Marilah bersukan

Tarikh : 27/07/2010
Tempat : Kompleks rakan muda Puchong
Acara : Hari Sukan Tadika Perma Riang.

Semalam berlangsung dengan jayanya upacara sukan untuk pelajar Tadika Permata Riang, Bandar Kinrara di dewan Kompleks Rakan Muda Puchong bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Kehadiran penyokong memang mengalakan, kami sekeluarga juga ibu mertuaku menghadirkan diri dan kalau tidak Nek Su Atikah pun ingin menyaksikan sukan ini tapi ada tugasan lain yang perlu di bereskan. Kot idak bertambah-tambahler meriahnya sukan ini...

Sebenarnya kami tidak tahu acara sukan yang Atikah bertanding sebabnya setiap kali ditanya diapun tidak tahu untuk menerangkan. Jadinya SURPRISE!!! Rupanya dia masuk acara giant ball, bawak air dalam cawan dan letakkan beg kacang atas kepala, seronok gak tengok sebabnya Atikah boleh dikatakan pantas berlari. Untuk Kelas Minnie (umur 3 & 4 tahun ) kumpulan sukannya ialah Upin & Ipin dan Atikah mewakili kumpulan Upin. 2 acara dimenangi oleh kumpulan Upin (kumpulan Atikah) caiyokler...

Acara sukan ini hanyalah untuk seronok-seronok kerana hadiah yang pelajar dapat sama rata mengikut kelas mereka. Namun secara keseluruhan Atikah gembira dan enjoy sesangat pada hari tersebut.


Bergambar dua beradik di luar dewan sebelum upacara berlangsung.


Sebelum upacara perbarisan bermula.


Kelas minnie menuggu pelajar kelas lain habis berkawad untuk pembacaan ikrar.


Laju tak Atikah berlari, masa ini Atikah jadi pelari terakhir dan pasukan Upin menang lagi.

Atikah bergambar dengan banner TPR SPORTS DAY di atas pentas.

Atikah dengan dua orang rakannya, Atikah memang tak ramai kawan di sekolah kata cikgu dia masa ambik kad kemajuan dia hari jumaat lepas. Kalau ikut akakni rasanya peramah tahap gaban kata budak ofisni tapi anak akakni berat sangat mulutnya.


Atikah dengan kawan kelas Minnie (umur 3&4 tahun) selepas penyampaian hadiah. Tengokler Atikah yang paling tinggi berbanding dengan yang lain.

Atikah dengan medal yang dia dapat, bangga tak terkira gamaknyer...


Ibu dan adik tumpang hepi.. tapi Azaliatu nak menangis dah sebab der sorang budak duk mintak dia punya belon.

Comments

  1. bestnya dpt join sport day anak...mesti bangga tgk anak participate dlm sukan tu...sy xdpt join dulu sbb masa tu tgh bersalin anak no2..hampa sikit masa tu..

    ReplyDelete
  2. atikah ikut baka gombak... tinggi, pendiam and size kaki yg pjg... hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts