namun kami sempat juga menonton pertunjukan " Memberi harimau makan" di "Tiger Valley" yang agak menghibur dan harimau kat situ memang besar-besar tapi comel sangat.

Sepatutnya inilah tempat yang sepatutnya menjadi agenda terhebat kami ke sini namun apakan daya terimalah seadanya...
Terima sajalah  gambardari laman web rasminya  http://www.sunway.com.my/lostworldoftambun/ bestkan... isyh alahai...

Walaupun terkilan tidak dapat memenuhi impian di LW Petting Zoo tersebut kami anak beranak gembira teramat dan yang pasti kalau di izinkan Allah, Insyaallah LOST WORLD of TAMBUN... kami akan datang lagi dengan ayah pulakkan... betoi tak ayah!

Comments

  1. wah seronok gak tengok korang bercuti kat sini ekk..!! Hmm.. memang menarik nihh!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts